Saturday, October 30, 2010

CINTA DATANG LAGI

Hello,
Semangat untuk menulis sesuatu di blog yang agal lama diabaikan kembali hari ini. Sekadar ingin berkongsi cerita tentang novel yang baru saja habis dibaca awal pagi tadi. Sebenarnya memulakan pembacaan selepas tengah hari semalam,hampir dihabiskan sehingga pukul satu pagi tetapi kerana tuntutan mata,maka terpaksa disambung seawal pagi tadi. 
Sebenarnya sudah agak lama, I tak membaca novel yang dianggap dalam kategori  novel yang sangat best untuk dibaca sehingga sanggup tidak tidur malam selepas Pergilah Airmata oleh Hanni Ramsul. Sebab itu keinginan untuk berkongsi sedikit sebanyak tentang novel ini dari rasa hati I khas untuk teman-teman peminat novel yang belum membaca novel ni.
Sebelum memulakan pembacaan, ada rasa sangsi sebab seorang teman yang membaca novel ini terlebih dahulu mengatakan dia tidak habis membaca novel ini kerana 'tidak menarik'. Tetapi selepas I baca dari helaian pertama dan terus baca helaian demi helaian sehingga ke penghujungnya barulah I faham kenapa teman I tu mengatakan novel ni 'tidak menarik'. Hahahahaa...rasanya selepas ni tentu teman tu akan meminjam semula novel ni dari I sebab sudah semestinya I akan mengatakan yang novel ni 'Sangat menarik'.
Memang di permulaan cerita, jalan cerita agak mendatar tetapi itu hanya dalam beberapa helaian yang pertama. Selepas itu jalan cerita menjadi semakin menarik sehingga I dah tak betah untuk berhenti lama dari membaca novel ni.
So, biarlah I sahre sikit tentang novel ni.Nak kata synopsis, memang bukan synopsis punJadi anggaplah apa2 saja tentang apa yang I bakal share di sini.



Tajuk: Cinta Datang Lagi
Penulis: Bikash Nur Idris
Halaman: 440 Halaman
Terbitan : Alaf21
Komen: * * * *

Ini kisah Nur Raisya & Fariz Daniel Aziz Ng. Juga kisah ex-boyfriend Jaspal & ex-girlfriend Sherene. Apa yang best tiada adegan tarik rambut atau dengki mendengki dalam cerita ni. Yang menjadikan cerita ini best juga bukan sekadar cerita Raisya & Fariz tetapi juga Neesa & Zairy, Dona, Aziz & Hiraz,juga Rumeena & Ilyasa, Raahah & Raniaa.Semuanya best-best belaka.

Ceritera Novel:

"Nah..." Fariz selamba unjukkan kotak itu kepada Raisya.Macam sua pisang goreng pun ada.
Raisya sembunyikan senyum dengan gelagat Fariz. Lucu melihat Fariz cuba tenangkan diri dengan cara tipikal lelaki, berlagak selamba. Dia sengaja tidak mencapai kotak tersebut, tetapi sengaja dia cemarkan dahi dengan kerut.
     " Apa ni?"
Fariz capai jemari tangan Raisya, dan meletakkan kotak hitam itu di situ." I tahu you tahu...Tak payah nak berlakon. I ke kampung you untuk ini!"
    Raisya senyum manja. Tak kisahlah lakonan tak cukup berkesan sampai kantoi. Yang penting Fariz menjawab soalannya dengan tepat dan Fariz beri apa yang dia mahu.
Dengan senyum melebar, dia membuka kotak hitam tersebut.
Hampa. Hilang senyuman di bibirnya. Raisya dapat  rasakan sekali lagi hatinya ditusuk sembilu, yang dirodok oleh jejaka itu sendiri.
Raisya angkat muka, menentang raut Fariz. Ada rasa tidak sabar dan teruja di situ. Malangnya dia tidak berkongsi semua itu. Hanya Fariz yang rasa......
                                                              CDL m/s 263-264
                   ...............................................................................................................

Petang tadi, setelah lebih setengah jam meninggalkan Raisya sendirian di taman tasik, demi sejukkan dua sakit yang berbeza, dia akhirnya menjejaki Raisya.

Surut sudah rasa geram disepak Raisya di tempat yang sama sekali tidak patut pada seorang lelaki. Surut juga rasa marahnya atas sikap Raisya yang faham perasaan hatinya tapi sengaja buat tidak faham dengan menolak cincin yang ditempah khas untuknya.


Dia mencari Raisya. Kembali ke tempat Raisya ditinggalkan. Dia tidak tahu apa yang akan dilihatnya bila kembali. Menangiskah Raisya nanti? Atau selambakah Raisya nanti? Hati gadis itu tidak boleh dijangka, bagaimana mungkin dia dapat tanggap reaksi si manis itu?


Namun tiada reaksi menantinya! Tiada Raisya menunggunya!Dia mula kalut, mencari Raisya di kawasan sekitar. Dan dia temui Raisya, tidak jauh dari tempat gadis itu ditinggalkan.


Raisya sedang duduk di atas rumput. Tanpa kasut. Dari pandangan pertama macam gaya orang tengah cabut rumput. Tapi tidak mungkinlah kan...sebab setahu dia, Raisya tak pernah buat kerja sampingan seperti itu....

                                                                                  CDL  m/s 271
                        .....................................................................................................................

Kemudian dia menyedari, Raisya bukan mencabut rumput, sebaliknya sedang mencari sesuatu. Dan, sesuatu itu adalah cincin yang dia tempah khas untuk gadis itu.Cincin yang menyatakan aku cinta kepadamu dengan tiga ekor ladybird kecil tersusun di atasnya.


Dia hampir jatuh terduduk. Terkedu kerana dia sedar, Raisya mencintainya! Tidak perlu ada lontaran kata-kata meletus keluar dari bibir itu, apa yang dilihatnya telah menyatakan perasaan sebenar Raisya terhadapnya. Namun dia berlagak kuat. Dia berpura-pura tabah. Kerana dia mahu dengar mulut Raisya nyatakannya...demi memujuk hatinya.

                                                                                  CDL ms 271-271
                       ............................................................................................................


Itu sebahagian dari petikan yang terdapat dalam novel Cinta Datang Lagi.Kalau nak tahu lebih lanjut, silalah dapatkan novel tersebut. Tak rugi untuk memiliki novel ini kerana I rasa penulis telah menyampaikan satu cerita yang sangat menarik dan agak lain jalan ceritanya jika dibandingkan dengan novel-novel yang lain.


 Secara Ringkas:
Raisya & Fariz dipertemukan di majlis persandingan bekas pasangan masing-masing. Masing-masing terluka kerana cinta tidak kesampain. Pertemuan demi pertemuan menjadikan mereka berdua bukan orang asing lagi antara satu sama lain. Namun hati Raisya terluka lagi apabila mengetahui bahawa Fariz mendekatinya bukan kerana ikhlas berkawan tetapi semata-mata untuk mendapatkan Sheren sementara Raisya kembali kepangkuan Jaspal.Luka yang dirasai oleh Raisya kerana pengkhianatan oleh Fariz lebih parah rupanya kerana tanpa disedari ada rasa cinta, sayang & percaya telah hadir dalam hati. Terlewatkah Fariz untuk menyedari bahawa dia juga menyintai, menyayangi & memerlukan Raisya dalam hidupnya? Bahagiakah dia apabila telah berjaya mendapatkan semula Sheren?

Jawapan ada dalam Cinta Datang Lagi. 

Oh ya, I juga nak kongsikan di sini gambaran watak Raisya & Fariz yang diberikan oleh penulis dalam novel ini. Walaupun mungkin tidak sama 100% tetapi harap-harap dapat membantu pembaca-pembaca novel yang suka membuat imaginasi gambaran wajah watak-watak dalam novel seperti I.Tetapi mungkin fizikal Raisya lebih kecil jika dibandingkan dengan Sneha kerana penulis memberi gambaran Raisya seperti saiz Sari Yanti tetapi rupa mirip Sneha. So, you'll pandai-pandaila suai padan kan ye.Hope you all like it ya. (>_<)

Sneha ( Gambaran Raisya )

Jimmy Lin ( Gambaran Fariz )
Kalau ada kesempatan lagi akan I kongsikan novel yang lain juga. Selamat Membaca Semua.








No comments:

Post a Comment