Monday, March 21, 2011

AS: Cabaran 50 Buah Buku (8): Dibius Cinta


Tajuk : Dibius Cinta
Penulis : Qash Irdina
Penerbit: Fajar Pakeer  (2011)
466 Mukasurat
Harga: RM19.90 (SM)/ RM22.90 (SS)
***
Rasanya DC adalah novel kedua keluaran Fajar Pakeer  yang saya baca. Warna kulit novel & tajuk yang menarik telah menarik saya untuk mendapatkan novel ini. Bagi saya kekuatan novel ini adalah pada pengisian cerita dengan pelbagai masalah dalam rumahtangga Cazlin Amalina & Adam Syafiq.Saya juga tertarik dengan Cazlin Amalina & Adam Syafiq kerana penulis berjaya mewujudkan watak yang mempunyai pelbagai rasa, marah, cinta, benci, sayang, cemburu & setia, semuanya ada pada Adam & Cazlin. Cazlin juga digambarkan sebagai watak yang begitu tabah menempuhi masalah demi masalah yang melanda rumahtangganya sehingga sampai satu tahap dia seolah-olah telah berputus asa, namun hati & cintanya tidak pernah lari dari Adam Syafiq. Begitu juga dengan Adam Syafiq,selepas menikahi Cazlin, hadir cinta yang begitu tulus & mendalam untuk Cazlin. Walaupun percintaan dengan Hana Nadiah telah menjangkaui 14 tahun, tetap tidak dapat melawan rasa cintanya kepada Cazlin. Walau sesekali sikap cemburu begitu ketara,namun Adam & Cazlin mengambil sikap saling memaafkan andai ada salah pada satu sama lain.Dalam cerita ini juga, kita tidak akan hanya focus pada watak Adam & Cazlin saja kerana ada ramai lagi watak-watak yang turut mewarnai jalan cerita ini.

Mungkin yang agak tidak memenuhi kriteria yang saya suka adalah cara penulis menyampaikan satu-satu scene kadang-kala terlalu ringkas dalam satu-satu bab. Adakalanya anda inginkan lebih lagi perincian dalam satu-satu scene. Namun begitu, scene-scene yang pendek itu tidak menganggu jalan cerita.Rasanya kalau diperkemaskan lagi, cerita ini akan lekat di hati pembaca. Walau bagaimanapun, selepas separuh cerita,pengisian tidak mengecewakan sehingga ke pengakhiran cerita.

Sinopsis Kulit:
“Eh, kau ni gila ke apa? Dahlah kau langgar aku tadi. Lepas itu, kau hempuk pula aku dengan beg Bangla kau tu. Hah, sekarang kau panggil aku perogol pula.”

Pertemuan pertama mencipta pengalaman memalukan apabila pemuda yang cuba membantunya diserang dengan beg Bangla miliknya. Saat itu ingin sahaja dia berlari 1000 meter tanpa henti dan tak tahu mana nak sorokkan mukanya. Pertemuan demi pertemuan tercipta dengan sendirinya seolah-olah takdir sengaja mempertemukan dua insan tanpa perasaan cinta.

Tanpa disangka, takdir telah menyatukan mereka apabila Adam Syafiq dan Cazlin Amalina disatukan atas rencana tersembunyi. Mungkinkah ikatan yang dibina tanpa perasaan cinta mampu menggapai istilah happy ever after? Mampukah kedua-dua mereka menghindari bius-bius cinta yang mula menghampiri? Akan adakah badai yang melanda untuk menguji kesetiaan mereka?
..................................................................
Apa yang pasti, dalam melayari hidup berumahtangga, tidak semuanya manis-manis belaka.Tetapi yang pahit itu tetap berguna untuk kita belajar lebih tabah & memahami serta mengenali pasangan masing-masing agar mahligai yang dibina kekal hingga ke hujung nyawa.Bersyukurlah dengan segala yang terjadi. Mungkin ini yang ingin disampaikan oleh penulis. Maaflah kalau tersalah tafsir ;).


http://loveLovely.flashwidgetz.com

No comments:

Post a Comment