Saturday, April 9, 2011

AS: Cabaran 50 Buah Buku (16): Permata Hati



Tajuk: Permata Hati
Penulis: Ma Lee Chuswan
Penerbit: Creative Enterprise ( 2000)
452 Mukasurat

Pertama kali diperkenalkan oleh seorang teman membaca  dengan novel Ma Lee Chuswan bertajuk  Pergilah Sayang. Manakala Permata Hati adalah novel kedua karya beliau yang saya baca. Mungkin kalau saya memulakan minat membaca novel ini lebih awal, mungkin dahulu lagi saya sudah membaca karya milik Ma Lee Chuswan. Jangan ada yang ketawa pula kerana dah lebih 10 tahun novel ini diterbitkan baru saya berpeluang membacanya.

Sejujurnya saya katakan, kalau 10 tahun yang lampau saya berkesempatan membaca novel ini, mungkin inilah novel yang saya senaraikan sebagai salah satu novel kesukaan saya. Namun tidak saya nafikan bahawa jalan cerita dalam Permata Hati ada sedikit kelainan daripada novel-novel yang pernah saya baca. Agak menarik dan tidak mengecewakan sehingga kekadang saya turut merasa tekanan yang setiap watak rasa.

Kalau biasanya saya sering kali membaca kisah kahwin paksa. Tetapi dalam novel ini Ariana dan Ikhmal Hisham dijodohkan oleh orang tua masing-masing namun belum sampai tahap berkahwin. Mereka hanya ditunangkan. Mereka saling tidak pernah mengenali, malah Ariana tidak pernah juga berkesempatan melihat photo Ikhmal yang ingin ditunangkan dengannya.Namun  disebabkan sekeping gambar Ariana, beberapa hari sebelum majlis pertunangan berlangsung Ikhmal nekad untuk membatalkannya. Disebabkan ingin menjaga maruah keluarga, Ariana sanggup berbuat apa saja agar Ikhmal sanggup meneruskan pertunangan itu. Ikhmal yang begitu yakin tidak dapat menerima Ariana disebabkan sikap Ariana yang jauh terpesong dari gambaran wanita yang  diidamkan, sopan santun, lemah lembut dan baik pekerti terus meminta Ariana membuat perjanjian agar Ariana tidak menuntut sebarang janji darinya selepas pertunangan mereka. Bagi Ikhmal, walau secantik mana pun Ariana, dia tetap tidak berkenan dengan perangai Ariana yang pernah disaksikan oleh dirinya sendiri.

Namun Ikhmal silap perhitungan apabila takdir sering menemukannya dengan Ariana. Ternyata Ariana bukanlah seperti yang Ikhmal pernah sangkakan. Bagi orang lain yang melihat dan mengenali Ariana, dia ibarat sebutir permata. Hati Ariana yang telah dilukai tidak memungkinkan Ariana menerima Ikhmal. Lalu bermulalah babak Ikhmal yang terpaksa memperkenalkan diri sebagai Hisham kepada Ariana semata-mata kerana dia tidak pernah sanggup jauh dari Ariana. Biarpun dia terpaksa berlakon, yang penting hati Ariana dapat ditawan. Mampukah Ariana menerima Hisham selepas mengetahui kebenarannya, sedang selama ini hatinya sudah begitu terluka dan terhina dengan penolakan Ikhmal?

http://loveLovely.flashwidgetz.com

No comments:

Post a Comment