Saturday, March 5, 2011

AS: Cabaran 50 Buah Buku (5) Suka Saya, Ya? Suka Saya,Tidak?


Tajuk: Suka Saya, Ya? Suka Saya,Tidak?
Penulis: Manjalara
Penerbit: Jemari seni
443 Mukasurat
Harga: RM19.00(SM)/ RM22.00(SS)

Terima kasih kepada Cik Hamimah Zakaria kerana telah meminjamkan novel ini buat saya. Pernah beberapa ketika dulu saya cuba membaca karya pertama penulis, Persis Sebutir Pasir tetapi hanya separuh jalan. Bukan kerana tidak menarik tetapi mungkin kerana bahasa yang digunakan memerlukan tumpuan yang lebih untuk menghayati. Selepas ini pasti akan saya cuba habiskan bacaan yang tertangguh dulu.

Bagi saya, membaca buku ini memang memerlukan tumpuan sepenuhnya kerana jika tidak mungkin kita gagal menyelami hati & perasaan watak-watak dalam cerita ini terutamanya Qisya Amni. Walaupun begitu mungkin ada juga bahagian-bahagian yang tidak saya dapat fahami sepenuhnya.

Menyelami hati Qisya Amni yang lebih banyak meluahkan perasaannya di dalam  diari birunya dibandingkan dengan berkongsi secara terus dengan orang lain. Hanya Pak Long nya sahaja yang mendapat kepercayaan Qisya untuk berkongsi coretan di dalam diari birunya. Disebabkan itu juga Azam Jufry begitu ingin menyelami hati Qisya kerana ketika pertama kali bertentang mata dengan Qisya Amni, sinar mata Qisya seolah-olah ada kisah duka yang tersembunyi.Namun hubungan sebagai tunangan yang diharapkan oleh Azam Jufry ternyata hanya berganti hubungan abang & adik sahaja kerana seluruh hati dan perasaan Qisya telah diserahkannya kepada Hilmy.Walaupun sudah terang-terang Makcik Asilah (mak Hilmy) tidak merestui hubungan itu.
Peluang kedua yang dilihat oleh Azam Jufry selepas ketiadaan Hilmy juga terpaksa dia lepaskan walaupun hatinya telah parah dengan cinta terhadap Qisya apabila Qisya ditunangkan dengan Wafi Ilya ( abang tiri Hilmy). Qisya menerima Wafi bukan juga kerana sayang tetapi kerana permintaan Makcik Asilah yang telah menyesal kerana tidak pernah merestui hubungan Hilmy & Qisya.Hati Qisya yang sentiasa dahagakan kasih sayang dari seorang yang bergelar ibu & sikapnya yang tidak pernah berdendam menyukarkan dia berkata tidak kepada pertunangan itu. Sedangkan Azam Jufry yang hanya memendam rasa hanya mampu menjadi seorang ‘abang’ tempat Qisya berkongsi perasaannya.
Mampukah Wafi Ilya membuka hati Qisya untuknya? Bagaimana dengan Azam Jufry yang telah jatuh sayang kepada Qisya walaupun pada mulanya hanya menurut jodoh yang dipilih oleh orang tuanya?

“ Jika Hilmy Allah pinjamkan sementara untuk aku mengenal cinta, Wafi pula Allah perkenalkan padaku buat aku mengenal kaca dan permata.Aku reda apabila kedua-duanya meninggalkan aku akhirnya.
            Tapi Azam Jufry?”
 
Mungkin anda dapat memahami apa pengakhirannya.
http://loveLovely.flashwidgetz.com

No comments:

Post a Comment