Friday, August 27, 2010

ADA KERJA,TAKDE KERJA

Hola Queridos ,
Hujung minggu datang lagi,bagi U'll semua yg kerja Mon- Friday,hujung minggu biasanya buat ape ye? Tak payahlah jawab :D, sebab I percaya masing2 punya cara tersendiri untuk menghabiskan masa hujung minggu mereka.
Member2 yang nak balik bercuti dah sibuk menempah Kek Lapis (kek lapis ape, kurang pastilah sb mmg banyak jenis pun, tak terkira banyaknya nama2 kek ni...huhuh...kadang-kala mengalahkan nama kita) untuk dibawa balik Beraya :D.Kira punya kira,banyak gak bajet untuk raya nanti...hehee.

Tapi I bukanlah nak buka kisah CUTI , RAYA , KEK dan yang bersahabat dengannya.
Rasanya pernah tak U'll semua terdengar/terfikir/tercakap ' Huhuhh...dia tu bkn ada KERJA sangat pun, I tengok dia relax jerr.Bagi je dia buat semua tu,takpe2,bagi je dia kerja tu'. Ataupun U'll pernah tak terjeling-jeling sampai nak juling sebab tengok member sedap je layan Facebook, chatting, baca blog dan yang sewaktu dengannya waktu kerja?Agak2 bahang jeles tu adalah kan? :)

Tapi yang cakap orang lain TAKDE KERJA tu,yakin ke dia yang org tu memang takde kerja?Mana tau kerja orang tu dah siap semua kerja,ikut suka dialah nak rehat2 kan minda sekejap.Ada ke istilah TAKDE KERJA ni?Rasanya walau sekecil manapun atau seringan mana kerja org tu, dia tetap dianggap ADA KERJA.Tak sesuai kot kalau kita cop kan seorang surirumah TAKDE KERJA kerana tiada kerja yang boleh kita labelkan sebagai BESAR atau KECIL,PENTING atau TIDAK PENTING.Semua ada fungsi masing2 dalam kehidupan seharian kita,jadi janganlah kita mudah berasa gah kerana KERJA yang kita buat.( Tapi tak salahlah berasa sedikit gah hehe..tapi jangan sampai kita memperlekehkan kerja orang lain)

Tapi ada gak yang GILA KERJA, I sukalah orang jenis ni.Bagus & energetic sungguh kalau bab kerja.Memang dia kuat kerja sungguh ngheee...Sampai kerja member pun dia sanggup tolong settle kan.Tapi tak apalah, mungkin menjadi satu kepuasan untuk dia pulak dpt settle kan kerja kawan :)

Oklah, tak boleh meleret-leret sangat.Jangan biarkan rasa bosan itu menjenguk bila rasa hati & minda tidak dapat menerima. Have a good weekends.

ADA KERJA /TAKDE KERJA NI?





2 comments:

  1. apa kata akak carik kerja..
    n kerja tu buat kerja sy..
    wahhh..best tuuu hahahaha

    ReplyDelete
  2. huhuh...no prob, asalkan kerja tu kerja yg halal & mendatangkan keuntungan hahaa

    ReplyDelete