Tajuk: Aku Yang Kau Tinggalkan
Penulis: Alina Haizar
Penerbit: Kaki Novel
759 Mukasurat
Harga: RM25.00(SM)/ RM28.00(SS)
Membaca karya kedua Alina Haizar sesuatu yang saya nanti-nantikan. Mungkin kalau dibandingkan dengan Hadirmu Takdirku, temanya lebih kurang sama iaitu suami isteri yang terpisah kerana angkara orang lain & juga kehadiran anak yang tidak disedari oleh suami. Namun begitu, bagi saya kali ini jalan ceritanya lebih mantap & terperinci.Mungkin bahagian pengakhiran cerita nampak terlalu sempurna tetapi itulah pengakhiran yang pembaca suka. Tarikan novel ini? Membaca novel ini juga seolah-olah membawa saya turut menjelajah bandar Turin & negara Itali. Saya juga suka dengan watak Nia, seorang wanita yang berdikari & cantik dengan cara yang tersendiri.
Nia & Zaril yang dikahwinkan kerana kepentingan bagi pihak masing-masing. Tidak ada cinta & tidak juga mengenali siapa Zaril, namun kerana keluarga, Nia sanggup berkahwin dengan Zaril. Sementara, Puan Zainun mencari isteri buat Zaril supaya ada orang yang membantunya menjaga Zaril yang sakit. Walaupun Nia sering dikasari oleh Zaril, tanpa disedari, Nia telah jatuh cinta dengan suaminya.
Namun selepas Zaril sembuh dari penyakitnya, Nia merasakan seolah-olah dirinya telah ditinggalkan oleh Zaril. Niat untuk bertemu dengan suaminya di Paris adalah permulaan kisah duka buat Nia apabila dia disuruh membuat pilihan. Bagi Nia, tiada gunanya terus bergelar isteri buat Zaril sekiranya Zaril sudah ada pilihan yang lebih sempurna darinya. Tindakan Nia memilih wang yang ditawarkan berbanding dirinya telah melukakan hati Zaril kerana, apa yang diperkatakan oleh mamanya tentang Nia ternyata benar.
Bertemu semula di Turin selepas 4 tahun telah membuatkan luka di hati Nia berdarah kembali. Di Turin juga mereka mengetahui rahsia yang mereka tidak ketahui selama ini. Zaril yang bakal menikahi Suzzana telah meyakinkan bahawa dia benar-benar telah kehilangan Zaril. Masing-masing menyimpan ppersoalan-persoalan yang tidak terjawab antara mereka.Masing-masing menyalahkan satu sama lain atas perpisahan yang terjadi.
Novel yang patut dibaca dan dimiliki.
No comments:
Post a Comment