Friday, December 10, 2010

HAPPY HOLIDAY ALL!!

Hello,
Musim cuti sekolah dah beberapa minggu bermula. memang waktu cuti macam ni macam-macam aktiviti yang  di rancang tapi tidak semestinya juga apa yang dirancang tu menjadi.

Ramai juga rakan-rakan yang berkahwin time cuti-cuti ni. Tapi disebabkan jarak dan waktu semua tak dapat dihadiri. Sekadar mendoakan dari jauh, moga kekal bahagia dan selamat menjalani hidup berumahtangga buat teman-teman yang baru melangsungkan perkahwinan.

Musim cuti juga membataskan untuk I update blog. Sebenarnya ada beberapa buah novel best yang I nak share tapi tak sempat. Kenapa novel? Sebab waktu cuti beginilah banyak sikit masa nak layan novel sebab tu teringin nak share dengan teman2 peminat novel.Tapi tunggu dululah....

Niat nak pergi bercuti walaupun memang musim cuti terpaksa ditangguhkan disebabkan kesihatan anak-anak yang tidak menentu. Mungkin memang musim kot. Setiap hari anak-anak terpaksa telan ubat yang macam-macam.Mummy yang beri ubat pun dah tak larat apatah lagi anak-anak yang makan.Itulah sebahagian breakfast mereka, itulah juga lunch and dinner mereka. Kesian...Harap-harap cepat sembuh sayang..

Saturday, October 30, 2010

CINTA DATANG LAGI

Hello,
Semangat untuk menulis sesuatu di blog yang agal lama diabaikan kembali hari ini. Sekadar ingin berkongsi cerita tentang novel yang baru saja habis dibaca awal pagi tadi. Sebenarnya memulakan pembacaan selepas tengah hari semalam,hampir dihabiskan sehingga pukul satu pagi tetapi kerana tuntutan mata,maka terpaksa disambung seawal pagi tadi. 
Sebenarnya sudah agak lama, I tak membaca novel yang dianggap dalam kategori  novel yang sangat best untuk dibaca sehingga sanggup tidak tidur malam selepas Pergilah Airmata oleh Hanni Ramsul. Sebab itu keinginan untuk berkongsi sedikit sebanyak tentang novel ini dari rasa hati I khas untuk teman-teman peminat novel yang belum membaca novel ni.
Sebelum memulakan pembacaan, ada rasa sangsi sebab seorang teman yang membaca novel ini terlebih dahulu mengatakan dia tidak habis membaca novel ini kerana 'tidak menarik'. Tetapi selepas I baca dari helaian pertama dan terus baca helaian demi helaian sehingga ke penghujungnya barulah I faham kenapa teman I tu mengatakan novel ni 'tidak menarik'. Hahahahaa...rasanya selepas ni tentu teman tu akan meminjam semula novel ni dari I sebab sudah semestinya I akan mengatakan yang novel ni 'Sangat menarik'.
Memang di permulaan cerita, jalan cerita agak mendatar tetapi itu hanya dalam beberapa helaian yang pertama. Selepas itu jalan cerita menjadi semakin menarik sehingga I dah tak betah untuk berhenti lama dari membaca novel ni.
So, biarlah I sahre sikit tentang novel ni.Nak kata synopsis, memang bukan synopsis punJadi anggaplah apa2 saja tentang apa yang I bakal share di sini.



Tajuk: Cinta Datang Lagi
Penulis: Bikash Nur Idris
Halaman: 440 Halaman
Terbitan : Alaf21
Komen: * * * *

Ini kisah Nur Raisya & Fariz Daniel Aziz Ng. Juga kisah ex-boyfriend Jaspal & ex-girlfriend Sherene. Apa yang best tiada adegan tarik rambut atau dengki mendengki dalam cerita ni. Yang menjadikan cerita ini best juga bukan sekadar cerita Raisya & Fariz tetapi juga Neesa & Zairy, Dona, Aziz & Hiraz,juga Rumeena & Ilyasa, Raahah & Raniaa.Semuanya best-best belaka.

Ceritera Novel:

"Nah..." Fariz selamba unjukkan kotak itu kepada Raisya.Macam sua pisang goreng pun ada.
Raisya sembunyikan senyum dengan gelagat Fariz. Lucu melihat Fariz cuba tenangkan diri dengan cara tipikal lelaki, berlagak selamba. Dia sengaja tidak mencapai kotak tersebut, tetapi sengaja dia cemarkan dahi dengan kerut.
     " Apa ni?"
Fariz capai jemari tangan Raisya, dan meletakkan kotak hitam itu di situ." I tahu you tahu...Tak payah nak berlakon. I ke kampung you untuk ini!"
    Raisya senyum manja. Tak kisahlah lakonan tak cukup berkesan sampai kantoi. Yang penting Fariz menjawab soalannya dengan tepat dan Fariz beri apa yang dia mahu.
Dengan senyum melebar, dia membuka kotak hitam tersebut.
Hampa. Hilang senyuman di bibirnya. Raisya dapat  rasakan sekali lagi hatinya ditusuk sembilu, yang dirodok oleh jejaka itu sendiri.
Raisya angkat muka, menentang raut Fariz. Ada rasa tidak sabar dan teruja di situ. Malangnya dia tidak berkongsi semua itu. Hanya Fariz yang rasa......
                                                              CDL m/s 263-264
                   ...............................................................................................................

Petang tadi, setelah lebih setengah jam meninggalkan Raisya sendirian di taman tasik, demi sejukkan dua sakit yang berbeza, dia akhirnya menjejaki Raisya.

Surut sudah rasa geram disepak Raisya di tempat yang sama sekali tidak patut pada seorang lelaki. Surut juga rasa marahnya atas sikap Raisya yang faham perasaan hatinya tapi sengaja buat tidak faham dengan menolak cincin yang ditempah khas untuknya.


Dia mencari Raisya. Kembali ke tempat Raisya ditinggalkan. Dia tidak tahu apa yang akan dilihatnya bila kembali. Menangiskah Raisya nanti? Atau selambakah Raisya nanti? Hati gadis itu tidak boleh dijangka, bagaimana mungkin dia dapat tanggap reaksi si manis itu?


Namun tiada reaksi menantinya! Tiada Raisya menunggunya!Dia mula kalut, mencari Raisya di kawasan sekitar. Dan dia temui Raisya, tidak jauh dari tempat gadis itu ditinggalkan.


Raisya sedang duduk di atas rumput. Tanpa kasut. Dari pandangan pertama macam gaya orang tengah cabut rumput. Tapi tidak mungkinlah kan...sebab setahu dia, Raisya tak pernah buat kerja sampingan seperti itu....

                                                                                  CDL  m/s 271
                        .....................................................................................................................

Kemudian dia menyedari, Raisya bukan mencabut rumput, sebaliknya sedang mencari sesuatu. Dan, sesuatu itu adalah cincin yang dia tempah khas untuk gadis itu.Cincin yang menyatakan aku cinta kepadamu dengan tiga ekor ladybird kecil tersusun di atasnya.


Dia hampir jatuh terduduk. Terkedu kerana dia sedar, Raisya mencintainya! Tidak perlu ada lontaran kata-kata meletus keluar dari bibir itu, apa yang dilihatnya telah menyatakan perasaan sebenar Raisya terhadapnya. Namun dia berlagak kuat. Dia berpura-pura tabah. Kerana dia mahu dengar mulut Raisya nyatakannya...demi memujuk hatinya.

                                                                                  CDL ms 271-271
                       ............................................................................................................


Itu sebahagian dari petikan yang terdapat dalam novel Cinta Datang Lagi.Kalau nak tahu lebih lanjut, silalah dapatkan novel tersebut. Tak rugi untuk memiliki novel ini kerana I rasa penulis telah menyampaikan satu cerita yang sangat menarik dan agak lain jalan ceritanya jika dibandingkan dengan novel-novel yang lain.


 Secara Ringkas:
Raisya & Fariz dipertemukan di majlis persandingan bekas pasangan masing-masing. Masing-masing terluka kerana cinta tidak kesampain. Pertemuan demi pertemuan menjadikan mereka berdua bukan orang asing lagi antara satu sama lain. Namun hati Raisya terluka lagi apabila mengetahui bahawa Fariz mendekatinya bukan kerana ikhlas berkawan tetapi semata-mata untuk mendapatkan Sheren sementara Raisya kembali kepangkuan Jaspal.Luka yang dirasai oleh Raisya kerana pengkhianatan oleh Fariz lebih parah rupanya kerana tanpa disedari ada rasa cinta, sayang & percaya telah hadir dalam hati. Terlewatkah Fariz untuk menyedari bahawa dia juga menyintai, menyayangi & memerlukan Raisya dalam hidupnya? Bahagiakah dia apabila telah berjaya mendapatkan semula Sheren?

Jawapan ada dalam Cinta Datang Lagi. 

Oh ya, I juga nak kongsikan di sini gambaran watak Raisya & Fariz yang diberikan oleh penulis dalam novel ini. Walaupun mungkin tidak sama 100% tetapi harap-harap dapat membantu pembaca-pembaca novel yang suka membuat imaginasi gambaran wajah watak-watak dalam novel seperti I.Tetapi mungkin fizikal Raisya lebih kecil jika dibandingkan dengan Sneha kerana penulis memberi gambaran Raisya seperti saiz Sari Yanti tetapi rupa mirip Sneha. So, you'll pandai-pandaila suai padan kan ye.Hope you all like it ya. (>_<)

Sneha ( Gambaran Raisya )

Jimmy Lin ( Gambaran Fariz )
Kalau ada kesempatan lagi akan I kongsikan novel yang lain juga. Selamat Membaca Semua.








NOVEL LAGI

Hi,
Demam membaca novel kembali lagi.Walaupun minat membaca ni kekadang ikut mood tetapi sekali dah kembali memegang novel,tetap sukar nak dilepaskan.Kalau biasa mata tak biasa dibuka sehingga melewati jam 10 malam, tetapi apabila dah membaca novel yang berkenan di jiwa, sanggup tak tidur sampai pukul 1- 2 pagi.
Walau bagaimana pun bukan semua yang kita baca tu kena dengan jiwa kita. Mungkin ok dengan jiwa orang lain tetapi tidak dengan kita. Terpulang dengan selera masing-masing.Kalau I, lebih mudah jatuh cinta dengan :

1. KELAINAN PLOT cerita
2. BAHASA yang mantap & dapat menyentuh jiwa
3. KESANTAIAN penulis menyampaikan cerita dengan cara yang tersendiri. Tidak terlalu ringkas & tidak pula meleret-leret sampai membosankan.
4. TENTUNYA WATAK2 dalam sesebuah novel itu yang mampu meninggalkan kesan yang mendalam apabila dibaca.
Semua tu, penting bagi I tapi mungkin bagi you'll lain pula. Terpulanglah dengan individu masing-masing.
Apa yang best membaca novel ni? Kalau tanya dengan pencinta-pencinta novel, mereka ada macam-macam sebab kenapa minat membaca novel-novel. Akan I kongsikan di lain kali ok.

aA + bB & 5 Tahun 5 Bulan by Hlovate
( one of my favourite author )

* Dua-dua novel ni best.

Saturday, October 2, 2010

PERSONAL PREFERNCE

 Hello,
Beberapa hari tanpa menjenguk blog I ni, rasa macam bersalah pun ada sebab telah lama ditinggalkan. Kesibukan menjelang minggu peperiksaan PMR menyebabkan blog terpaksa dilupakan buat seketika.
 Namun kesibukan menyediakan pelajar-pelajar menghadapi peperiksaan tidak menghalang aktiviti I yang satu ni. Minat menonton drama korea memang dah sebati dalam diri semenjak beberapa tahun yang lalu, kalau tak silap minat tu bermula dengan Winter Sonata.Kalau sebelum tu ada gak menonton drama korea tapi minat tak begitu jitu lagi lah.
 Balik cuti hari tu, anak buah I asyik sangat sebut tentang cerita You're Beautiful.Tak tau lah best ke tak cerita tu. Belum berpeluang menonton lagi. So, I cuba lah search online drama Korean. tetiba tertarik dengan tajuk & synopsis cerita Personal Preference. Lagipun I memang suka dengan pelakon So Yeh Jin ni ( 28 years) dan lagi I nak tau macam mana lah agak nya watak Lee Min Ho(23 years) dalam drama ni.Sebab dalam drama Boys Over Flowers dulu tak berkenan sangat.Ternyata I tak kecewa dengan drama ni.

SYNOPSIS
Ni I share sikit synopsis citer ni ok
"Jeon Jin Ho is a straight guy who pretends to be gay in order to become a roommate to his female friend, Park Kae In. His hobbies include organization and ironing, and he’s known for his stoic poker face. He’s a stickler for cleanliness, but he also has a talent for figuring out women’s feelings. Kae In is very trusting even though she has a habit of being betrayed. However that doesn’t stop her from giving people the benefit of doubt and Jin Ho is no different. How will Kae In react when she finds out that her gay roommate is not actually gay at all and that he has fallen for her?"

Happy viewing ya.. 

Tuesday, September 21, 2010

- Kilos, + Kilos

Hi Semua,
Minggu yang agak sembab bagi I & beberapa org yang lain sebab dah lama sangat bercuti. Apa-apa pun kerja tetap kerja. Masing-masing busy menyiapkan semua yang minta disiapkan.

Kalau masa hari pertama puasa semua member pakat sibuk timbang berat masing-masing. Fuhh...bukan main semangat nak turunkan berat time bulan puasa. Ok jugak tu,sekurang-kurang nya semangat utk kurangkan KILOS yg terlebih tu ada dah hehee.SEMANGAT tu :)

Lepas tu sebelum bercuti raya, sekali lagi scale milik Guru PJ & PK tu jadi tumpuan semua. Ala-ala glemer lah scale tu time ni.Semua pakat tengok berapa kilo lah dapat dibuang sepanjang 3 minggu puasa.Wah..wah..wah...seronok member-member yang dapat turunkan 2-3 kilos hehee. BANGGA ... :)

Sebaik saja balik bercuti...perasaan & keinginan memang ada nak tau agak2 berapa kilo lah berat naik tapi masa nak mendapatkan scale tu tak lah excited seperti masa sebelum balik beraya hari tu. Slow motion punya style pun ada time nak timbang berat tu, ada jugak yg takut timbang. Kalau sebelum raya bukan main lagi hehee.Seperti yang sudah dijangkakan 2-3 kilos tu memang tetap bertambah semula selepas cuti, sabar jerr lah semua hehee.Tapi yang bestnya, kalau org tu dah target naik 3 /4 kilo time cuti panjang tu tapi tetiba dia naik 1.5kg jerrr.Huhuuu....memang senyum samapi ke telinga lah tu. ANXIOUS, DON'T CARE & EXCITED...semua ada hehee...

Memandangkan Raya lagi ni, janganlah segan2 untuk menambahan kilos2 anda semua yee..Bukan selalu dapat jemputan menghadiri open house & makan kek2  pelbagai nama yang sedap2 kan? Pas ni sama2 lah kita buat kempen buang lemak2 tu hehee...

Sunday, September 5, 2010

CUTI,CUTI & CUTI

Hello dear,
Semenjak dah mula bercuti 2 hari yang lepas, baru hari ni dapat jenguk2 FB ngan blog. Bila jenguk blog2 member last update 2-3 hari yang lepas. Nampaknya bukan I sorang yang sedang bercuti ni hheee.Bila cuti2 begini, aktiviti mengemaskinikan blog pun tak jalan.Maklumlah, bukan selalu dapat peluang bersama keluarga tercinta kan?

Rasanya, sepanjang cuti ni akan berehat seketika lah dari update blog.Tapi paling best waktu cuti ni dapat stok novel2 JS yang dipesan dengan anak buah (kesian dia terpaksa bawa extra luggage gara2 novel I ).Tak sabar rasanya nak memulakan bacaan.

Ok lah, time cuti gini, idea nak update blog tak datang pulak.Tunggulah kalau ada isu2 yang menarik yang boleh dikongsikan, akan adalah lagi new post yang keluar.

Selamat Bercuti dan Selamat Berhari Raya buat semua. :)

Wednesday, September 1, 2010

WHY MINIATURES?


Hello,
Kali ni I masih nak cakap pasal perfume. Bagi yang dah boring baca sebab asyik2 pasal perfume je, maaflah.Mungkin lepas ni, lama kot tak cerita pasal perfume.Tapi tak puas hati I selagi tak share ngan U'll semua tentang topic ni hehee...

Hari ni, kecoh sikit pasal barang member yang dikirim dgn Pos Laju dicuri gara2 Pejabat Pos kena ceroboh. Isk...isk..isk, ada gak manusia yang buat kerja tak senonoh macam tu time2 gini. Terus I teringat parcel I yang dijangka tiba hari ni,berdebar-debar sebab takut parcel I pun kena gak. Huh....lega sebab tak lama kemudian sorang member cakap ada parcle I ada kat ofis.Nasib baik lah...kalau tak....

#Sebab2 Perfume Miniatures Jadi Pilihan:
1.Harga yang mampu dimiliki semua rakyat jelata...harga boleh semurah  RM20-RM50 tu...( kat kaunter2/ katalog2 pun lebih kurang sama je harga cuma kuantiti je lain hehhee )

2. Bila harga dah murah, apa lagi, kita pun boleh beli selalu hehee..tiap bulan pun takpe...( bagi yg suka kumpul perfume lah...ok le tu )

3. Bila dah beli selalu, banyaklah collection yang kita ada...( so apa lagi, bolehlah buat pameran kecik2 )

4. Bila koleksi dah banyak,tiap2 hari kita boleh tukar perfume.Hari Isnin hinggalah Ahad. Kalau banyak lagi, dalam 30/31 hari tu kita boleh guna perfume yg pelbagai hehee...(bestnyee... )

5. Hehehe..bila dah banya koleksi tu, bolehlah kita berlagak sikit (sikit je tau )..."oh..yang ni I dah ada, yang ni dah pernah pakai, yang ni I ada 2, yang ni bau dia best sgt, yang ni pulak I dah bagi kat org, tak suka baunya dan bla...bla...bla.... "

6.Paling best, senang nak bawa ke mana-mana.U sumbat je dalam saku seluar,baju atau poket kecik dlm hdbag, senang je.Kalau perfume big saiz nak sumbat kat handbag huhuhhh...muat ke?Perfume big saiz sesuai kita guna di rumahlah ( wajib gak ada perfume big saiz ni hehee)

7. Senang nak bawa, senang pulak nak pakai di mana saja,U dab atau spray sana sini pun orang tak perasaan, ialah dah saiz kecik.Tak lah ketara sangat U reapply perfume tu hehee.Cuba bayangkan kalau U'll usung perfume big saiz & bila tiba time nak spray tu juling mata tengok kiri kanan risau org ternampak hehee seganlah kan, silap2 org ingat kita nak spray air freshner  hehee...

8. Jimat kos kalau kita  nak beli perfume yang saiz besar. Kalau tak sure dgn macam2 bau yang kita dah hidu kat kaunter perfume tu, kita try dulu yang mini. Kalau sesuai & kita suka,bolehlah spend lebih sikit untuk beli yang saiz besar. Tapi kalau tak sesuai,tak payahlah beli, rugi pu rugi sikit saja untuk beli yang mini tu. ( Sebab kesesuaian seseorang itu dengan sesuatu wangian berbeza ye..)

9. Sebagai hadiah pun boleh :), perfume jugak kan.Kalau yang set huhu...kalau tak cecah RM200 mcm tak sah pulak. Boleh mengecil saiz duit gaji sebulan sebab beli gift set yg mahal tuu...kalau mini, beli 2-3 jenis pun takpe,pas tu letak dlm box yg harga RM3-6 mcm tu,balut reben...huhuhu..comel tu :), Nak lebih best lagi, sertakan sekali shower cream LIFEBOUY/DETTOL/PROTEX yg saiz mini gak ( jenama  shower ikut suka arrr...I bagi cadangan je ) plus lotion BABY JOHNSON yg mini gak uiiii...meleleh air mata kawan tu terima hadiah mcm tu...sama ada sebab terlampau gembira / kecewa tak dapat set yang diidamkan hehee... ( U pikirlah sendiri )

10. Akhir sekali, sebab apa beli MINI? Sebab kaunter2 jual perfume kat luar tu dah tak nak bagi miniature free kalau kita beli perfume big saiz ( sakit hati pun ada ...hehee) Walaupun kita beli perfume sampai RM200+, perfume sebijik tu lah yang kita dapat. Nak dapatkan vials pun susah, kadang tu nak kena ugut dulu barulah kawan kat kaunter tu teragak-agak nak dengan muka yg cuba dimaniskan hulur sebiji vial kat kita( dlm hati..." huhuhhh...berkira, beli baru RM200+ mintak macam2" tak pun " iskisk...melepaslah I nak bawa balik vial free pas ni").Rasanya U'll semua pernah lalui situasi mcm ni kan? Ialah,kita nak dapatkan the best bargain dengan wang yang dah kita belanjakan utk produk mereka, gunakan lah hak sebagai pengguna anda hehehe...(mcm kempen pulak )

Banyakkan sebab2 kenapa kita suka pilih Perfume miniatures? Kalau diselidiki dgn lebih mendalam, I pasti ada lagi sebab2 kenapa Perfume Miniature jadi pilihan...kongsi2 lah ;-).
Lain kali I nak share 'Kenapa Perfume Miniature Bukan Pilihan", kita tengok pulak nanti ye...akan datang hehee...

* Yang tu semua pendapat I jer..tak semestinya logik pun.Sekadar untuk menghangatkan topik perfume ni hehee