Wednesday, September 1, 2010

WHY MINIATURES?


Hello,
Kali ni I masih nak cakap pasal perfume. Bagi yang dah boring baca sebab asyik2 pasal perfume je, maaflah.Mungkin lepas ni, lama kot tak cerita pasal perfume.Tapi tak puas hati I selagi tak share ngan U'll semua tentang topic ni hehee...

Hari ni, kecoh sikit pasal barang member yang dikirim dgn Pos Laju dicuri gara2 Pejabat Pos kena ceroboh. Isk...isk..isk, ada gak manusia yang buat kerja tak senonoh macam tu time2 gini. Terus I teringat parcel I yang dijangka tiba hari ni,berdebar-debar sebab takut parcel I pun kena gak. Huh....lega sebab tak lama kemudian sorang member cakap ada parcle I ada kat ofis.Nasib baik lah...kalau tak....

#Sebab2 Perfume Miniatures Jadi Pilihan:
1.Harga yang mampu dimiliki semua rakyat jelata...harga boleh semurah  RM20-RM50 tu...( kat kaunter2/ katalog2 pun lebih kurang sama je harga cuma kuantiti je lain hehhee )

2. Bila harga dah murah, apa lagi, kita pun boleh beli selalu hehee..tiap bulan pun takpe...( bagi yg suka kumpul perfume lah...ok le tu )

3. Bila dah beli selalu, banyaklah collection yang kita ada...( so apa lagi, bolehlah buat pameran kecik2 )

4. Bila koleksi dah banyak,tiap2 hari kita boleh tukar perfume.Hari Isnin hinggalah Ahad. Kalau banyak lagi, dalam 30/31 hari tu kita boleh guna perfume yg pelbagai hehee...(bestnyee... )

5. Hehehe..bila dah banya koleksi tu, bolehlah kita berlagak sikit (sikit je tau )..."oh..yang ni I dah ada, yang ni dah pernah pakai, yang ni I ada 2, yang ni bau dia best sgt, yang ni pulak I dah bagi kat org, tak suka baunya dan bla...bla...bla.... "

6.Paling best, senang nak bawa ke mana-mana.U sumbat je dalam saku seluar,baju atau poket kecik dlm hdbag, senang je.Kalau perfume big saiz nak sumbat kat handbag huhuhhh...muat ke?Perfume big saiz sesuai kita guna di rumahlah ( wajib gak ada perfume big saiz ni hehee)

7. Senang nak bawa, senang pulak nak pakai di mana saja,U dab atau spray sana sini pun orang tak perasaan, ialah dah saiz kecik.Tak lah ketara sangat U reapply perfume tu hehee.Cuba bayangkan kalau U'll usung perfume big saiz & bila tiba time nak spray tu juling mata tengok kiri kanan risau org ternampak hehee seganlah kan, silap2 org ingat kita nak spray air freshner  hehee...

8. Jimat kos kalau kita  nak beli perfume yang saiz besar. Kalau tak sure dgn macam2 bau yang kita dah hidu kat kaunter perfume tu, kita try dulu yang mini. Kalau sesuai & kita suka,bolehlah spend lebih sikit untuk beli yang saiz besar. Tapi kalau tak sesuai,tak payahlah beli, rugi pu rugi sikit saja untuk beli yang mini tu. ( Sebab kesesuaian seseorang itu dengan sesuatu wangian berbeza ye..)

9. Sebagai hadiah pun boleh :), perfume jugak kan.Kalau yang set huhu...kalau tak cecah RM200 mcm tak sah pulak. Boleh mengecil saiz duit gaji sebulan sebab beli gift set yg mahal tuu...kalau mini, beli 2-3 jenis pun takpe,pas tu letak dlm box yg harga RM3-6 mcm tu,balut reben...huhuhu..comel tu :), Nak lebih best lagi, sertakan sekali shower cream LIFEBOUY/DETTOL/PROTEX yg saiz mini gak ( jenama  shower ikut suka arrr...I bagi cadangan je ) plus lotion BABY JOHNSON yg mini gak uiiii...meleleh air mata kawan tu terima hadiah mcm tu...sama ada sebab terlampau gembira / kecewa tak dapat set yang diidamkan hehee... ( U pikirlah sendiri )

10. Akhir sekali, sebab apa beli MINI? Sebab kaunter2 jual perfume kat luar tu dah tak nak bagi miniature free kalau kita beli perfume big saiz ( sakit hati pun ada ...hehee) Walaupun kita beli perfume sampai RM200+, perfume sebijik tu lah yang kita dapat. Nak dapatkan vials pun susah, kadang tu nak kena ugut dulu barulah kawan kat kaunter tu teragak-agak nak dengan muka yg cuba dimaniskan hulur sebiji vial kat kita( dlm hati..." huhuhhh...berkira, beli baru RM200+ mintak macam2" tak pun " iskisk...melepaslah I nak bawa balik vial free pas ni").Rasanya U'll semua pernah lalui situasi mcm ni kan? Ialah,kita nak dapatkan the best bargain dengan wang yang dah kita belanjakan utk produk mereka, gunakan lah hak sebagai pengguna anda hehehe...(mcm kempen pulak )

Banyakkan sebab2 kenapa kita suka pilih Perfume miniatures? Kalau diselidiki dgn lebih mendalam, I pasti ada lagi sebab2 kenapa Perfume Miniature jadi pilihan...kongsi2 lah ;-).
Lain kali I nak share 'Kenapa Perfume Miniature Bukan Pilihan", kita tengok pulak nanti ye...akan datang hehee...

* Yang tu semua pendapat I jer..tak semestinya logik pun.Sekadar untuk menghangatkan topik perfume ni hehee

No comments:

Post a Comment