Monday, March 21, 2011

AS: Cabaran 50 Buah Buku (7): Aku Yang Kau Tinggalkan





Tajuk:  Aku Yang Kau Tinggalkan
Penulis: Alina Haizar
Penerbit: Kaki Novel
759  Mukasurat
Harga: RM25.00(SM)/ RM28.00(SS)

Membaca karya kedua Alina Haizar sesuatu yang saya nanti-nantikan. Mungkin kalau dibandingkan dengan Hadirmu Takdirku, temanya lebih kurang sama iaitu suami isteri yang terpisah kerana angkara orang lain & juga kehadiran anak yang tidak disedari oleh suami. Namun begitu, bagi saya kali ini jalan ceritanya lebih mantap & terperinci.Mungkin bahagian pengakhiran cerita nampak terlalu sempurna tetapi itulah pengakhiran yang pembaca suka. Tarikan novel ini? Membaca novel ini juga seolah-olah membawa saya turut menjelajah bandar Turin & negara Itali. Saya juga suka dengan watak Nia, seorang wanita yang berdikari & cantik dengan cara yang tersendiri.
Nia & Zaril yang dikahwinkan kerana kepentingan bagi pihak masing-masing. Tidak ada cinta & tidak juga mengenali siapa Zaril, namun kerana keluarga, Nia sanggup berkahwin dengan Zaril. Sementara, Puan Zainun mencari isteri buat Zaril supaya ada orang yang membantunya menjaga Zaril yang sakit. Walaupun Nia sering dikasari oleh Zaril, tanpa disedari, Nia telah jatuh cinta dengan suaminya.
Namun selepas Zaril sembuh dari penyakitnya, Nia merasakan seolah-olah dirinya telah ditinggalkan oleh Zaril. Niat untuk bertemu dengan suaminya di Paris adalah permulaan kisah duka buat Nia apabila dia disuruh membuat pilihan. Bagi Nia, tiada gunanya terus bergelar isteri buat Zaril sekiranya Zaril sudah ada pilihan yang lebih sempurna darinya. Tindakan Nia memilih wang yang ditawarkan berbanding dirinya telah melukakan hati Zaril kerana, apa yang diperkatakan oleh mamanya tentang Nia ternyata benar.
Bertemu semula di Turin selepas 4 tahun telah membuatkan luka di hati Nia berdarah kembali. Di Turin juga mereka mengetahui rahsia yang mereka tidak ketahui selama ini. Zaril yang bakal menikahi Suzzana telah meyakinkan bahawa dia benar-benar telah kehilangan Zaril. Masing-masing menyimpan ppersoalan-persoalan yang tidak terjawab antara mereka.Masing-masing menyalahkan satu sama lain atas perpisahan yang terjadi.
Novel yang patut dibaca dan dimiliki.

http://loveLovely.flashwidgetz.com

Thursday, March 10, 2011

AS: Cabaran 50 Buah Buku (6): Seandainya...


Tajuk: Seandainya
Penulis: Rys Areesa
Penerbit: Kaki Novel  (Mac 2011)
886 Mukasurat
Harga: RM29 (SM)/ RM32 (SS)
***
Memulakan  pembacaan novel ini pada peringkat awal begitu sukar.Namun selepas 2 hari, akhirnya saya menemukan pengakhiran yang tidak mengecewakan. Begitu skar untuk memahami urutan masa & cerita dalam novel ini kerana  ‘flashback’ akan muncul di mana-mana & kekadang tanpa sebarang petanda. Mungkin itulah keistimewaan yang membezakan novel ini dari novel-novel yang lain. Peringkat awal memang kita seolah-olah bosan dengan permainan tarik tali antara Areena yang begitu perahsia & Wan Zaharris yang sukar untuk berterus-terang kerana ada yang menghalang.

Mengenali Nur Dhila Areena yang begitu keras tembok hatinya kerana pernah terluka oleh Zaharris Arman.  Namun nama yang hampir sama, Wan Zaharris juga yang berjaya menawan hati milik Areena hingga sukar baginya untuk menerima perkahwinan yang diatur oleh keluarganya. Areena akhirnya nekad untuk membatalkan perkahwinan tersebut walaupun dia tiada jawapan pasti dari Wan Zaharris yang masih membisu.
Di kala Wan Zaharris & Areena baru menyulam bahagia, ibu Harris masih lagi tidak dapat menerima pilihan hati Harris walaupun telah bertahun hanya nama itu di hatinya. Walaupun hanya Areena yang mampu membuatnya tersenyum bahagia,namun Harris redha kiranya hati ibunya masih berkeras tidak dapat menerima Areena.

Pergi Harris bersama cintanya kepada Areena hingga ke hujung nyawa. Dikala Areena masih berada dalam dunianya sendiri, Shamsul Azhar memberanikan hati untuk menyunting Areena, gadis yang telah lama bertahta dihatinya. Selama bertahun Shamsul Azhar setia kepada isteri tercinta walau Areena lebih banyak membisu & tidak pernah menyatakan kata cinta kepada Shamsul Azhar.
Sanggupkah Shamsul Azhar menanti cintanya & setia kepada isteri walaupun dia tidak pasti sampai bila? Adakah Areena masih memilih Wan Zaharris walau dia tahu mereka tidak mungkin bersatu?  Berbaloikah penantian bertahun Shamsul Azhar untuk mendapat cinta Areena?

Apa yang menarik dalam cerita ini adalah apabila kita turut dapat menyelami alam bawah sedar Areena selepas kemalangan yang menimpanya.

Terima kasih untuk Norradziah kerana meminjamkan novel ini. :)

http://loveLovely.flashwidgetz.com

Sunday, March 6, 2011

Teman Kelab Membaca

 Hi,
Mungkin sejak kebelakangan ini selalu jer keluar review-review novel yang aku baca,memang itu lah aktiviti terkini aku. Cuba nak menyahut cabaran teman2. Kalau tahun lepas aku berjaya habiskan sebanyak 71 buah sepanajng tempoh 9 bulan tanpa membuat sebarang review( sekadar buat catatan ringkas untuk personal reminder tentang buku-buku yang dah dibaca). Hobi membaca novel ni baru jer sangkut dengan aku bulan Mac 2010.Tengoklah tahun ni berapa buah yang dapat dibaca.

TVM untuk teman-teman Kelab Membaca SMKK yang sanggup berkongsi & bertukar-tukar novel dengan aku. Mimah, Jiah, C.Yati,K.Selbia & Ndat (teman yang baru menyertai ), you'll memanglah terbaik bab kongsi-kongsi novel dengan aku ni.Kalau harapkan koleksi novel sendiri, berapa sangatlah koleksi bagi aku yang masih baru ni ada.Diharap usahasama kita dapat diteruskan hehee..

Minggu ni masih menunggu pesanan novel2 dari JS. Tak sabar rasanya. Nasib baik minggu lepas pesanan teman tu & aku sendiri dah sampai beberapa buah. Tapi dah habis jugak dibaca. Sabar jer lah dulu.

Ok, harap-harap Cabaran 50 Buah Buku 2011 ini akan berjaya dicapai by the end of this year. Kalau tak pun, biarlah aku menjadi teman yang sekadar memeriahkan cabaran ini. :)


http://loveLovely.flashwidgetz.com

Saturday, March 5, 2011

AS: Cabaran 50 Buah Buku (5) Suka Saya, Ya? Suka Saya,Tidak?


Tajuk: Suka Saya, Ya? Suka Saya,Tidak?
Penulis: Manjalara
Penerbit: Jemari seni
443 Mukasurat
Harga: RM19.00(SM)/ RM22.00(SS)

Terima kasih kepada Cik Hamimah Zakaria kerana telah meminjamkan novel ini buat saya. Pernah beberapa ketika dulu saya cuba membaca karya pertama penulis, Persis Sebutir Pasir tetapi hanya separuh jalan. Bukan kerana tidak menarik tetapi mungkin kerana bahasa yang digunakan memerlukan tumpuan yang lebih untuk menghayati. Selepas ini pasti akan saya cuba habiskan bacaan yang tertangguh dulu.

Bagi saya, membaca buku ini memang memerlukan tumpuan sepenuhnya kerana jika tidak mungkin kita gagal menyelami hati & perasaan watak-watak dalam cerita ini terutamanya Qisya Amni. Walaupun begitu mungkin ada juga bahagian-bahagian yang tidak saya dapat fahami sepenuhnya.

Menyelami hati Qisya Amni yang lebih banyak meluahkan perasaannya di dalam  diari birunya dibandingkan dengan berkongsi secara terus dengan orang lain. Hanya Pak Long nya sahaja yang mendapat kepercayaan Qisya untuk berkongsi coretan di dalam diari birunya. Disebabkan itu juga Azam Jufry begitu ingin menyelami hati Qisya kerana ketika pertama kali bertentang mata dengan Qisya Amni, sinar mata Qisya seolah-olah ada kisah duka yang tersembunyi.Namun hubungan sebagai tunangan yang diharapkan oleh Azam Jufry ternyata hanya berganti hubungan abang & adik sahaja kerana seluruh hati dan perasaan Qisya telah diserahkannya kepada Hilmy.Walaupun sudah terang-terang Makcik Asilah (mak Hilmy) tidak merestui hubungan itu.
Peluang kedua yang dilihat oleh Azam Jufry selepas ketiadaan Hilmy juga terpaksa dia lepaskan walaupun hatinya telah parah dengan cinta terhadap Qisya apabila Qisya ditunangkan dengan Wafi Ilya ( abang tiri Hilmy). Qisya menerima Wafi bukan juga kerana sayang tetapi kerana permintaan Makcik Asilah yang telah menyesal kerana tidak pernah merestui hubungan Hilmy & Qisya.Hati Qisya yang sentiasa dahagakan kasih sayang dari seorang yang bergelar ibu & sikapnya yang tidak pernah berdendam menyukarkan dia berkata tidak kepada pertunangan itu. Sedangkan Azam Jufry yang hanya memendam rasa hanya mampu menjadi seorang ‘abang’ tempat Qisya berkongsi perasaannya.
Mampukah Wafi Ilya membuka hati Qisya untuknya? Bagaimana dengan Azam Jufry yang telah jatuh sayang kepada Qisya walaupun pada mulanya hanya menurut jodoh yang dipilih oleh orang tuanya?

“ Jika Hilmy Allah pinjamkan sementara untuk aku mengenal cinta, Wafi pula Allah perkenalkan padaku buat aku mengenal kaca dan permata.Aku reda apabila kedua-duanya meninggalkan aku akhirnya.
            Tapi Azam Jufry?”
 
Mungkin anda dapat memahami apa pengakhirannya.
http://loveLovely.flashwidgetz.com

Thursday, March 3, 2011

AS: Cabaran 50 Buah Buku (4): Sweet Sour

Tajuk: Sweet Sour
Penulis: Nasz
Penerbit:Jemari Seni Publishing (Mei 2010)
570 Mukasurat
Harga: RM21(SM)/ RM24 (SS)
*****

" Kita akan ingat semua benda pasal orang tu kalau kita suka dia". (SS)

Salah satu novel kesayangan dan sangat disukai oleh saya. Malah kawan-kawan yang turut membaca novel ini pun cakap bahawa novel ini ternyata sangat menarik.Walaupun sudah dibaca tidak sampai setahun yang lalu, namun saya tetap ulang baca kerana saya sudah merindui watak-watak dalam novel ini terutamanya Joe Jambul ( Faizul Hakimi ).Ternyata penulis berjaya mewujudkan satu watak yang jahat (sebelum dia berubah) dan kemudian seorang suami yang sangat menyayangi & mengambil berat isterinya yang sangat disayangi dan disukai oleh ramai pembaca novel ini.Joe ternyata telah menyebabkan ramai rakan-rakan saya yang turut membaca jatuh cinta dengan wataknya. Tahniah untuk penulis.

Malah bahasa yang digunakan walaupun santai tetapi tetap menyenangkan malah tidak keterlaluan kalau saya katakan cukup perisanya.Penyampaian jalan cerita juga sangat menarik.

Kenapakah Joe yang kaki perempuan ( yang sampai ada 200+ koleksi teman perempuannya), kaki minum
( sebutlah apa saja jenis minuman keras) menjadi pilihan? Malah Zarul yang baik, yang manis dan mengambil berat tidak berjaya menawan hati ( termasuk menawan  hati Lia kembali )? Kalau dilihat dari segi fizikal dan material memang Joe melebihi Zarul dari semua segi (walaupun mereka adik-beradik )tetapi bukan itu yang menyebabkan Lia tidak boleh lari dari Joe.Tetapi kerana sememangnya segenap ruang kosong dalam hati Lia telah dipenuhi dengan nama Joe.Malah dia tidak mampu membenci Joe walaupun Joe telah menyakiti hatinya.

" Rasanya ini yang aku nak selama ini. Teruskan hidup dengan dia, walau siapa pun dia dan apa pun yang pernah dia buat.Yang penting dia sudah berubah, dia sudah pun tinggal cerita gelap dia setelah memilih aku". (SS)

Saya juga suka dengan novel ini kerana walaupun Lia mengahwini Joe tanpa cinta ( semata-mata kerana mambalas sakit hati kepada Zarul ) & Joe menggunakan taktik yang kurang bermoral untuk mendapatkan Lia namun tiada unsur-unsur keganasan rumahtangga antara mereka. Mungkin sebab itu juga saya mudah jatuh suka dengan Joe.Daripada seorang yang tidak pernah mendengar kata orang lain, dia boleh menjadi seorang yang begitu penyabar kerana cintanya kepada Lia.

Saya percaya sesiapa yang pernah dan akan membaca novel ini akan jatuh cinta dengan watak Joe Jambul.

Sinopsis Kulit Buku:
AYang manis, harum lagi wangi itu Zarul
“Kira orang ni taraf cincin gula-gula ni ajelah.”
“Sepuluh ringgit tu.” Sungguh-sungguh dia cakap.
“Berkira... baru sepuluh dah kecoh... bukannya seribu pun.” Aku jeling dia.
“Banyak cakap pula... kalau tak nak bagi balik.” Dia hulur tangan kiri.

Tak tahu pula macam ni punya seronok apabila dapat cincin... walaupun hanya cincin gula-gula.
“Ni kira orang ‘cuplah’ ni.” Sambung dia lagi.
Aku simpan senyum. Tak boleh senyum depan-depan ni, nanti dia perasan!

B Yang pahit, masam, masin, payau itu Joe Jambul
“Bayar cincin ni.” Kata dia. Betul ke ni, apa yang aku tengah dengar ni.
“What?” aku terjerit di situ.
“Pay for this.” Relaks aje dia mengarah aku lagi.
“Okey... saya bayar!” Aku jeling dia.

Tapi kan, juling biji mata aku tengok bil RM10 000 kat Tiffany tu. Gila ke apa? Batu planet mana dia pakai buat cincin bodoh ni!
...................................................................................

* Tidak sabar untuk menunggu novel kedua dari Nasz.
http://loveLovely.flashwidgetz.com

Tuesday, March 1, 2011

AS: Cabaran 50 Buah Buku (3): Penjara Rindu


Tajuk: Penjara Rindu
Penulis: Nia Arissa
Penerbit: Kaki Novel
644 Mukasurat
Harga: RM21 (SM)/ RM24 (SS)

Termenung seketika saat saya menghabiskan bacaan di helaian yang terakhir. Cuba mencerna semula jalan cerita yang telah saya baca semenjak dua hari yang lalu.Bagi pandangan peribadi saya, permulaan cerita ini hampir membuatkan saya berputus asa untuk meneruskan pembacaan. Namun kerana kedegilan untuk menyelami kisah seterusnya membuatkan saya tetap bertahan.Tidak sia-sia kerana di pertengahan cerita saya mula mengikuti rentak cerita ini. Mungkin disebabkan novel ini adalah novel pertama penulis maka saya berasa masih belum mesra dengan bahasa atau gaya penceritaan di bahagian awal cerita. Namun selepas pertengahan cerita, ternyata tidak mengecewakan.

Persoalan yang hendak disampaikan agak menarik.Anda semua akan bertemu dengan persoalan biasa di mana dua pasangan terpaksa berkahwin tanpa cinta,kemudian bersama meniti bahagia,badai melanda, bercerai talak 3,berpisah kerana mereka pasrah tiada jodoh antara mereka.Anda juga dihidangkan dengan persoalan-persoalan kecil yang turut mewarnakan cerita ini.

Bila saya membaca novel ini, perasaan benci & kasihan bersilih ganti terhadap Haziq.Anda mungkin juga akan jatuh sayang kepada Aswad yang setia kepada cintanya Farisya Hani.Apa-apa pun biarlah segala persoalan tentang nasib Haziq, Aswad & Farisya anda sendiri yang ketahui kerana saya percaya ramai teman-teman tidak suka bila saya mula membuka pengakhiran cerita yang dibaca. :)

Kali ini saya akan kongsikan sinopsis yang diambil dari kulit novel itu sendiri.

Sinopsis:
Kehadiran Farisya Hani di dalam hidup Haziq Denial hanyalah sekadar penyelamat kepada maruah keluarga lelaki itu apabila bakal isteri Haziq memilih untuk mengahwini lelaki lain di saat-saat akhir majlis akan berlangsung. Atas dasar itu, perhubungan mereka tidak berjalan dengan lancar.

Dengan kejadian beberapa insiden yang tidak disengajakan, bibit-bibit cinta mula berkembang mekar bak bunga di pagi hari. Dalam tak sedar, masing-masing sudah saling jatuh cinta.

Namun langit tidak selalunya cerah. Kebahagiaan yang diharapkan berkekalan terlerai sudah di pertengahan jalan. Kehadiran bekas kekasih Farisya Hani telah mengundang konflik yang ditunggu-tunggu oleh pihak ketiga yang sentiasa mencari peluang untuk mendekati Haziq Denial.

Keperitan hidup yang terpaksa ditanggung memaksa dendam mula membara di hati Farisya. Kealpaan akibat disihir membuatkan Haziq hanyut di dalam genggaman Tiara. Masih adakah peluang kedua untuk mereka? Atau… adakah rindu mereka akan terpenjara buat selama-lamanya?


* Sekadar berkongsi apa Rasa Hatiku.Tidak semestinya anda suka, oleh itu maaf kupinta.




http://loveLovely.flashwidgetz.com

AS: Cabaran 50 Buah Buku (2): Dedalu Di Hati


Tajuk: Dedalu di Hati
Penulis: Anita Aruszi
Harga: RM25.90 (SM)/ RM28.90 ( SS)
791 Mukasurat

Salah satu karya dari Anita Aruszi yang saya sangat minati.Bagi saya, Anita Aruszi mempunyai cara penulisan yang tersendiri.Setiap novel yang dihasilkan membawa kelainan. Bagi saya Dedalu di Hati (New Version) ada tarikan yang tersendiri, masih membawa pembaca merungkai misteri yang mengikat watak-watak dalam cerita ini.
RingkasanKu:
Biarlah saya hanya berkongsikan apa yang dapat ringkaskan dari pembacaan saya sendiri.Sekiranya anda semua inginkan sinposis dari kulit buku itu sendiri,anda boleh terus membaca dari blog Anita Aruszi sendiri.
Aliya Murni merupakan anak yatim piatu yang kematian ibu bapa kerana kemalangan jalan raya. Walaupun tinggal di rumah yatim namun dia tidak pernah kekurangan dari segi material kerana sentiasa ada 'Daddy' yang sentiasa menjaga kebajikannya. Tidak pernah mengenali siapa 'Daddy' namun di hati Aliya mereka begitu dekat kerana sering berhubung melalui YM.Kehadiran Adam Hazril sebagai pensyarah pengganti Doktor Aidit telah sedikit sebanyak mengubat kerinduannya terhadap 'Daddy' nya.Perhatian Adam Hazril telah meninggalkan kesan di hati Aliya & pada masa yang sama Haikal turut menagih cinta dari Aliya.Siapakah Irina bagi Adam Hazril? Walau dua hati mengungkap cinta tetapi perlukah dikorbankan demi membalas orang yang telah banyak berbudi seperti Doktor Badrul kepada Adam Hazril?Mungkinkah kewujudan Doktor Badrul adalah 'Daddy' yang diharapkan oleh Aliya?Apakah kaitan yang mengikat hati Adam Hazril kepada Aliya walaupun dia pasrah untuk menikahi Irina?
...................................................................................................
Begitu banyak persoalan yang perlu dijawab.Untuk mendapatkan jawapan silalah baca Dedalu di Hati ( New version ). Dapatkan terus dari penulis :)

http://loveLovely.flashwidgetz.com