Sunday, May 15, 2011

AS: Cabaran 50 Buku (24) Baju Melayu Hijau Serindit


Tajuk: Baju Melayu Hijau Serindit
Penulis: Syud
Penerbit: Jemari Seni (Mei 2011)
430 Muka surat
Harga: RM19(SM)/RM22(SS)

Rasa sangat gembira dapat memiliki karya terbaru Syud, rasa lagi gembira kerana siap dengan tandatangan penulis lagi. Seperti biasa, Baju Melayu Hijau Serindit ini masih lagi mengekalkan bahasa dan cara penyampaian yang segar dan bersahaja. Saya suka.

Apa yang membuat senyum saya semakin lebar adalah kerana dalam saya mengetahui kisah Pacai (Mohammad Firas Adam- nama yang sangat cantik ) saya juga dapat mengetahui lanjutan kisah Adil dan Aulia.Kali ini kisah Pacai, sahabat karib Adil. Kisah yang sangat manis walaupun Firas tidaklah terpaksa menunggu Wardah terlalu lama seperti Adil menunggu Aulia. Namun kesudahannya tetap sama, masih sangat menenangkan dan kalau sudah jodoh, larilah sejauh mana, terpisahlah selama mana, akhirnya tetap bersama jua.

Pertemuan yang bukan seperti pertemuan, lebih kepada kebetulan yang ternyata begitu meninggalkan kesan kepada Firas dan Wardah. 

Wardah – baju melayu hijau serindit yang dipakai Firas + kerana Firas menyapu habis semua novel Nanyian Tanjung Sepi yang sudah lama dicari( yang hanya tinggal 2 saja) membuatkan Firas begitu melekat di hati Wardah sehingga gelaran Shrek wujud.

Firas – nyanyian tapak kaki si kasut merah ketuk ketak ketuk ketak ,mewujudkan nama Dorothy (kerana dia sendiri tidak tahu nama perempuan itu ) dalam hidup Firas. Diri empunya kasut merah yang seolah tidak dapat disingkirkan sehingga dia bertekad menyelitkan kad namanya dalam Nyanyian Tanjung Sepi ketika memulangkan novel tersebut ke kedai buku (dengan harapan Dorothy akan mendapatkan novel itu).
Pertemuan demi pertemuan yang tidak disengajakan seperti membuka peluang kepada mereka berdua sehingga Wardah nekad meminta bantuan Firas untuk menyamar sebagai teman lelakinya kerana dia terdesak apabila mamanya berterusan berniat memadankan dia dengan Ilham. Firas, apa lagi, bagai orang mengantuk disorongkan bantal. 

Walaupun Wardah hanya meminta Firas sekadar berlakon sebagai seorang teman lelaki, tapi mengapa ada cemburu di hati Firas ketika melihat betapa mesranya Wardah dan Abang Hannan ( tidak sabar rasanya hendak mengetahui kisah Abang Hannan :-) ) bersama? Memanglah dia cemburu kerana hatinya memang sudah lama terpaut kepada Wardah. Samakah apa yang dia dan Wardah rasa terhadap satu sama lain? Andai tidak sama, kenapakah Wardah merasa sesak nafas dan hidupnya tidak lagi sama ketika Firas seolah-olah menjauhkan dirinya atau lebih tepat seperti merajuk.Mengapakah dia menangis ketika Firas tidak membalas panggilan telefonnya?

Tidak perlu Wardah berterus-terang kerana Firas sudah dapat membaca apa yang Wardah rasa, dia juga sedar siapa dia di hati Wardah.

Biarlah anda yang belum membaca novel ini mengetahui sendiri mainan perasaan Firas dan Wardah. Bersama menyelami manisnya cara penulis menyampaikan cerita ini.

Saya juga sangat suka melihat hubungan persahabatan yang sangat rapat antara Firas dan Adil :-)
http://loveLovely.flashwidgetz.com

2 comments:

  1. novel yang sangat menenangkan jiwa. sebab jalan cerita yg santai. walaupun ending kita boleh target. tapi kita tetap tidak mahu berhenti dari menyelak helaian demi helaian.

    Firas- lelaki yang simple dan jenis tidak sabar. sebab dia tau dia tidak boleh jadi mcm aidil yg sabar menunggu aulia. sebab tu dia risikokan diri letak kad dalam novel. dia juga jenis cepat meluahkan rasa hatinya dan menyatakan bahawa dia sukakan wardah.

    wardah- perempuan yg simple dan jenis berani. seorg yg slumber dan comey.walaupun hatinya suka dkt ilham tp dia tahu tidak baik mengambil kesempatan atas kekecewaan org lain. sbb tu dia sanggup jadikan firas bf tipu dia.

    overall. cerita ini sgt santai dan bagus utk dibaca. kak nita syg, ayt sy tungang langgang kn hahaha.

    ReplyDelete
  2. Hhahaaa...tu dia, nak sangat comment kan. Mah bagi panjang lebar punya. Tak kisahlah, janji apa yang nak dikongsikan 'novel ni memang best'. Tak perlu untuk teresak-esak menangis, tapi tetap sampai ke hati.TQ Mah :)

    ReplyDelete