Monday, August 30, 2010

KEK LAPISKU KEK LAPISMU JUA

Hi dear,

'Jangan biarkan hari semalam terus berlalu pergi begitu saja,kerana sesekali sekiranya anda menyingkap semula cerita & kenangan hari semalam, sudah tentu ada nilai yang tak terungkap sebelumnya & sudah tentu juga ada rasa kenangan yang boleh membahagiakan anda'.

Bahang cuti sekolah & Hari Raya dah mula tempias sikit2 bila teman2 yg lain sibuk membuat persediaan untuk sambutan Hari Raya.Walaupun ada lebih kurang 2 minggu lagi nak beraya tapi kerana cuti sekolah yang akan bermula minggu hadapan,jadi ada yang menempah baju,kek & biskut raya awal2 lagi untuk dibawa pulang.Yang buat baju pun,sanggup tak pegi mana2,tak buka FB sebab takut baju sendiri tak sempat siap mcm thn lepas :).

Hari tu sebut pasal Kek Lapis Sarawak yang ada macam2 nama,sampai rambang mata kalau tengok kat Internet atau pergi sendiri ke kedai2 yang menjual kek lapis ni.Itu belum lagi tengok dia punya design lagi tu,huhuh..memang respect betullah kat orang yang pandai buat kek lapis ni.Tapi walaupun tinggal di Sarawak,bukan semua boleh buat kek lapis ni, macam I lah.Kalau buat kek yang tak berlapis pun belum tentu jadi kek silap2 jadi 'bubur kek' hehee.Tak payahlah sebut macam mana caranya sebab memang I ni tak tau langsung proses membuat kek lapis ni... ;-)

Masa perayaan macam ni ramailah member2 yang menempah kek lapis ni.Sebut je nak jenis apa,pasti termakbulkah permintaan U'll semua (mcm Alladin mintak benda ngan jin  dalam lampu ajaib pulak hehee).Then tadi, adalah seorang member ni cadang nak buat Kek Lapis Selipar Jepun  ermmm...nak jugak merasa kek ni, macam manalah agaknya ye..hehee (harap2 lepas raya nanti member ni bolehlah bawa sikit utk teman2 yang tak pernah jumpa Kek Lapis Selipar Jepun ni )

Masa ni jugak bisnis kek ni memang lah laku berganda-ganda dari biasa.Sampai member2 tu sanggup tak bawa kain baju balik kampung,hehehee..sebab dia dapat banyak tempahan Kek Lapis dari Sarawak ni.
( agaknya dah siap kot baju raya member ni di kampung tu ), sanggup bersengkang mata tak tido malam sebab sibuk ambik order hehee.Dah rezeki member2 ni lah tu,bukan main pesat lagi bisnis jadi pengedar Kek Lapis Sarawak untuk teman2 di Semenanjung. Kira buat amal lah tu sebab kalau kira nak guna pos,boleh naik sampai Rm7-20 kos posnya.Itu baru sebiji, belum lagi berbiji-biji,kira ok le tu.Bukan senang nak handle & angkut kek-kek ni,remeh,silap2 boleh jadi serunding pulak hehehee.Ha..berayalah dengan serunding kek lapis sarawak hehee.Tapi dalam member2 ni sibuk nak buat bisnis kek, ahaa..jangan tak tau ada gak member yang nak 'menangguk di air jernih', sebab apa I cakap menangguk di air jernih, sebab siang2 & terang2 dia mintak komisen gak iskiskiskkkk...Nasiblah dapat member yang sehati sejiwa macam ni,'modal keluar sendiri, untung kita kongsi' hehee...
So apa lagi yang berminat nak Kek Lapis Sarawak ni,cepat-cepatlah buat tempahan anda ;).
emmm.....
Roll

1 comment: