Thursday, April 28, 2011

Take it or Leave It - The Curse


Hi,
I just finished reading The Curse for the second time. The new novel for Literature Component (Form 5).The reason why I need to read this novel twice is because of my students. Some of them really try their best to read this novel but some didn't do much. So I did a close reading with them, chapter by chapter and at the end of each lesson, I will test them with questions based on their reading.I don't believe in reading a synopsis alone from reference books is enough to understand the whole story so like it or not my students need to read the text. Oh..yes the journey was not easy for them even it was a though one for me.But I believe, along the way my students and I can learn from each other.:)
Hope they can do well in their SPM.

http://loveLovely.flashwidgetz.com

Saturday, April 23, 2011

AS: Cabaran 50 Buah Buku (18) Menunggu Hujan



Tajuk : Menunggu Hujan
Penulis: Adileah
Penerbit: Jemari Seni (Mac 2011)
447 Mukasurat
Harga: RM19 (SM)/ RM22 (SS)

Terima kasih kepada Jemari Seni kerana menghadiahkan novel ini untuk Cabaran Lomba Baca bulan Mac. Tahniah juga kepada penulis. Disebabkan novel yang sangat manis dan comel ini, saya sanggup tidak tidur sepanjang malam untuk menghabiskan bacaan.Tidak sanggup rasanya hendak meninggalkan bacaan selagi belum sampai ke penamat.Kalau dibandingkan dengan novel yang pertama, Pada Angin Aku Berpesan, sudah semestinya saya akan memilih novel ini kerana penamatnya yang amat mengembirakan.Mungkin penamat Pada Angin Aku Berpesan untuk Ariel dan Yasmeen tidak seperti kehendak hati. Tapi Menunggu Hujan betul-betul telah mengubat hati yang sedikit terkilan membaca novel sebelumnya.

Tarikan bukan saja terletak pada penamat yang ‘happy ending’, tetapi telah bermula dari kulit novel yang sangat comel. Kemudian kehadiran watak Malisa dan Hafiz yang begitu segar dalam ingatan, mencuit hati dan saya rasa pasangan yang sangat comel dan serasi. Jalan cerita dan bahasa yang bersahaja tetapi diatur dengan cantik merupakan tarikan yang akan sentiasa lekat di hati. Cuma ada satu atau dua kesilapan ejaan ( typing error ) tetapi saya boleh tutup mata kerana itu semua tidak dinafikan hampir akan berlaku dalam mana-mana novel. Adakalanya saya akan tergelak disebabkan kejadiaan-kejadian yang menggelikan hati berlaku antara Malisa dan Hafiz.Oh..tidak dapat dinafikan yang hati memang sudah jatuh cinta dengan watak Malisa dan Hafiz.

Malisa @ pendera Hati @ penambah selera @burung hutan:

Begitu banyak gelaran yang Hafiz berikan kepada Malisa hingga saya jadi tergelak sendiri kerana belum pernah saya jumpa gelaran-gelaran yang begitu untuk si buah hati. Malisa adalah Malisa, mungkin tidak cantik dan tiada yang istimewa bagi orang lain, tapi bagi Hafiz, dialah wanita yang dia inginkan, bersama Malisa dia berasa tenang.Memandang Malisa buat kali pertama di bilik Cik Puan membuatkan dirinya tidak lagi memandang gadis lain kerana hatinya telah dicuri oleh Malisa. Dalam tegasnya ada kelembutan, nampak keras di luar namun hatinya rapuh kalau nama Hafiz terlibat, sentiasa melipat kemas rahsia hati agar tidak jelas di mata.Walaupun sekuat mana dia mencuba, kekadang Hafiz masih dapat meneka dan merasa. Bahagian yang paling mencuit hati apabila Malisa sanggup bersembunyi di bawah katil Cik Puan kerana tidak ingin terserempak dengan Hafiz.

Hafiz bin Mustapha @ Cucu yang ke-50 @ kuih pau yang gebu @ pendera hati

Kalau Hafiz ada gelaran-gelaran yang sangat comel untuk Malisa, Malisa pun tidak kurangnya. Mungkin sebab itu juga saya rasa mereka berdua adalah hero dan heroin yang sangat serasi. Mengenali Malisa dan melihat kelembutan Malisa melayan neneknya, Hafiz sudah dapat meletakkan Malisa di tempat yang teratas dalam pilihan hatinya. Sikapnya yang tidak pernah berputus asa untuk mendapatkan Malisa benar-benar patut di puji walaupun halangan yang paling hebat dari Puan Rokiah (mamanya) dan Dayang Suhaila ( tunang ) tidak putus-putus hingga sampai satu tahap dia rasa  perlu berkorban untuk ketenangan Malisa walau hati tidak merelakan. Betapa terharunya. Hafiz juga sangat pandai mengambil hati Atuk dan Opah Malisa, antara orang yang sangat penting dalam hidup Malisa.

Cukuplah saya berkongsi sedikit rasa saya tentang novel ini. Kalau hendak dikongsikan semua rasanya tidak mampu.Buat masa ini hati dan perasaan saya masih penuh dengan Menunggu Hujan ( sekurang-kurangnya sebelum saya menemukan watak dan jalan cerita yang betul-betul dapat membuat saya jatuh cinta). Kalau hendak tahu kenapa wujudnya gelaran-gelaran yang sangat  mencuit hati itu, silalah baca novel ini.Tahniah sekali lagi kepada Adileah untuk cerita yang sangat berkesan di hati ini. :)



http://loveLovely.flashwidgetz.com

Wednesday, April 20, 2011

AS: Cabaran 50 Buah Buku (17) Kasihku Arina




Tajuk: Kasihku Arina
Penulis: Mazni Aznita
Penerbit: Buku Prima
710 Mukasurat
Harga: RM25.90 (SM)/ RM28.90 (SS)

Setelah agak lama menyepi dari ulasan-ulasan novel, kali ini sekali lagi saya ingin berkongsi rasa tentang sebuah lagi karya Mazni Aznita yang memang hampir 100% lain dari genre-genre yang biasa saya baca. Kalau ikutkan memang tidak semudah saya menghadam novel-novel yang lain. Namun begitu, walaupun payah, keinginan untuk meneruskan bacaan sentiasa ada walaupun dihambat kesibukan yang bertimpa-timpa sejak akhir-akhir ini. Disebabkan itu juga saya mengambil masa hampir seminggu untuk menghabiskan bacaan. Mungkin golongan remaja akan lebih cepat untuk memahami jalan cerita sebegini.Mungkin juga jiwa mereka lebih cepat sebati dengan jalan cerita sebegini. Tapi jangan pula menganggap yang tiada ibu yang dah beranak dua turut membaca novel ini, kerana sebelum saya memang sudah ada seorang ibu yang sudah meminjam novel ini dari saya. Dia mengatakan novel ini memang menarik dan tidak salah sekali-sekala kita lari dari kebiasaan, tapi yang penting bila membaca novel ini memang kita perlu konsentrasi yang lebih.

Sesekali bila membaca novel ini, saya turut membayangkan seolah-olah menonton cerita Merlin di tv kerana adanya watak Dragonfiet dan tentera-tentera mutan gregor yang hodoh rupanya,ataupun filem aksi Kantonis yang dipenuhi pertarungan terbang sana sini. Kadang-kala terbayang juga cerita X-Men. Tidak perlulah fikirkan kelogikan jalan cerita ini kerana sememangnya kebanyakan cerita berlaku di demensi yang lain walaupun ada sedikit ceritanya di bumi nyata. Nama Dratusia ( tempat watak-watak baik dan juga Lembah Hitam (setara dengan namanya, tempat pilihan watak-watak jahat walaupun ada watak yang tidak begitu jahat ) menjadi latar hampir 80% cerita ini. Namun begitu Dratusia juga mempunyai sedikit persamaan dengan Mandaluyong, Filipina dan Kuala Lumpur, Malaysia dari segi bangunan-bangunannya.

Mengenali watak utama Arina tidak mencukupi kerana terdapat nama-nama watak lain yang saling berkait antara satu sama lain. Untuk meleraikan perkaitan setiap watak, memang novel ini perlu dibaca dari awal hingga selesai. Pada mulanya, saya menyangka mengenali watak Arina sama seperti saya mengenali watak gadis biasa yang cantik ( watak utama ) tetapi rupanya perjalanan hidup Arina lebih rumit dari watak-watak gadis biasa yang jatuh cinta kemudian bahagia. Rupanya Arina adalah seorang gadis dari demensi lain (Dratusia) yang dihantar ke bumi dan dilenyapkan ingatannya terhadap kehidupan lampaunya. Kehadiran Alwiz secara tiba-tiba seringkali menyebabkan jiwa Arina resah. Namun kehadiran Alwiz, Nakhael dan Jerry juga yang telah membawa Arina kembali mengingati kehidupan lalunya.Siapakah Alwiz dalam hidupnya? Adakah Arina sanggup mendapatkan semula ingatannya walaupun mungkin tidak seindah yang disangka?
 Kategori novel thriller, scifi dan fantasi yang wajib untuk dibaca. Jalan cerita yang kadang-kala tidak tercapai dek akal namun tidak salah untuk mencari kelainan dalam pembacaan.

http://loveLovely.flashwidgetz.com

Saturday, April 9, 2011

AS: Cabaran 50 Buah Buku (16): Permata Hati



Tajuk: Permata Hati
Penulis: Ma Lee Chuswan
Penerbit: Creative Enterprise ( 2000)
452 Mukasurat

Pertama kali diperkenalkan oleh seorang teman membaca  dengan novel Ma Lee Chuswan bertajuk  Pergilah Sayang. Manakala Permata Hati adalah novel kedua karya beliau yang saya baca. Mungkin kalau saya memulakan minat membaca novel ini lebih awal, mungkin dahulu lagi saya sudah membaca karya milik Ma Lee Chuswan. Jangan ada yang ketawa pula kerana dah lebih 10 tahun novel ini diterbitkan baru saya berpeluang membacanya.

Sejujurnya saya katakan, kalau 10 tahun yang lampau saya berkesempatan membaca novel ini, mungkin inilah novel yang saya senaraikan sebagai salah satu novel kesukaan saya. Namun tidak saya nafikan bahawa jalan cerita dalam Permata Hati ada sedikit kelainan daripada novel-novel yang pernah saya baca. Agak menarik dan tidak mengecewakan sehingga kekadang saya turut merasa tekanan yang setiap watak rasa.

Kalau biasanya saya sering kali membaca kisah kahwin paksa. Tetapi dalam novel ini Ariana dan Ikhmal Hisham dijodohkan oleh orang tua masing-masing namun belum sampai tahap berkahwin. Mereka hanya ditunangkan. Mereka saling tidak pernah mengenali, malah Ariana tidak pernah juga berkesempatan melihat photo Ikhmal yang ingin ditunangkan dengannya.Namun  disebabkan sekeping gambar Ariana, beberapa hari sebelum majlis pertunangan berlangsung Ikhmal nekad untuk membatalkannya. Disebabkan ingin menjaga maruah keluarga, Ariana sanggup berbuat apa saja agar Ikhmal sanggup meneruskan pertunangan itu. Ikhmal yang begitu yakin tidak dapat menerima Ariana disebabkan sikap Ariana yang jauh terpesong dari gambaran wanita yang  diidamkan, sopan santun, lemah lembut dan baik pekerti terus meminta Ariana membuat perjanjian agar Ariana tidak menuntut sebarang janji darinya selepas pertunangan mereka. Bagi Ikhmal, walau secantik mana pun Ariana, dia tetap tidak berkenan dengan perangai Ariana yang pernah disaksikan oleh dirinya sendiri.

Namun Ikhmal silap perhitungan apabila takdir sering menemukannya dengan Ariana. Ternyata Ariana bukanlah seperti yang Ikhmal pernah sangkakan. Bagi orang lain yang melihat dan mengenali Ariana, dia ibarat sebutir permata. Hati Ariana yang telah dilukai tidak memungkinkan Ariana menerima Ikhmal. Lalu bermulalah babak Ikhmal yang terpaksa memperkenalkan diri sebagai Hisham kepada Ariana semata-mata kerana dia tidak pernah sanggup jauh dari Ariana. Biarpun dia terpaksa berlakon, yang penting hati Ariana dapat ditawan. Mampukah Ariana menerima Hisham selepas mengetahui kebenarannya, sedang selama ini hatinya sudah begitu terluka dan terhina dengan penolakan Ikhmal?

http://loveLovely.flashwidgetz.com

Friday, April 8, 2011

AS: Cabaran 50 Buah Buku (15): Dia & Dia





Tajuk: Dia & Dia
Penulis: Bunick Firdaus
Penerbit: Jemari  Seni (Februari 2011)
584 Mukasurat
Harga: RM21(SM)/ RM24 (SS)

Akhirnya selepas beberapa hari , akhirnya saya berjaya menghabiskan bacaan novel Dia & Dia. Mungkin inilah antara novel yang mengambil masa yang agak lama untuk saya habiskan. Tidak cukup menarikkah novel ini? Sudah tentu novel ini menarik, Cuma mungkin hanya saya yang bermasalah untuk menyelami dan turut merasai apa yang watak-watak dalam novel ini rasa. Saya gagal untuk bersama berkongsi rasa dengan Arissa. Saya juga gagal untuk memahami setiap tindakan yang Arissa buat. Sehinggakan saya dengan sewenang-wenangnya menghakimi setiap perlakuan Arissa dan Fazril. Tetapi apa yang peliknya, masih ada rasa simpati terhadap Irfan dalam pada saya turut sakit hati dengan kegoyahan hati seorang suami.

Memanglah Fazril adalah cinta pertama Arissa.Dia juga lelaki pertama yang melamarnya.Namun sebaik saja dia mengambil keputusan untuk menikahi Zhaliya maka saya anggap Arissa sudah belajar untuk melupakan Fazril.Lagipun kalau dikira,mereka benar-benar bercinta tidak sampai 3 bulan kerana sebelum itu mereka hanyalah sekadar teman walau Fazril sudah lama menyimpan perasaan terhadap Arissa

Namun saya agak kecewa kerana walaupun bibir mengucapkan sayang kepada Irfan, namun jauh di lubuk hatinya Arissa sebenarnya masih ada nama Fazril. Jadi bagi saya, sebagai suami Irfan wajar dapat merasai adanya nama lain di hati isterinya. Wajar juga dia berasa jauh hati kerana dia tetap ada egonya sendiri. Wajar juga dia berasa gagal sebagai seorang suami apabila dia merasakan isterinya tidak bahagia disampingnya. Sehinggakan dia bertindak untuk mengalah dengan melepaskan Arissa walaupun Arissa adalah cinta pertama baginya.

Jadi, kesimpulannya kali ini saya tidak dapat harus berpihak kepada siapa.Pertama kerana saya gagal untuk menyelami apa yang setiap watak itu rasai. Kedua saya menganggap ketiga-tiga watak melakukan kesilapan dalam perhubungan mereka. Jadi pada kali ini saya sangat neutral dengan tidak berpihak kepada mana-mana watak.  :)

Maaf andai ada yang tidak suka dengan apa yang saya luahkan. Rasa dan pandangan kita berbeza.Selamat membaca agar anda dapat merasai apa yang Arissa, Fazril atau Irfan rasa.
http://loveLovely.flashwidgetz.com

Tuesday, April 5, 2011

Yang Sibuk...

Hi,
Dah lama jugak aku tak menulis entri lain selain dari ulasan novel2 untuk Lomba Baca. Mungkin juga ada yang sibuk nak jeling-jeling atau sosek-sosek sebab oarang lain sibuk buat kerja, aku sibuk baca novel.Tak kisahlah apa orang nak kata. Lagipun tak perlu aku nak heboh-hebohkan yang aku ni dah siapkan semua kerja yang sepatutnya aku siapkan.

Apa yang penting aku masih ingat tugas yang telah diamanahkan. Tapi dalam banyak-banyak ragam manusia ni, orang yang sibuk dengan hal orang lainlah antara kategori orang yang menjengkelkan. Kenapa la nak sibuk-sibuk dengan hal orang lain yang tak sepatutnya kita sibukkan. Lain la kalau kita sibukkan orang yang memerlukan bantuan atau pertolongan kan lebih baik. Nampak gak yang kita ni memang ambil berat pasal orang tu.

Ermmm....terpulang la.Harap la aku tak menjadi orang Yang Sibuk tak tentu pasal tentang hal orang lain kalau sekadar nak menyibuk.

http://loveLovely.flashwidgetz.com

AS: Cabaran 50 Buah Buku (14): Street Vendetta


AS: Cabaran 50 Buah Buku (14) Street Vendetta

Tajuk: Street Vendetta
Penulis : Mazni Aznita
Penerbit: Buku Prima (2009 )
631 Mukasurat
Harga: RM19.90 (SM)/ RM22.90 (SS)

Mengapa saya boleh membaca novel ini walaupun bila dilihat kepada tajuknya, saya sendiri kurang memahaminya?  Mungkin juga saya telah jatuh hati dengan cara penulisan penulis, Mazni Aznita atau lebih saya kenali sebagai Anita Aruszi. Melalui buku beliau yang pertama Tiada Sepertimu, kemudian diikuti oleh Bunga Syurga, Sakti Cinta, Dedalu Di Hati  dan yang  ini Street Vendetta saya terus terpikat dengan cara penulisan penulis yang sentiasa menampilkan kelainan dalam setiap novelnya.Mungkin sesekali kita ingin lari dari kisah cinta yang berendam air mata atau yang jiwang-jiwang, jadi Street Vendetta adalah pilihan yang sangat tepat untuk lari dari kebiasaan.

Bila saya katakana lari dari kebiasaan, bukanlah bermakna tiada langsung kisah cinta terselit di dalam novel ini. Membaca Street Vendetta memang mengundang pelbagai jenis perasaan. Di awal pembacaan, saat mengenali Anabella ( Bella di kalangan rakan-rakan atau Ana di kalangan ahli keluarganya) saya merasa agak geram. Kenapalah watak utama digambarkan seorang yang berperwatakan kasar, tidak menarik dan yang paling saya tak suka wataknya digambarkan sebagai seorang pemboros, hutang keliling pinggang. Namun bila difikirkan semula itulah realiti, bukan semuanya cantik-cantik dan bukan semuanya indah-indah. Namun yang penting bergerak bersama cerita tersebut saya mengenali Anabella yang berubah kearah kebaikan walaupun bukan 100%  berubah baik.

Beberapa kali juga saya ketawa terkekeh-kekeh apabila membaca bahagian-bahagian yang memang kelakar, yang akan muncul tanpa anda duga di sepanjang pembacaan. Bahagian  Anabella dan Kojie menumpangkan Che Puteh atau dikenali sebagai Mak Telangkai ke Gebeng memang sangat kelakar.Dalam rasa seram sejuk kerana menyangka nenek tua tersebut memang hantu, tetap boleh ketawa dengan reaksi Anabella & Kojie.
Kojie mengenali Anabella kerana dia diarahkan untuk menarik kereta Waja Bella yang sudah 5 bulan tidak dibayar. Dalam usaha untuk mendapatkan kereta tersebut berkali-kali juga Kojie diperdayakan oleh Bella. Secara tidak sengaja Kojie turut bersama Bella ke Cherating sedangkan tujuan Bella ke Cherating untuk merampas semula cinta hatinya semenjak sekolah menengah lagi, Iqbal dari Mira. Perjalanan mereka penuh masam manis kerana sememangnya Bella tidak pernah berkenan dengan cara penampilan Kojie yang serabai macam kutu rayau.

Ditinggalkan oleh Bella di Cherating Kojie mula sedar yang hatinya sudah terpaut dengan Bella.Tapi apakan daya kerana Bella sudah meninggalkan Cherating bersama Iqbal.Berpisah tanpa ucapan selamat tinggal. Berbulan kemudian Bella berkenalan dengan Fakruzi, anak bos tempat kerja barunya. Kehadiran Fakruzi mengingatkan Bella dengan Kojie kerana sememangnya rupa mereka begitu mirip kecuali penampilan dan perangai Fakruzi yang jauh berbeza dari Kojie. Bella juga baru sedar bahawa cintanya kepada Iqbal tidak sama seperti tujuh tahun yang lalu,tetapi hatinya mula merindui Kojie.
Walaupun mengetahui Kojie telah meninggal dunia namun ingatan Bella tidak pernah padam terhadap Kojie.Namun tanpa disedari juga kekadang Bella begitu senang dengan kehadiran Fakruzi. Fakruzi yang menghulur cinta tidak dapat diterima kerana Bella masih mengingati Kojie. Sampai bilakah Bella cuba menafikan rasa hatinya terhadap Fakruzi?

Mungkin ada juga bahagian-bahagian yang agak sensitif bagi sesetengah pembaca.Contohnya apabila Mak Telangkai seolah dapat menilik nasib yang Kojie dan Bella ada jodoh. Mak Telangkai juga tahu banyak perkara tentang Kojie dan Bella.Namun apabila kita menganggap ianya hanya rekaan dan hiburan, saya rasa tidak ada salahnya. Tidak perlu untuk percaya sekiranya hati tidak dapat menerima.

 Tidak rugi untuk membaca novel ini kerana Street Vendetta penuh dengan bahagian-bahagian yang kelakar,seram, lucu, suspen  dan penuh tanda tanya. Bacalah sendiri untuk mendapatkan jawapan bagi persoalan anda.Tapi mungkin apa yang saya rasa tidak sama dengan apa yang anda rasa.

http://loveLovely.flashwidgetz.com

Saturday, April 2, 2011

AS: Cabaran 50 Buah Buku (13): Pelangi



Tajuk : Pelangi
Penulis Syud, Hlovate, Noor Suraya
Penerbit: Jemari Seni (Ogos 2009)
630 Mukasurat
Harga: RM22 (SM)/ RM25 (SS)

Tiga ceritera berwarna-warni dalam sebuah Pelangi. Karya Hlovate memang saya dah baca semua kecuali Tunas.Manakala beberapa buah karya Noor Suraya,Gurindam Jiwa, Surat Ungu Untuk Nuha & Jaja & Din juga telah lama saya baca.Untuk Awak Teja Aulia oleh Syud sudah jadi koleksi saya sejak tahun lepas. Kesemua karya ketiga-tiga penulis dalam Pelangi ini menarik dan memang tidak rugi untuk dibaca dan dijadikan koleksi.

Bagaimana saya hendak mulakan apa yang saya rasa tentang setiap satu cerita dalam Pelangi? Pelangi oleh Syud adalah kisah Usamah Razif & Iman Aisyah.Hidup sebagai anak yatim menjadikan Iman seorang yang sangat berdikari. Lamaran dari Usamah diterima setelah melihat kesungguhan Usamah. Namun kisah lalu Usamah dari kehidupannya yang lampau menghantui perkahwinan mereka berdua. Apakah rahsianya?

Cerita kedua, Ked’s Story oleh Hlovate. Ked’s Story membawa saya kepada kisah Ked yang hanya saya ketahui sedikit sahaja dalam Versus. Ini kerana saya terlebih dahulu membaca Versus, jadi keinginan untuk tahu kisah Ked begitu kuat. Mengenali Ked yang tidak pernah menyerahkan cintanya kepada wanita tetapi cintanya lebih kepada ‘skate’. Namun pertemuan pertama yang tidak semanis gula dengan Nawal telah merubah segalanya. Walaupun bukan dikatakan jatuh cinta pada pandang pertama tetapi Nawal adalah wanita yang ingin dijadikan kekasih & seterusnya isteri.

Rumah Kecil di Hujung Padang oleh Noor Suraya sebenarnya satu cerita yang tidak dapat saya teka kisah apakah yang bakal saya baca. Membaca cerita ini, anda bukan saja hanya melihat setiap sesuatu itu dari kaca mata,hati dan perasaan Durrah saja tetapi kita juga turut merasa kata hati dan perasaan setiap watak-watak lain. Mengenali Bandung tempat Durrah membawa hati yang dilukai oleh Mubin & Nabil (abang angkat Durrah) dan seterusnya bertemu dengan keluarga lain ayahnya. Saya begitu suka dengan watak Abang Haiqal yang begitu cermat menyimpan rasa sekian lama untuk Durrah yang meranggkap adik angkatnya. Haiqal hanya meluahkan rasa hatinya apabila tiba saat yang tepat baginya walau mungkin dia akan terlewat untuk memiliki Durrah. Kematangan Haiqal membuatkan saya turut jatuh suka dengan wataknya. Bagi Durrah, cinta yang dicari selama ini rupanya begitu dekat dengan dirinya. Dia terpaksa dilukai oleh Mubin dan kemudian oleh Dr Heru sebelum dia betul-betul kenal siapakah pemilik sekeping hatinya itu.

Ketiga-tiga cerita mempunyai pengakhiran yang akan membuatkan anda tersenyum.
http://loveLovely.flashwidgetz.com