Wednesday, May 9, 2012

Takdir Itu Milik Aku

Penulis: Siti Rosmizah
Halaman:1055

Terlebih pulak hari ni, sampai buat 3 review sekaligus.Banyak dah baca seminggu yang lepas, hampir 7 buah novel berjaya dihabiskan. So nak kongsi 3 ni pun makan masa jugak.
Novel SR kali ni memang masih panas sangat2, kalau kek, memang macam kek yang baru keluar dari oven, terus saya dapatkan kerana SEMUA novel beliau sebelum ini saya suka sangat dan ada dalam koleksi.
Tapi kalau dibandingkan dengan novel2 beliau yang best-best sebelum ini, novel Takdir Itu Milik Aku tidak berapa kena dengan jiwa saya. Itu saya....bukan pembaca-pembaca lain di luar sana yang mempunyai pandangan yang berbeza. Kenapa ya saya kurang serasi dengan novel ini?

i) Sangat terseksa membaca bab-bab Dian yang lurus itu didera oleh Zarif Adha & Datin Munirah.Ini kerana hampir separuh dari novel tersebut menceritakan segala penderitaan, umpat keji dan caci maki yang lebih dari 'kaw-kaw' untuk Dian. Malah sangat melampau kalau diikutkan waras akal manusia.Malah diulang berkali-kali segala kata keji, sampai dah tak sanggup baca....Belum lagi segala perlakuan jahat Zarif & Datin Munirah yang tak tercapai dek akal tu...rasa semput baca.
 
ii) Oh Dian...ada juga insan seperti Dian yang sangat lurus walau sudah berusia 18 tahun.Betapa naifnya Dian dibandingkan dengan remaja zaman sekarang.Semuanya nampak suci dimatanya, tapi sekali berubah, sangat drastik sehingga hatinya menjadi begitu keras memberi kemaafan kepada suamiya.
 
Rasanya itu sajalah yang menyebabkan saya tidak begitu serasi dengan TIMA. Namun saya tetap tidak akan serik untuk mendapatkan karya SR pada masa akan datang. Bagi yang nak baca, bersiap sedialah dengan hati yang tabah...Salam :)



http://loveLovely.flashwidgetz.com

6 comments:

  1. ramai pembaca komen mcm saudari

    ReplyDelete
  2. mcm novel sebelum ney <7hari mencintaiku>, agak terseksa jugak saya dengan watak mia tu, angkuh sangat. tp best jugak la.. novel y ney sy baru nk beli.. huhu

    ReplyDelete
  3. azura, 7 hari tu boleh tahan lagi :) yg ni lg hebat..selamat membaca ;)

    ReplyDelete
  4. tak setuju langsung dgn watak lurus bendul dian tuh :(

    ReplyDelete
  5. rasa menyesal plak beli -,- ... tp x habes baca lagi ... dian tu terlampau naif

    ReplyDelete
  6. Sy pom setuju ngan pendapat akak..xsnggup rsanya nk bca...dian plak begitu naif..

    ReplyDelete