Tajuk: Sweet Sour
Penulis: Nasz
Penerbit:Jemari Seni Publishing (Mei 2010)
570 Mukasurat
Harga: RM21(SM)/ RM24 (SS)
*****
" Kita akan ingat semua benda pasal orang tu kalau kita suka dia". (SS)
Salah satu novel kesayangan dan sangat disukai oleh saya. Malah kawan-kawan yang turut membaca novel ini pun cakap bahawa novel ini ternyata sangat menarik.Walaupun sudah dibaca tidak sampai setahun yang lalu, namun saya tetap ulang baca kerana saya sudah merindui watak-watak dalam novel ini terutamanya Joe Jambul ( Faizul Hakimi ).Ternyata penulis berjaya mewujudkan satu watak yang jahat (sebelum dia berubah) dan kemudian seorang suami yang sangat menyayangi & mengambil berat isterinya yang sangat disayangi dan disukai oleh ramai pembaca novel ini.Joe ternyata telah menyebabkan ramai rakan-rakan saya yang turut membaca jatuh cinta dengan wataknya. Tahniah untuk penulis.
Malah bahasa yang digunakan walaupun santai tetapi tetap menyenangkan malah tidak keterlaluan kalau saya katakan cukup perisanya.Penyampaian jalan cerita juga sangat menarik.
Kenapakah Joe yang kaki perempuan ( yang sampai ada 200+ koleksi teman perempuannya), kaki minum
( sebutlah apa saja jenis minuman keras) menjadi pilihan? Malah Zarul yang baik, yang manis dan mengambil berat tidak berjaya menawan hati ( termasuk menawan hati Lia kembali )? Kalau dilihat dari segi fizikal dan material memang Joe melebihi Zarul dari semua segi (walaupun mereka adik-beradik )tetapi bukan itu yang menyebabkan Lia tidak boleh lari dari Joe.Tetapi kerana sememangnya segenap ruang kosong dalam hati Lia telah dipenuhi dengan nama Joe.Malah dia tidak mampu membenci Joe walaupun Joe telah menyakiti hatinya.
" Rasanya ini yang aku nak selama ini. Teruskan hidup dengan dia, walau siapa pun dia dan apa pun yang pernah dia buat.Yang penting dia sudah berubah, dia sudah pun tinggal cerita gelap dia setelah memilih aku". (SS)
Saya juga suka dengan novel ini kerana walaupun Lia mengahwini Joe tanpa cinta ( semata-mata kerana mambalas sakit hati kepada Zarul ) & Joe menggunakan taktik yang kurang bermoral untuk mendapatkan Lia namun tiada unsur-unsur keganasan rumahtangga antara mereka. Mungkin sebab itu juga saya mudah jatuh suka dengan Joe.Daripada seorang yang tidak pernah mendengar kata orang lain, dia boleh menjadi seorang yang begitu penyabar kerana cintanya kepada Lia.
Saya percaya sesiapa yang pernah dan akan membaca novel ini akan jatuh cinta dengan watak Joe Jambul.
Sinopsis Kulit Buku:
A – Yang manis, harum lagi wangi itu Zarul
“Kira orang ni taraf cincin gula-gula ni ajelah.”
“Sepuluh ringgit tu.” Sungguh-sungguh dia cakap.
“Berkira... baru sepuluh dah kecoh... bukannya seribu pun.” Aku jeling dia.
“Banyak cakap pula... kalau tak nak bagi balik.” Dia hulur tangan kiri.
Tak tahu pula macam ni punya seronok apabila dapat cincin... walaupun hanya cincin gula-gula.
“Ni kira orang ‘cuplah’ ni.” Sambung dia lagi.
Aku simpan senyum. Tak boleh senyum depan-depan ni, nanti dia perasan!
B – Yang pahit, masam, masin, payau itu Joe Jambul
“Bayar cincin ni.” Kata dia. Betul ke ni, apa yang aku tengah dengar ni.
“What?” aku terjerit di situ.
“Pay for this.” Relaks aje dia mengarah aku lagi.
“Okey... saya bayar!” Aku jeling dia.
Tapi kan, juling biji mata aku tengok bil RM10 000 kat Tiffany tu. Gila ke apa? Batu planet mana dia pakai buat cincin bodoh ni!
...................................................................................
* Tidak sabar untuk menunggu novel kedua dari Nasz.
http://loveLovely.flashwidgetz.com

hehe.. novel ni.. memang best ! org suka jugak.. tak jemu baca.. wahhh.. best ny dapat baca.. banyak ny`` eheks.. terliur nak baca 'kasih benar kasih' tapi still tak sempat g kedai buku.. xdpt nak beli lagi la
ReplyDeletehehee..ya.dah ulang baca dah SS ni ;). KBK pun best gak.
ReplyDelete