Saturday, August 28, 2010

MUSIM

Morning dear,
 Tiba-tiba bangun pagi ni, teringat kata2 sorang member tu 'Tulislah tentang MUSIM di Kabong ni.Wpun I tau dia tak lah serius mana nak I tulis tentang semua tu tapi bila difikirkan semula mcm ok je.Bukanlah nak buka rahsia tapi sekadar nak share ngan yg sudi je.
Kalau org dengar je Kabong, org mesti kata 'Untunglah U,boleh dpt ikan fresh2 tu'. Tak pun, 'Ada ikan ke?. Bila kita kata tak de, ' Eh..tempat punyalah dekat dgn laut pun tak de ikan?'. Heheee...bak kata teman tu 'bukan semua yg kita nak boleh dapat',ikan tu memanglah ada kalau ikut MUSIM ada ikan yg best2, tapi jgn tak caya pulak kadang2 selalu gak makan 'ikan kembung' yg dah jd batu dr freezer kedai runcit kat sini.:)

Tapi I bukanlah nak share tentang MUSIM ada ikan ke tak de ikan. Tapi MUSIM2 yg melibatkan member kat tempat I ni :).Jangan mare ye member semua :)

Musim Novel
Tak tau lah pengaruh siapa musim novel ni. Tetiba je,member2 sibuk dengan novel masing2. Ada gak member yg baik hati bawakkan berkotak-kotak ( lebih sikit bunyinya) koleksi novelnya untuk teman2 yg sedang mengidam nak baca novel.Pengaruhnya begitu hebat sekali sampaikan sorang teman yg tak pernah baca novel tu (mungkinlah cuma pernah baca 1-2 novel je,itupun novel sastera time sekolah :) ) alih2 dia boleh baca sampai 60 buah novel dlm tempoh 4 bulan heheee....(tp novel tu semua bkn dia punyalah tp pinjaman dr member2 yg memahami, kalau ada milik dia pun adalah 5-10 buah mcm tu :D ) Tapi kira ok le Musim Novel ni..membaca menambah ilmu.

Musim Tupperware
Rasanya Musim Tupperware ni hampir-hampir sepanjang tahun kot. Tapi ada gak time hibernate nya.Tau bila? Time duit kat purse tu nipis sesangat hehee..bukan apa, selalu paling2 melayang gak sampai RM40-50 beli satu set.Tapi tu kira ok lagi lah sebab biasanya nak dekat Rm100 gak habis,bayangkanlah kalau tiap bulan beli, kiralah sendiri hehee (masuk ASB pun tak sampai banyak tu ngeehhh..) Dengan adanya 'tauke Tupperware' berdekatan/duduk sebelah anda, hahaa...apa lagi,tiap harilah dok belek katalog tu.Dari tak de yg berkenan sampai dpt yg berkenan sebab dah selalu sgt belek hehee.

Musim Kain Ela
Kalau teman dr Semenanjung balik dari bercuti, huhuhhh...perkara pertama yg dibuat,jenguk bonet kereta member. 'Psst...psst...ada bawa kain tak?'. Atau versi makcik2 nak niaga jual telur penyu cara illegal, 'Psstt...aku ada bawak kain, cantik2 ,tu kat bonet keta.Jangan bising dulu, nanti bos tengok'.Fuh...dia, kot ye pun tanyalah khabar teman dulu ke. Tak cukup yg dibawa member by hand, siap pesan online lg tu,huhuhh...paling2 habis 1 jam gak nak choose & pick yg berkenan d hati.Tak kisahlah ye,janji U'll bahagia.

Musim Brooch
Ni yang tak tahan ni, dari yang mahal kepada yg murah, sapu semua.Nasib baik,paling banyak brooch yg diletakkan kat tudung pun 3 atau 4 ketul,cuba kalau mcm org pakai cincin kat jari tu hehheee...Si promoter tak bergaji pulak pandai promote sampai habis berkotak2 dlm masa tak sampai 3 hari.Teman yg tak puas hati beli brooch dapat brooch ( takkan dpt cincin pulak ) siap booking kotak2  brooch yg dah kosong, konon nak jdkan tempat buat pameran broochnya yg dah berpuluh bijik gitu...iskisk...:-)

Musim Online Shopping
Time ni, kalau boleh semua nak online, kalau boleh beli tepung,bawang,garam pun nak beli online..hehe..nasib baik tauke2 kat pasar tu belum jual semua tu online. Biasanya kalau nak shopping online ni, kena pakat ngan member2 2-3 org. Baru best, taklah U sorang2 yg perabihh duit, siap boleh share belanja pos lg tu.Ada sekali tu adalah 3 makcik ni beli compact powder online,konon nak pakai raya hehee...tp yg silapnya tiga2 makcik tu tak perasan pun berapa gram sizenya.Pakai klik je.Last2 bila  sampai tgk saiz sebenar, mak ai...so small..tapi rasanya cukuplah kot makcik2 tu pakai untuk Raya Pertama sampai Ketiga hehee...VOUGE gitu.
So,sebelum buat online shopping tu biasakan dirilah dgn saiz2 yg org kategorikan sebagai Trial Set/Travel Set or 0.16OZ tu berapa ml supaya taklah terkezut dgn saiz sebenar bila brg sampai. :)

Sebenarnya banyak lagi musim2 yang melanda member2 I kat sini. Tapi mcm yg selalu I cakap, tak elok menyampaikan sesuatu perkara meleret-leret,jangan biarkan rasa bosan itu menjenguk bila rasa hati & minda tidak dapat menerima lagi.Rasanya U'll pun ada gak, musim2 yg selalu U'll tempuhi.Sila2 lah berkongsi ngan semua.

Selamat berhujung minggu....:-)



4 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. hahahahahahahaha..gelak sakan baca ni..lawak okehhh...pengaruh sape novel tu..tatau2..tp de org tu siap psn dh novel siap2 tuu hehhe

    ReplyDelete
  4. hahaa..tak tak tau gak. 3 stock novel menunggu tu :).sampai next sat hehee..

    ReplyDelete