Friday, March 25, 2011

AS: Cabaran 50 Buah Buku (10): Impikan Mentari


Tajuk : Impikan Mentari
Penulis : Shahzy Hana
Penerbit : Jemari Seni (Feb 2011)
398 Mukasurat
Harga: RM18 (SM)/RM21 (SS)

Membaca naskah ini seolah-olah membaca catatan sebuah diari ( menurut pandangan saya ) yang penuh kisah duka & airmata. Mungkinkah novel ini adalah hasil garapan kreatif & pengalaman penulis sendiri? 

Namun mengenali  watak Izzati, anda yang turut mempunyai pengalaman yang hampir sama mungkin akan lebih terkesan dengan apa yang disampaikan. Mungkin anda juga akan turut mengalir air mata membaca dugaan demi dugaan yang terpaksa dihadapi oleh Izzati.Betapa berat beban yang dipikul tetapi  saya yakin  mereka yang memang pernah mengalami nasib sebegini mungkin  lebih  merasai apa yang Izzati sekeluarga rasa. Kepincangan hubungan adik-beradik  dan kemudian dikejutkan dengan penyakit leukemia yang dideritainya memang sangat berat bagi Izzati.

Ikhman, lelaki kedua yang hadir dalam hidup Izzati . Walaupun dia hadir sebagai cinta kedua bagi Izzati tetapi dia jugalah suami, teman dan kekasih yang tidak pernah meninggalkan cinta hatinya.Adakah wujud lelaki seperti Ikhman yang penuh dengan pengertian, kasih, sayang,kesetiaan & kesabaran?
Selamilah bagaimana rasa hati Izzati & Ikhman menghadapi dugaan demi dugaan dalam hidup mereka dalam Impikan Mentari.

Sinopsis Kulit Buku:
Pernahkah anda mengalami rasa sedih seperti Izzati? Saat hati dilambung rasa bahagia melalui hari-hari indah, tiba-tiba Izzati ‘dihidangkan’ dengan babak bakal suaminya bermukah dengan adiknya sendiri?
Tunang yang amat dicintai dan mengakui amat mencintainya, telah membelah hatinya... nipis-nipis; berdarah parah, tidak mungkin sembuh. Lalu bagaimana kalau anda sendiri mengalami keadaan itu. Sedalam manakah luka anda? Masih percayakah anda pada insan bernama lelaki?
Izzati juga seperti anda, hilang keyakinan diri untuk jatuh cinta dan bercinta lagi.
Namun hatinya yang beku, cair jua dengan gigihnya Ikhman mengetuk hatinya. Hatinya yang berbunga kembali mekar di jenjang pelamin bersama Ikhman. Namun takdir rupa-rupanya masih mahu mengujinya. Ketika bunga-bunga bahagia kembali mewangi, dia disahkan menghidap sakit di ambang maut. Kuatkah dia untuk bergelut melawan sel-sel darah putih yang rakus menelan darah merahnya dan berjuang untuk terus hidup bahagia bersama suami tersayang?
* * *
SHAHZY HANA menulis tentang luka, cinta dan kuatnya hati seorang perempuan. Mampukah anda jadi setabah Izzati yang tak pernah jemu-jemu untuk Impikan Mentari?

http://loveLovely.flashwidgetz.com

No comments:

Post a Comment