Tuesday, August 31, 2010

# YOUR PERFUME



Hello dear,

Hari ini rasanya nak share sikit lagi info tentang perfume yang kita gunakan.Ialah, dah minatkan, so apa lagi,I cari-carilah info yang boleh kita kongsi bersama.Tiada kepentingan peribadi ye...hehee

I ingat lagi, zaman masih belajar dulu, bila terlihat gambar-gambar perfume,huhuhh...telan air liur tengok.Bukan telan air liur kerana nak makan tapi teringin sangat nak memiliki satu.Kadang tu kalau lalu kat kaunter jual perfume di shopping complex, rasa nak mintak 'test paper' yg diguna untuk cuba bau perfume tu banyak2 supaya boleh letak dlm hdbag or simpan antara lipatan baju hehee.Nak beli memang tak mampu,dah duit  yang org pinjam cukup2 untuk belanja pengajian, makan & tempat berlindung je huhuuu.

Tapi semenjak dah pegang duit sendiri, walaupun gaji tak besar mana,akhirnya dapat gak I beli perfume yg I suka.Tak dapat beli banyak, setahun 1 tu wajiblah hehee.Nak beli banyak pun tak cukup bajet, lainlah kalau artis ni boleh buat pameran lagi perfume2 mereka .Tapi I masih dalam pencarian, perfume yang manakah yang paling sesuai dengan I sebab bukan semua perfume tu sesuai dengan kita ye.Tapi bila dah jumpa kita punya 'signature scent' mesti kita nak bau dia tahan lama.So, kat sini nak share sikit macam mana nak buat bau perfume kita tahan lama...

#Make Your Perfume Last Longer on Your Skin ( Layer Your Scent )
Macam yang pernah I share dulu, bau perfume lebih tahan lama pada kulit yang agak lembab & berminyak
( oily & moisturized skin type ). So apa yang perlu kita buat adalah:
i) Mulakan dengan mandi menggunakan sabun atau shower gel yang U'll minat. Lebih baik kalau guna shower gel/ foam yang dari brand yang sama dengan perfume kita.
ii) Lepas mengeringkan badan, sapukan seluruh badan anda dengan menggunakan lotion atau moisturizer juga dari brand yang sama lebih baik hehee.
iii) Akhir sekali barulah semburkan wangian kegemaraan U'll semua pada tempat-tempat yang sepatutnya. Kat mana? Tempat-tempat startegik untuk menyemburkan wangian adalah bahagian sebelah dalam pergelangan tangan, belakang telinga, berhampiran leher boleh gak,sebelah dalam siku kita, dada, belakang lutut atau boleh je kat rambut heheheee.. 

#Don'ts: 
i) Spray wangian anda kat pakaian anda. Tapi kalau suka tak pe lah, spray je.. ( orang kata kalau kena fabrik yg sensitif, wangian anda boleh merosakkan pakaian anda :).Cubalah...)
ii) Jangan gosok kedua-dua belah pergelangan tangan yang U'll dah sembur dengan perfume, buat rugi je sebab bau lebih cepat hilang.

# Boleh gak guna vaseline or olive oil untuk disapu kat tempat2 pulse point U'll semua sebelum guna perfume supaya perfume tahan lama ye..manalah tau,nak sapu lotion tu kadang2 rasa malas pulak.

" Tapi my sis selalu je cakap, kalau dah beli perfume mahal2 tu, buat apalah nak sembur banyak kali. Sekali dua je dah cukup".  
Nak sembur berapa kali tu terpulanglah ngan U'll semua. Tapi jangan terlebih sembur pulak...pengsan teman sebelah hehee...

No comments:

Post a Comment