Terus Cintai Aku |
Memang berbaloi-baloi mendapatkan novel ni. Bagi peminat novel, saya percaya anda juga tidak akan menyesal, percayalah. ( Bukan nak promote lebih-lebih tetapi saya mengatakan yang sebenarnya)
Apa Yang Saya Rasa?
Rasanya inilah novel kedua yang saya baca bagi tahun 2012 yang boleh membuat saya tidak sanggup berhenti membaca sehingga ke akhirnya.Rasanya tidak sampai 10 jam saya telah habis membaca novel yang setebal 577 mukasurat ini.Malah sanggup berjaga hingga jam 3 pagi. Pecayalah, sekali anda telah memegang novel ini, anda tidak akan sangup berhenti sehinga ke pengakhirannya.
Saya suka semua watak dalam novel ini. Saya suka ikatan kekeluargaan yang sangat rapat dan harmoni dalam keluarga Zalis. Zalis sungguh bertuah mempunyai orang tua yang memahami dan abang-abang yang sangat menyayangi dan melindungi.Saya juga suka watak Khilfie walau dia bukan digambarkan sebagai lelaki yang serba sempurna . Suka watak Jaznita yang mengada, degil dan perengus tetapi akhirnya boleh berubah tenang apabila menyedari hakikat hubungannya dengan Khilfie.
Mungkin bagi sesetengah orang memeggang janji yang dibuat sewaktu kecil sehigga dewasa adalah tidak munasabah. Tetapi itulah yang Zalis buat. Setia pada janji yang dibuat oleh Khilfie walau berbelas tahun dia tidak mendengar khabar dari Khilfie. Berbelas tahun juga nama itu diharamkan disebut oleh keluarganya namun tidak pernah tidak hatinya menyeru nama Khilfie.
Saya rasa saya terlebih beremosi ketika membaca novel ini sejak dari bab awal sehinggalah ke bab yang terakhir. Setiap kali Zalis bersedih kerana Khilfie memilh perempuan lain dan bukannya dia, saya turut merasakan betapa hancur dan terlukanya hati Zalis. Malah dada saya rasakan turut sesak apabila Khilfie berperang dengan perasaan yang dia sendiri tidak fahami. Mengapa setiap kali Zalis menjauhkan diri, dia seolah-olah sentiasa ingin mendekati Zalis sedangkan tempoh bebelas tahun dia meninggalkan Zalis, tidak pernah hidupnya rasa kekurangan tanpa Zalis. Mengapa disaat dia telah memilh Jaznita, pertemuan dengan Zalis selepas 16 tahun telah membuat hatinya sentiasa mengingati Zalis. Malah saya turut merasakan betapa huru-haranya hidup Khilfie apabila Zalis menghilang.
Oh..nasib baik juga bukan Khilfie yang memutuskan pertunangannya dengan Jaznita walaupun dia memang sudah berniat begitu. Sekurang-kurangnya dia tidaklah kelihatan sebagai lelaki yang sangat teruk kerana telah menghancurkan hati dua wanita.Ya, memang Khilfie sangat jahat kerana dia pernah melupakan Zalis, teman rapatnya semasa kecil. Namun, Khilfie juga sangat manis ketika dia berusaha mendekati Zalis yang sentiasa ingin menjauhkan diri. Namun aturan takdir siapa yang dapat mengubahnya.
Apa-apapun tahniah kepada penulis kerana beliau telah membuatkan hati saya sentiasa berdebar-debar dan tidak menentu ketika membaca novel ini. Sebuah novel yang sangat best.
http://loveLovely.flashwidgetz.com
terima kasih sangat... ;-)
ReplyDeleteKak Anita...sungguh jeles...akak masih menulis resensi..saya masih dalam mencari semangat ....
ReplyDeleteThis book dah masuk dlm list utk pbakl
Ya...ikhlas dari hati :)
ReplyDeleteAimie..akak akan bersemangat membuat resensi kalau cerita itu kena dgn jiwa akak. Ni pun akak curi2 masa untuk buat sebab suka sgt dgn novel ni.Tapi ada satu lagi novel tak sempat buat sebab sibuk sangat :( Memang wajib masukkan dlm list kalau belum ada hehhee