Thursday, August 26, 2010

PERFUME OH PERFUME

Hi dear,
Sesungguhnya hari ini hari yang sangat memenatkan.Tapi I masih nak berkongsi info tentang minat I yang satu ni dengan U'll semua, PERFUME.Rasanya semua orang nak berbau wangi sentiasa, tak ada yang nak berbau yang 'tak wangi' ye tak?Tambah2 pula yang sentiasa bergaul dengan orang lain.Tak kira lah U'll pakai Perfume jenis apa, brand apa,beli kat mana,harga berapa yang penting tujuannya cuma satu, kerana nak berbau wangi....:D

Tapi ada pula yang pakai Perfume tu, tak pula berbau wangi dan kadang2 macam tak pakai Perfume pulak.Ataupun pakai Perfume,wanginya cuma 30-1 jam macam tu je.Mesti U'll heran.."eh..aku ni beli Perfume ori ke yang tak ori (tiruan).Penipu betullah yang jual Perfume ni, harga kan main lg".

So,kat sini I nak share sikitlah info2 yang boleh layan tentang PERFUME ni.Maaflah kalau ada yang mempunyai pandangan tersendiri/yg lain tentang info I ni, bolehlah berkongsi sama2 ye..


APA BENDA PERFUME,EDP,EDT & EDC TU?
Semua tu berbeza berdasarkan jumlah atau kandungan 'concentration' minyak/juice dlm perfume tersebut.Yang paling tinggi kandungan 'concentration' nya adalah:
1.Perfume
2.Eau de Perfume
3. Eau de Toilette/ Eau de Cologne
4. Cologne
Jadi lebih tinggi kandungan 'concentartion of juice' nya maka lebih lama lah bau Perfume tu bertahan. Sebab tu harga yang Perfume je mahalnya mak oi...
Mungkin ada jugak yg akan cakap "Kenapa Perfume yg I guna ni tak tahan ye, dia pakai boleh pulak bau dari pagi sampai ke petang".( perfume yg hanya sekali apply tp tahan lama ye, bukan yg asyik apply setiap jam hehee).Sebenarnya bau Perfume lebih lama bertahan bagi orang yang kulit berminyak, (oily skin) jika dibandingkan dengan org kulit kering (dry skin).Dan lagi PH level kita sedikit berbeza bagi setiap individu, jd  PH level kita akan menentukan macam mana ingredients2 dlm Perfume itu bertindak.
 So, pas ni kena try & error lah Perfume mana yg sesuai dgn kita,kalau tak nak membazir beli saiz besar,belilah yg MINIATURES...hehee
Info ni bukan tiba2 I tau mcm tu je ok, I dapatkan dari maklumat yang boleh dipercayai & yang tiada niat utk menipu hehehe..ok lah lain kali i akan share info yg lain pulak.

 * Semua Perfume tu wangi.Yeke???

No comments:

Post a Comment