Wednesday, April 2, 2014

Kahwin Dengan Saya - KDS

Salam untuk yang singgah. Ya, anda semua yang sudi menjenguk. 
Sedar dah 6 bln rasanya tak update apa2 novel. Orang lain sibuk, saya pun tak kurang sibuknya juga. Tapi sesibuk mana pun saya masih lagi baca beberapa buah novel dlm 6 bulan ni hehehee. Macam tetap kena baca juga, at least sebuah novel sebulan.Cuma masa utk berkongsi di sini, jarang sekali ada.
Hari ni nak kongsi sikit KDS yg baru saya habiskan semalam. Huhuu..tak ku sangka, menangis 
( wpun bkn tahap nangis sampai tergolek tapi ada lah 2- 3 kali sapu air mata heehe)jugak bila baca bab- bab terakhir tu.
Oh ya, ni special order dr penulis sebab tu siap dpt 2 keychains yg sgt cute. Terima kasih...

Balik kepada kisah Qara & Haq. Sangat suka dengan watak Haq, ( cuma sayang saya tak dpt nak bayangkan muka Haq tu mcm sapa ) dan sangat simpati dengan watak Qara.Tapi bila difikirkan semula, walaupun dilayan dengan teruk oleh ibu mertua ditambah pula dengan mulut jahat Datin & Datuk + Elma, Qara masih sgt beruntung memiliki suami yg sgt penyayang seperti Haq dan best friends spt Dhia & Akid.Tp yang tak dpt diterima bila Dhia tiba2 berubah sikap terhadap Qara. Rasa tak percaya pun ada, malah bertambah sakit hati apabila Dhia antara penyebab pergolakan rumahtangga Qara & Haq.Rasa nak ketuk jer Dhia masa tu. Nasib baik Aqid sentiasa best heheh

Bagi saya kisah kali ini sangat best.Ya kasih sayang itu tidak akan luak walau dikongsi bersama, malah akan bertambah. Kisah kali ini juga berjaya membuatkan saya menangis bersama. Bukan saja menangis bersama Qara, malah saya turut menangis bersama Haq apabila dia sedar kesilapan yg telah dia lakukan terhadap Qara, apabila dia sedar juga tidak akan ada yg lain dapat mengantikan tempat Qara sebagai isterinya. Ada juga seorang ibu/ mertua yang beperangai seperti Hajah Yasirah yg mudah2 jer terima fitnah terhadap Qara bulat2.Membenci walau tiada sebab kebencian itu perlu wujud.Berprasangka tanpa pernah melihat bukti yang nyata.

Sayang sangat nak habiskan sb mcm tak cukup jer baca kisah Qara & Haq hehee.Tahniah kpd penulis, sebuah karya yang best sgt2 & karya yg mampu mengalirkan air mata pembaca berhati tegar  seperti saya.( Saya jarang menangis baca novel sebab biasanya saya dah tahu ending nya sebelum novel habis dibaca hehehe)

Thursday, September 5, 2013

Memilih...

Salam,
Bila dah semakin lama berjinak-jinak membaca ni, sya rasa sya dah makin memilih novel-novel yg dibaca. Kalau dulu, sapu jer semua. Tapi sekarang sya lebih selesai memilih hasil karya penulis-penulis yg sudah selesa dibaca dan kena dengan jiwa. Kalau tengok dari senari novel-novel koleksi sya, rasanya sudah dapat dikenalpasti siapa penulis-penulis yg hasil penulisan mereka kena dengan jiwa saya. Apa-apa pun, manusia berbeza, citarasa kita tak sama. Apa lagi yg perlu dikata,  teruskan membaca karya yg anda suka...hehhe..
Hana+Hydar+Fawwaz-Penuh dgn pengisian & seolah-olah baca fairytale pun ada.
Nadim & Cika -Sweet and sweet :)
Perlukan hati yg tabah utk menghayati (tp rasanya sya tidak cukup memahami hidup bermadu )
Yg ni macam-macam perasaan ada bila baca.


 Tapi semuanya best-best.
http://loveLovely.flashwidgetz.com

Sunday, May 5, 2013

Pelangi Cinta Buat Suami






Here, another lovely sweetheart from Acik Lana. Mcm biasa suka novel ni, cuma agak geram dgn scene2 yg Tengku Qalif tu hilang ingatan.  Nasib tidak terlalu panjang hehehe..I wish lah part TQ dgn Maira boleh dikperkembangkan lagi utk menunjukkan hubungan mereka sememangnya dah mesra..sikit lg hehhee..

Apa2 pun tetap suka. Suka dgn Nina yg sgt degil mendapatkan cinta Qalif. Beruntungnya Nina mendapat TQ yg begitu banyak cinta,kesetian & kasih sayangnya terhadap seorang isteri. Harap masih banyak lagi lelaki di luar sana yang mencintai & menyayangi isterinya dengan sepenuh hati seperti TQ or even better than him hehhee.Tapi rasanya yg perfect fizikalnya,kaya dan lengkap semua package susah nak jumpa kot...ouchh...(don't be offended) Ada, sebab kita semua mempunyai persepsi yang berbeza berkaitan dgn nilai yang dikatakan 'sempurna' di mata masing2.Apa pun pelihara & jagalah hubungan kita dgn soulmate kita, jgn berangan nak mendapatkan yg lebih sempurna sdg kan yg sudah ada di depan mata sudah dijanjikan utk kita hehehhe

Owhhh...sgt kesian dengan Sauqi yang baik itu. Agak2 nya ada tak kisah Sauqi yg lagi best y Acik Lana akan buat? So sweet and caring, hensem & berjaya lagi tu..mana nak cari hehehe. Nak ending yg lagi best utk Sauqi juga. Itu kata kita sebagai pembaca, tapi kalau penulis menulis kisah meleret-leret hingga ke kisah Sauqi, pembaca pulak komplien mcm2 ye tak? So, kesimpulannya, cukuplah hanya fokus dgn kisah TQ & Nina jer utk PCBS, suka sb tak banyak serabut dgn fokus2 kepada yg lain yg boleh buat pening kepala heheh..sila layan muka Nina yg cute ini sperti gambaran penulis aheheh


Yang belum baca, silakan. Semasa membaca tu gunakan lah akal & hati yang bersih supaya kita berprasangka yg elok2 saja. Ambil yang baik jadikan ikhtibar...adiosss!!

http://loveLovely.flashwidgetz.com

Wednesday, May 1, 2013

Nyanyian Hati & Dandelion Ditiup Angin

Dua buah novel terbitan Jemari Seni yang saya suka....mmg suka dan berbekas di hati walaupun selepas 2-3 hari dah habis baca hehehe...
Yes...yg ni mmg best. Mmg sedih dgn kisah Dini.Dibenci oleh Rifki sedari kecil...bila menginjak dewasa dia difitnah sehingga menyebabkan ibunya terluka. Bertambah sedih lagi Dini tidak berkesempatan memberitahu ibunya hal sebenar sehinggalah ibunya meninggal.Lebih parah, Dini melahirkan bayinya seorang diri tanpa kehadiran seorang suami. Kemudian 10 hari selepas dilahirkan anaknya meninggal dunia. Hati wanita mana yg tidak akan terluka dengan duka yg datang bertimpa.

Dengan sokongan Ibu Rasyidah & Iffa, Dini akhirnya membawa diri ke Ireland dan kembali 10 thn kemudian dgn gelaran doctor. Namun baru saja dia kembali, Dini ditakdirkan bertemu sekali lagi dengan lelaki yang sangat membencinya satu ketika dulu.

Berjayakah Rifki mendapatkan semula hati Dini yg seperti sudah mengeras seperti batu? Mmg lah kesian tengok si Rifki ni, bersungguh dia ingin mendapatkan kemaafan dari Dini dan menempatkan semula Dini disisinya selayaknya seorang isteri. Sampai sanggup kumpul koleksi novel, baju2 dan membina Dini Indah Resort sebagai santapan jiwanya ketika mengenang Dini..

Nak tau perjalanan Rifki & Dini mencapai bahagia, kena baca DDA ni.Mmg best ditambah dengan bahasa yg indah lagi tu hehehe..

Ha,yg ni pun best juga. Ainul Raudhah atau Ain, Danny & Is@Ben@Ken.Mmg kesian dgn Danny, selama bertahun memendam kasih terhadap Ain. Ketika Ain sudah bersedia menyambut huluran kasihnya, Danny menemui ajal. Ain yang kecewa berkongsi rasa dengan Iskandar, sahabat, seorang abang kepada Danny.

Walau ketika hayat Danny, Ain & Is seolah-olah tidak sehaluan, namun Danny sudah menyedari yang Iskandar turut menyukai Ain. Danny percaya Iskandar boleh menjaga Ain sekiranya dia tiada lagi. Seolah-olah sedar yang dia akan pergi utk selamanya, Danny membuatkan Iskandar berjanji yang Iskandar akan menjaga Ain. Dengan janji itulah, Iskandar bertekad melamar Ain.

Setelah Ain mengetahui hal sebenar, adakah Ain dapat menerima alasan pernikahannya dgn Iskandar hanya sekadar menunaikan janji seorang sahabat? Bagaimana pula dengan Iskandar? Huhuuu..baca novel ni memang melankolik sikit la...dgn perwatakan Iskandar, jejaka hot yang menemui belahan jiwanya sebenarnya ada pada kekasih sahabatnya sendiri.

Bagi yang belum layan, jangan lupa dapatkan keduanya..." sesungguhnya dua hati yang ditakdirkan bersama, walau sejauh mana ia dibawa pergi  tetap bertemu di satu titik yang akhirnya akan menyatukan keduanya"



http://loveLovely.flashwidgetz.com

Tuesday, April 30, 2013

The Wedding Breaker



 Hye...tetiba jer nama novel THE WEDDING BREAKER ni begitu melekat di hati. Tetiba mgu tu jugak nak dapatkan,jgn tidak.Thanks for all the positive reviews sehingga saya pun terpikat utk mencuba. Hehhee...sb kdg2 tu yg org ckp best, tak kena pulak kat kita, ye tak? But when I finished reading TWB, fuhhh...worth buying..and worth having. No regrets heheh.

Why I like it?
So many positive values you can get from this novel.Super romantic in many ways hehhee ( well love all the romantic parts after Tengku Adam & Ariana become husband/wife)Tapi mmg sudah suka TA dr mula lagi walaupun ketika itu dia ni mmg kasanova habis,malah dapat title perogol yg romantik lagi. And I like Ariana yg digambarkan sgtlah cantik itu...nak bygkan Ariana tgk pic bawah ni...
Ariana

Kalau yang dah baca tu tau lah kat mana istimewanya novel ini.Mmg mula2 tu saya beranggapan saya akan cepat bosan membaca cerita sebegini tetapi ternyata telahan saya tidak tepat. 

Cerita bermula dgn tindakan Ariana membuat kecoh masa majlis pernikahan Tengku Iskandar & Tengku Juwita tanpa dia ketahui siapa TA itu. Lepas tu bermulalah pencarian TA terhadap perempuan yg sanggup memalukan dia. Lain yg dirancang,lain yg menjadi. Lepas TA merogol Ariana(mgkin kerana sakit hati atau mmg dah terpikat dgn kecantikan Ariana),nama Ariana tidak mahu hilang dr ingatannya sdgkan dia mmg Player tegar. Ariana pula mula mendekatkan diri dgn golongan kurang upaya. Tup2 mrk berdua ditunangkan oleh kedua-dua belah pihak tanpa mrk berdua ketahui pasangan masing. Sampai TA sanggup bergaduh dgn ayahandanya kerana tidak sudi bertunang dgn Rosnah bt Jusoh disebabkan dia sudah bertekad mahukan Ariana.Tapi setelah tahu gerangan tunangannya beberapa hari sblum pernikahan, apa lagi TA,bagi org mengantuk disediakan bantal hehehe.Tapi bagaimana penerimaan Ariana stlh mengetahui lelaki yg dia nikahi adalah lelaki yg sama yg merogolnya. Surprise kan..tak nak ambik tau siapa bakal suami, akhirnya menikahi lelaki yg cuba dihindari. Tapi siapa boleh melawan takdir?

Tapi yg bestnya.TA telah banyak berubah dalam tempoh 3 bln pertunangan mrk walaupun pada masa itu dia belum mengetahui siapa tunangnya. Dari sejahat2 lelaki tp hensem, dia berubah ke arah yg lebih baik menjadikan TA makin hensem dari hari ke hari. Tidak mustahilkan. Nah..bila dia dah berubah ni lah saya mudah jer cair dgn setiap layanannya terhadap Ariana. Takkan lah Ariana tidak cair kot hehehe. 

Ok selebihnya sila baca sendiri ye..bila saya kata best & banyak pengajaran yang boleh diambil, biasanya dari 6 rakan pembaca tegar, 5  akan bersetuju dengan saya. Hehhehee...manakala yg 1 lagi tu mungkin akan berkata " Best tapi...."  maksudnya dia masih bersetuju dlm kadar 50-60%. Tak percaya, cuba baca kat sini www.fairytalesfromevelyn.blogspot.com dulu.Lepas tu bolehlah dapatkan dari bookstore.

Oh ya...walaupun dlm novel ni banyak mix penggunaan English & BMnya, saya tetap suka, tidak menjadi gangguan semasa membaca, tetap enjoy :)





http://loveLovely.flashwidgetz.com

Tuesday, April 9, 2013

Tunggu Update Terbaru

Hi, ya tunggu update terbaru untuk latest novel yg saya ada. Tp buat masa ni belum berkesempatan lagi.Apa2 pun walaupun sentiasa sibuk terkejar sana-sini, sempat lagi membaca Pelangi Cinta Buat Suami oleh ACIK LANA..what to do, can't resist the temptation bila novel Acik dah depan mata.Ok...nanti sya share kan yg terkini.Bye.

Sunday, February 24, 2013

Enjoy PYPAC sambil dengar lg ni ...



" Wajarkah kita insan kerdil menghukum setiap perbuatan serta kekurangan orang lain ?"

Hello, dah selesai membaca PYPAC.Terasa berbaloi menunggu dengan sabar.Karya tidak mengecewakan dan berjaya membuatkan degupan jantung tidak menentu.Sesiapa yang telah membaca di blog penulis sudah pasti ada bayangan sikit2 rupa K-Kin & Bunga.So sweet hehhee.

Terharu sangat melihat kegigihan Karl cuba menambat semula hati Bunga yang pernah dihancurkannya 7 thn yang lampau. Dasar playboy & kasanova terlampau,sampaikan boleh lupa kepada gadis yang pernah dirosakkan.Nasiblah Bunga memang pernah mencintai Karl dari dulu dan rasa cinta itu masih bersisa walau sehebat mana benci yng cuba disemai terhadap Karl Hakimi.Kerja mendapatkan semula Bunga tidaklah mudah kerana disebabkan Karl Bunga dibuang keluarga,disebabkan dia juga Bunga menanggung malu yang bukan sedikit.Malah disebabkan dia,Bunga menjadi seorang Ibu yang bertindak kejam meninggalkan bayinya.Malah kehadiran Elman, tauke emas lebih menyulitkan usaha Karl mendapatkan Bunga.

Namun usaha Karl yg tidak mengenal putus asa & kerana hatinya memang sudah seikhlasnya mencintai Bunga, akhirnya mereka tetap bersatu.Walau dilempang menggunakan selipar Jepun, Karl tetap tersenyum kerana itulah kenangan manis baginya yang tidak pernah mengingati Bunga sepanjang 7 thn dia meninggalkan Bunga mengusung kebencian terhadapnya yg tidak berkesudahan.

Kesimpulannya ,karya Acik Lana memang saya suka.Mungkin ada yang tak suka, semua itu bergantung dengan selera masing-masing. Tidak perlu nak pertikaikan.
Jangan dicari di kedai buku sebab anda memang tidak akan jumpa novel ni.Novel ni dah namanya Limited Edition jadi naskah pun terhad hehehee...
http://loveLovely.flashwidgetz.com