Monday, May 28, 2012

Terbaru..

Seadanya Kamu
Mr Right Buat Ann
Nah Untuk Awak    
Hello,
Terima kasih kepada Jemari Seni. Ni kira batch yang kedua novel-novel  guna boucer hari tu.Suka sangat and thanks again JS.Dapat 3 tapi baru baca dua :)

Mr Right Buat Ann
Mula-mula baca tu agak geram jugalah dengan watak Hanif yang tidak pernah mengambil kira perasaan Ann sedangkan Ann sudah lama menunggu Hanif melamar dirinya.Usia pun sudah menginjak ke angka 3.Suka sangat bila Ann mengambil tindakan dengan cara tidak mengendahkan Hanif dan cuba melupakan Hanif, padan muka Hanif. Ingat Ann tu hanya tempat dia berkongsi rasa sekiranya jiwanya berserabut ataupun teman ketawa tika dia memerlukan penenang jiwa?Tapi Arman Faiz best walaupun macam tidak puas mengenali Arman Faiz melalui perkongsian penulis. Rasa macam tak cukup jer...Tapi Tuan Haji Kamil boleh pulak saya cukup kenali hehhe. Lalu siapa Mr Right Ann?

Nah Untuk Awak
Saya suka membaca novel ni macam saya suka baca A.K Ikhlas oleh penulis.Najiha gadis yang dilihat cukup sempurna pada pandangan mata tetapi tidak pernah lari dari dugaan demi dugaan.
1. Teman lelaki yang telah dikenali selama bertahun bertunang dengan 'best friend' Najiha sendiri. Siapa yang tidak kecewa dan merana.
2. Fahri muncul menawarkan cinta untuk mengubat duka Najiha.
3. Disaat hati sedang mula melupakan pengkhianatan Ilham & Dian, Babah tercinta pula meninggalkan dia pergi sebatang kara tetapi sempat berpesan agar Eid boleh menjaga Najiha selepas ketiadaannya. Eid yang tidak pernah tidak berlawan kata dengan Najiha sekiranya bertemu muka.
4. Disaat sedikit kasih sudah mula tertumpah kepada Eid,ada pula salah faham yang melanda hubungan mereka.

Tapi part paling best apabila Fahri terkantoi dengan Najiha. Padan muka dia,suka-suka jer menabur kata bermanis muka sedangkan ada agenda yang lebih penting disebalik usaha dia beria memenangi hati Najiha.Hahahaa....

Sesungguhnya apa yang berlaku dalam hidup Najiha telah berjaya menjadikan dia seorang yang ingin dan berusaha berubah ke arah menjadi yang lebih baik dari sebelumnya.

Tapi rasanya saya belum puas mengenali watak Eid.Mamat yang sentiasa berjaya mehapuskan kadar kesabaran seorang Najiha.

Ok..buat yang belum mendapatkan novel ni boleh dapatkan terus dari Jemari Seni. Free lagi shipping kalau beli 2 buah atau lebih novel umum...untuk Seadanya Kamu..lepas baca kalau sempat saya akan kongsikan. .
http://loveLovely.flashwidgetz.com

Wednesday, May 9, 2012

Takdir Itu Milik Aku

Penulis: Siti Rosmizah
Halaman:1055

Terlebih pulak hari ni, sampai buat 3 review sekaligus.Banyak dah baca seminggu yang lepas, hampir 7 buah novel berjaya dihabiskan. So nak kongsi 3 ni pun makan masa jugak.
Novel SR kali ni memang masih panas sangat2, kalau kek, memang macam kek yang baru keluar dari oven, terus saya dapatkan kerana SEMUA novel beliau sebelum ini saya suka sangat dan ada dalam koleksi.
Tapi kalau dibandingkan dengan novel2 beliau yang best-best sebelum ini, novel Takdir Itu Milik Aku tidak berapa kena dengan jiwa saya. Itu saya....bukan pembaca-pembaca lain di luar sana yang mempunyai pandangan yang berbeza. Kenapa ya saya kurang serasi dengan novel ini?

i) Sangat terseksa membaca bab-bab Dian yang lurus itu didera oleh Zarif Adha & Datin Munirah.Ini kerana hampir separuh dari novel tersebut menceritakan segala penderitaan, umpat keji dan caci maki yang lebih dari 'kaw-kaw' untuk Dian. Malah sangat melampau kalau diikutkan waras akal manusia.Malah diulang berkali-kali segala kata keji, sampai dah tak sanggup baca....Belum lagi segala perlakuan jahat Zarif & Datin Munirah yang tak tercapai dek akal tu...rasa semput baca.
 
ii) Oh Dian...ada juga insan seperti Dian yang sangat lurus walau sudah berusia 18 tahun.Betapa naifnya Dian dibandingkan dengan remaja zaman sekarang.Semuanya nampak suci dimatanya, tapi sekali berubah, sangat drastik sehingga hatinya menjadi begitu keras memberi kemaafan kepada suamiya.
 
Rasanya itu sajalah yang menyebabkan saya tidak begitu serasi dengan TIMA. Namun saya tetap tidak akan serik untuk mendapatkan karya SR pada masa akan datang. Bagi yang nak baca, bersiap sedialah dengan hati yang tabah...Salam :)



http://loveLovely.flashwidgetz.com

Dia Segalanya...

Penulis: Sha Ibrahim ( Kaki Novel)
Halaman: 1112
 
Sekali lagi saya ingin berkongsi novel kedua Sha Ibrahim.Kalau nak membandingkan novel, saya lebih suka membandingkan novel di antara novel2 penulis itu sendiri. Saya lebih suka Dia Segalanya jika dibandingkan dengan novel Sha Ibrahim yang terdahulu iaitu Biarkan Ia Berlalu.
Masih lagi mengekalkan konsep konflik yang berterusan antara watak. Tetapi kali ini antara adik-beradik angkat. Faizul & Suraya. Ada Faizal kembar Faizul tetapi hubungan Faizul & Suraya memang macam adik beradik sebenar bukan seprti Faizul yang tidak pernah menganggap Suraya adiknya.
 
Kalau nak tau siapa baik,siapa jahat, memang sah2 Faizul tu berkali ganda jahatnya dibandingkan dengan Faizal..Memandangkan novel ini agak tebal, maka dengan rasa tidak bersalahnya saya telah mencuri tengok helaian akhir. Nah....sudah semestinya saya telah membunuh elemen suspen yang septutnya saya rasai apabila hampir ke bab-bab terakhir.Huhuu...menyesal pun ada. So bagi yang belum baca novel ni, jangan sekali-kali membaca bahagian akhir. Rasa sedih yang sememangnya saya patut rasai pun jadi tak sedih. Walaupun begitu saya masih boleh merasai kesedihan Faizul ketika mengetahui Suraya mengidap lukemia.Kalau yang tak tau ending sure akan menangis-nangis tu. Tapi janganlah percaya dengan apa yang saya tulis ni hahaha...kerana saya percaya setiap orang berbeza citarasanya...tetapi bagi saya novel ini merupakan koleksi yang saya anggap best hehhee.

 



http://loveLovely.flashwidgetz.com

Cinta Perisa Dia


Penulis: Lynn Dayana
Halaman: 480
 

Salam, novel ketiga penulis yang saya dah baca. Ketiga-tiganya pun best.Saya suka novel ini hehhee...walaupun mungkin kita macam tengok 'The Bachelor' kat tv atau menonton  program realiti kat tv. Sebabnya watak hero dalam novel ni seorang penyanyi yang hot, hensem dan belum lagi menemui 'the other half' walaupun kalau ikut umur Hadif Imran memang sudah layak untuk berkahwin.Sehinggalah bonda tercinta membuat program realiti 'mencari menantu' untuk Hadif Imaran. Tak kisahlah kalau cara bondanya Hadif  mencari menantu sampai kena masuk tv tapi cara penulis sampaikan memang menarik.Tak bosan membaca kerana kita akan dikejutkan dengan sesuatu yang sentiasa diluar jangkaan kita.Tambah ada Ayumi yang penuh rahsia dan unsur suspen ketika Ayumi dicolek.Memang sengaja saya tidak mencuri 'tengok' bahagian helaian akhir novel ni..hahah, tahniah untuk diri sendiri.
Eh...siapa yang menjadi juara program mencari menantu bonda? Yang pasti bukan Ayumi yang menjadi juara kerana seawalnya dia memang tidak berniat mengikuti program tersebut. Semuanya gara-gara sahabatnya Mala.Namun adakah cinta perisa 'Intan Zarifah' yang menang program 'Mencari Menantu' yang dicari oleh Hadif Imran sedangkan semua peminat diluar sana memberikan pandangan yang positif  kalau Intan yang menjadi piihan.Tidak mungkin Ayumi yang terang-terangan menolak Hadif. Semuanya terjawab dalam Cinta Perisa Dia.
Bagi saya novel ini sebuah novel yang fresh dan santai dibaca tetapi tidak mengabaikan perasaan tertanya-tanya pembaca. Tahniah!