Monday, March 12, 2012

Novel lagi ...





Suka-suka hehhee..cuti yg sikit ni boleh gak mengambil kesempatan untuk baca novel. Dah lama keluar tapi baru mendapatkannya. Ada 2 yang masih panas dalam pertimbangan.. :). Kalau sempat nanti saya akan kongsikan sikit tentang dua novel ni ok...

http://loveLovely.flashwidgetz.com

Saturday, February 18, 2012

Latest From Jemari Seni (Februari 2012)




Dua-dua baru sampai semalam. Tak sabar nak habiskan hujung minggu ni walaupun kerja-kerja lain bertimbun. Sesekali melarikan diri dari beban tugas yang tidak pernah kurang.

Komen Saya:
Dua-dua saya suka. Tidak perlu saya bandingkan di antara keduanya. Tapi kalau dibandingkan dengan novel Adileah sebelum ni ' Menunggu Hujan', saya lebih suka 'Menunggu Hujan' :). Mungkin juga watak Suria tidak begitu kuat melekat diingatan. Apa-apa pun masih lagi menarik untuk dibaca.

Kalau 'Si Mangkuk Tingkat', ermmm...dua2 watak utama saya suka hehee.Malah tidak susah untuk jatuh cinta dengan jalan cerita walaupun, bahagian awalnya agak perlahan bergerak ke arah  kisah manis Ashraff dan  Edryna. Jalan cerita santai dan menarik. Bestt.....
http://loveLovely.flashwidgetz.com

Tuesday, January 31, 2012

New on my shelf...

Ributnya Cinta -Phidot ( SR Publication )


 Baru jer dapat tadi. Semalam pesan, ari ni dah sampai hehhe..

http://loveLovely.flashwidgetz.com

Friday, January 27, 2012

7 Hari Mencintaiku

Novel Ke-4 Siti Rosmizah
Tajuk: 7 Hari Mencintaimu
Penulis: Siti Rosmizah
Penerbit: SR Publication
Muka Surat: 1048
Harga: RM32.90 (SM)/RM35.90(SS)

hello!
Inilah novel kedua yg dapat dihabiskan sepanjang cuti CNY ini.Lama dah terbit, kenapa baru sekarang baca? Sebenarnya  telah lama novel ini berada dlm simpanan,sejak KLIBF 2011 yang lalu.Namun disebabkan ketebalan hampir menyamai kamus dewan,maka saya terpaksa mencari tika dan waktu yg sesuai untuk membacanya.Tepat 4.10 pagi tadi saya selesai membacanya sampai kepala pun dah pening2 tak cukup tidur.
Wah..apabila selesai membaca memang rasa puas hati sangat.Memang berbaloi-baloi teman tu dapatkan dan angkut masa Pesta Buku hari tu.Siap dapatkan autograf penulis lagi. Thanks Mimah Zakaria.
Siap pula berdiskusi dengan seorang teman yg jauh tentang novel ini. Huhuuu...macam mana lah agaknya rupa Khuzairi dan Mia Adriana? Rasa nak saja tanya penulis hehhee.
Betapa bertuahnya Mia Adriana yang mendapat cinta Khuzairi.Wujud lagikah lelaki sebegitu? Mungkin ada, nun jauh di sana.Sempat berangan. Tidak pula terasa sakit hati yang terlampau bila membaca perangai Mia yang angkuh, sombong, berlagak tak ingat dunia tu. Mungkin disebabkan orang yang menentang dia pun tidak lah baik mana perangai mereka.Ada juga kelogikan sikap Mia ditampilkan sebegitu. Jangan tak tau, apabila mula saja dari bab dimana Buntat meninggal gara2 dia berkorban nyawa untuk Mia, boleh pula tangkap sayu dan terharu sampai boleh meleleh air mata. Bukan mudah tu :).
Keseluruhannya cerita ini memang best. Karya terbaik antara yang terbaik dari penulis. Karya2 yang lepas pun tidak pernah mengecewakan saya. Jangan sangsi untuk membaca novel ini hanya kerana ketebalannya, kerana saya yakin anda pasti tidak akan merasa bosan dan kecewa.Duhai hati, tidak perlulah jatuh cinta kepada Khuzairi..bersyukurlah dengan apa yang dimiliki. Selamat membaca....


http://loveLovely.flashwidgetz.com

Wednesday, January 25, 2012

My First Novel For 2012

 Hi, lamanya dah tak update novel terbaru dibaca. Memang sejak seminggu dua ni agak membingungkan dengan macam-macam kerja. Namun cuti yang agak panjang membolehkan saya mencuri ruang utuk membaca novel terkini. Maka inilah novel pertama bagi tahun 2012 yang telah dibaca.

Pabila Cinta Memanggilku

Memang permulaan yang sangat menarik untuk tahun 2012. Sebuah kisah yang best dan agak santai. Walaupun saya jarang sangat suka dengan cerita yang menggunakan kata ganti 'aku' tapi dalam novel ini macam ok saja.Kisah Yang Ayesha dan Adam Harith yang sangat sweet hehhee.Cuma ingin sekali saya menyelami hati dan perasaan Adam Harith dengan lebih mendalam. Tetapi walaupun begitu dari tindak-tanduknya kita sudah sedia maklum, Adam memang sangat menyayangi Yang Ayesha.Saya juga ingin sekali mengetahui rahsia hati Amirul Irfan yang bermuka tebal itu,yang tidak pernah serik menyatakan cintanya kepada kekasih adiknya sendiri walaupun telah ditolak berkali-kali. Memang muka tembok.
Bagi yang belum mendapatkan novel ini, memang anda perlu dapatkannya sebagai koleksi.Fresh dan ada kelainan dari segi jalan ceritanya.Sebuah kisah yang best dan tidak membosankan. Yang penting semua wataknya handsome2 dan cantik.
http://loveLovely.flashwidgetz.com

Monday, December 12, 2011

AS: Cabaran 50 Buku (54) Sayangku Casper




Tajuk: Sayangku Casper
Penulis: Mazni Aznita
Penerbit: Buku Prima ( Cetakan 1, 2 2011)
613 Mukasurat
Harga: RM25.90 (SM)/ RM28.90 (SS)

Walaupun hampir tidak berkesempatan membuat ulasan novel ( walaupun sudah beberapa buah dibaca ) sepanjang bulan Disember ini, namun disebabkan ingin sekali berkongsi sebuah lagi hasil karya salah seorang penulis yang saya suka, Mazni Aznita, saya ingin berkongsikan sedikit  apa yang saya telah baca.Rasa tidak sabar untuk mendapatkan novel ini memang di tahap yang paling tinggi selepas mendapat tahu dalam masa yang singkat sudah masuk cetakan ke-2.

Bagi saya, peminat hasil karya Mazni Aznita memang patut dapatkan novel ini.Mungkin bagi sesetengah orang jalan cerita ada sedikit persamaan dengan salah sebuah drama Korea yang pernah ditayangkan. Namun begitu, penulis mempunyai gaya yang tersendiri untuk menyampaikan jalan cerita sehinggakan saya tidak merasa jemu untuk terus membaca sehingga ke penghujungnya. Ditambah pula dengan latar cerita yang hampir keseluruhannya di Paris. Memang bukan satu kerja yang mudah untuk menggambarkan sesuatu tempat yang tidak pernah kita jejaki, namun dengan segala kemudahan yang ada bukan juga mustahil sehingga seolah-olah kita dibawa bersama menyelusuri Sungai Seine dan menikmati pemandangan Kota Paris dari puncak Montmarte.

Pembaca novel-novel penulis Mazni Aznita tentu sudah biasa dengan setiap konflik dan hubungan antara watak-watak yang agak kompleks dalam novel-novel beliau sebelum ini. Begitu juga di dalam novel ini tidak ketinggalan konflik dan hubungan watak antara satu sama lain juga tidak dapat diramalkan sehingga kita membaca ke penghujungnya. Penuh dengan rahsia yang akan hanya terbongkar di penghujung cerita.Pengolahan konflik yang begitu kemas dan teliti oleh penulis sehingga kita tidak tertanya-tanya akan kelogikannya.

Apa yang menarik juga, watak-watak yang hadir di dalam novel ini semuanya tidak menjemukan. Watak Tia Adila yang laksana watak Cinderella walaupun dia tidak memerlukan kasut kaca untuk melayakkannya bersama putera raja. Tengku Rafique yang mempunyai segalanya kecuali ibu( telah meninggal dunia) dan ayah yang wujud tetapi seperti orang asing.Watak hitam, Tengku Adrian yang kacak tetapi mempunyai hati yang hitam.

Apa yang penting, penggunaan bahasa Perancis dalam novel ini memang menarik,logik (kerana cerita berlatar-belakangkan Paris) dan langsung tidak menggangu pembacaan.Tahniah untuk penulis.
Seine River

Sacre-Coeur on the top of Montmartre ( the highest point in Paris ) 
* Saja jer letak pics sikit. Senang nak imagine tempat2 dalam cerita.Oh..ya yg Sacre-Coeur tu tempat Tengku Rafique menunjukkan Kota Paris kepada Tia selepas Tia mencabarnya, sekiranya dia mampu untuk menunjukkan Kota Paris dalam masa 1 jam barulah Tia akan ikut apa yang dia nak.
http://loveLovely.flashwidgetz.com

Wednesday, November 9, 2011

AS: Cabaran 50 Buku (53) Dikau Tidak Pernah Jauh



Tajuk: Dikau Tak Pernah Jauh
Penulis: Nur Hatya
Penerbit: Jemari Seni (Sept 2011)
427 Mukasurat
Harga: RM19(SM)/RM22 (SS)

Mula-mula saya agak ragu-ragu untuk berkongsi apa yang saya rasa tentang novel ini.Bukan kerana novel ini tidak menarik tetapi saya agak risau andai apa yang saya fahami itu tidak cukup untuk dikongsikan. Demi menghargai tanda hati dari Jemari Seni untuk Cabaran 50 Buku (Ogos), maka saya cuba kongsikan sedikit apa yang saya dapat dari novel ini.
1.       Cara penyampaian yang agak lain daripada novel-novel yang pernah saya baca sebelum ini menyebabkan agak saya agak tidak selesa pada mulanya.Namun saya teruskan kerana ingin tahu kesudahannya.

2.       Pengisian yang cukup padat dan bermakna disampaikan oleh penulis mengunakan watak-watak yang diwujukan. Fadhil,Firdaus, Halina, Mardhiah dan juga watak-watak yang lain.Memang pembacaan yang penuh pengajaran kepada pembaca-pembacanya. Sesungguhnya Dia memang tidak pernah jauh dari umat-Nya.Cuma kita yang seringkali alpa dengan nikmat dunia sehingga menjauhi-Nya.


3.       Pengertian cinta yang dilihat dari pelbagai sudut.Cinta kepada Tuhan,Cinta kepada harta dan duniawi dan Cinta yang benar-benar ikhlas sehingga membuatkan seseorang itu sanggup menunggu walau apa pun keadaannya.

4.       Mengundang rasa sebak apabila membaca dugaan demi dugaan yang menimpa Firdaus sehingga menyebabkan imannya makin menipis.Memang watak Firdaus telah dikembangkan dengan baik dan berkesan oleh penulis. Dari seorang yang begitu menyayangi buya dan adiknya,kepada seorang lelaki yang begitu gah dengan apa yang dimiliki  dan seterusnya kembali menjadi lelaki yang menyesali kekhilafan dirinya.Rasa kagum, sakit hati dan bersimpati terhadap Firdaus semuanya ada.


5.       Agak tidak puas dengan penamatnya kerana ibu dan bapa tirinya yang mati tanpa kita ketahui,sempatkah mereka berdua bertaubat?Ataupun mereka mati begitu saja? Apa pula tindakan Firdaus apabila dia telah menginsafi perbuatannya? Tidakkah dia cuba menjejaki Tina untuk memohon kemaafan?Mungkin penamatnya perlu dikembangkan sedikit lagi agar hati lebih puas membaca sekiranya semua watak-watak menemui jalan penyudah yang setimpal.
Keseluruhannya, novel ini cukup padat dengan pengisian yang bermakna dari mula sehingga ke akhir cerita. Juga merupakan sebuah novel yang memang berbaloi untuk dimiliki.
http://loveLovely.flashwidgetz.com