Saturday, September 20, 2014

Cinta Bukan Larangan @CBL (Sakti Cinta ) by Anita Aruszi



Sebuah lagi karya penulis favourite...CBL adalah new version of Sakti Cinta (SC). Ekslusif online jer dan tak dijual dekat mana-mana kedai buku. Dapatkan terus dari penulis Anita Aruszi.Kalau orang Kuching, Sarawak,tu kalau nak boleh juga dptkan dari saya. Tapi jumlah terhad la..boleh email yer atau inbox kat FB: Anita Sang.

Apalagi... lengkapkan koleksi novel karya penulis kesayangan anda ini.

Wednesday, April 2, 2014

Kahwin Dengan Saya - KDS

Salam untuk yang singgah. Ya, anda semua yang sudi menjenguk. 
Sedar dah 6 bln rasanya tak update apa2 novel. Orang lain sibuk, saya pun tak kurang sibuknya juga. Tapi sesibuk mana pun saya masih lagi baca beberapa buah novel dlm 6 bulan ni hehehee. Macam tetap kena baca juga, at least sebuah novel sebulan.Cuma masa utk berkongsi di sini, jarang sekali ada.
Hari ni nak kongsi sikit KDS yg baru saya habiskan semalam. Huhuu..tak ku sangka, menangis 
( wpun bkn tahap nangis sampai tergolek tapi ada lah 2- 3 kali sapu air mata heehe)jugak bila baca bab- bab terakhir tu.
Oh ya, ni special order dr penulis sebab tu siap dpt 2 keychains yg sgt cute. Terima kasih...

Balik kepada kisah Qara & Haq. Sangat suka dengan watak Haq, ( cuma sayang saya tak dpt nak bayangkan muka Haq tu mcm sapa ) dan sangat simpati dengan watak Qara.Tapi bila difikirkan semula, walaupun dilayan dengan teruk oleh ibu mertua ditambah pula dengan mulut jahat Datin & Datuk + Elma, Qara masih sgt beruntung memiliki suami yg sgt penyayang seperti Haq dan best friends spt Dhia & Akid.Tp yang tak dpt diterima bila Dhia tiba2 berubah sikap terhadap Qara. Rasa tak percaya pun ada, malah bertambah sakit hati apabila Dhia antara penyebab pergolakan rumahtangga Qara & Haq.Rasa nak ketuk jer Dhia masa tu. Nasib baik Aqid sentiasa best heheh

Bagi saya kisah kali ini sangat best.Ya kasih sayang itu tidak akan luak walau dikongsi bersama, malah akan bertambah. Kisah kali ini juga berjaya membuatkan saya menangis bersama. Bukan saja menangis bersama Qara, malah saya turut menangis bersama Haq apabila dia sedar kesilapan yg telah dia lakukan terhadap Qara, apabila dia sedar juga tidak akan ada yg lain dapat mengantikan tempat Qara sebagai isterinya. Ada juga seorang ibu/ mertua yang beperangai seperti Hajah Yasirah yg mudah2 jer terima fitnah terhadap Qara bulat2.Membenci walau tiada sebab kebencian itu perlu wujud.Berprasangka tanpa pernah melihat bukti yang nyata.

Sayang sangat nak habiskan sb mcm tak cukup jer baca kisah Qara & Haq hehee.Tahniah kpd penulis, sebuah karya yang best sgt2 & karya yg mampu mengalirkan air mata pembaca berhati tegar  seperti saya.( Saya jarang menangis baca novel sebab biasanya saya dah tahu ending nya sebelum novel habis dibaca hehehe)

Thursday, September 5, 2013

Memilih...

Salam,
Bila dah semakin lama berjinak-jinak membaca ni, sya rasa sya dah makin memilih novel-novel yg dibaca. Kalau dulu, sapu jer semua. Tapi sekarang sya lebih selesai memilih hasil karya penulis-penulis yg sudah selesa dibaca dan kena dengan jiwa. Kalau tengok dari senari novel-novel koleksi sya, rasanya sudah dapat dikenalpasti siapa penulis-penulis yg hasil penulisan mereka kena dengan jiwa saya. Apa-apa pun, manusia berbeza, citarasa kita tak sama. Apa lagi yg perlu dikata,  teruskan membaca karya yg anda suka...hehhe..
Hana+Hydar+Fawwaz-Penuh dgn pengisian & seolah-olah baca fairytale pun ada.
Nadim & Cika -Sweet and sweet :)
Perlukan hati yg tabah utk menghayati (tp rasanya sya tidak cukup memahami hidup bermadu )
Yg ni macam-macam perasaan ada bila baca.


 Tapi semuanya best-best.
http://loveLovely.flashwidgetz.com

Sunday, May 5, 2013

Pelangi Cinta Buat Suami






Here, another lovely sweetheart from Acik Lana. Mcm biasa suka novel ni, cuma agak geram dgn scene2 yg Tengku Qalif tu hilang ingatan.  Nasib tidak terlalu panjang hehehe..I wish lah part TQ dgn Maira boleh dikperkembangkan lagi utk menunjukkan hubungan mereka sememangnya dah mesra..sikit lg hehhee..

Apa2 pun tetap suka. Suka dgn Nina yg sgt degil mendapatkan cinta Qalif. Beruntungnya Nina mendapat TQ yg begitu banyak cinta,kesetian & kasih sayangnya terhadap seorang isteri. Harap masih banyak lagi lelaki di luar sana yang mencintai & menyayangi isterinya dengan sepenuh hati seperti TQ or even better than him hehhee.Tapi rasanya yg perfect fizikalnya,kaya dan lengkap semua package susah nak jumpa kot...ouchh...(don't be offended) Ada, sebab kita semua mempunyai persepsi yang berbeza berkaitan dgn nilai yang dikatakan 'sempurna' di mata masing2.Apa pun pelihara & jagalah hubungan kita dgn soulmate kita, jgn berangan nak mendapatkan yg lebih sempurna sdg kan yg sudah ada di depan mata sudah dijanjikan utk kita hehehhe

Owhhh...sgt kesian dengan Sauqi yang baik itu. Agak2 nya ada tak kisah Sauqi yg lagi best y Acik Lana akan buat? So sweet and caring, hensem & berjaya lagi tu..mana nak cari hehehe. Nak ending yg lagi best utk Sauqi juga. Itu kata kita sebagai pembaca, tapi kalau penulis menulis kisah meleret-leret hingga ke kisah Sauqi, pembaca pulak komplien mcm2 ye tak? So, kesimpulannya, cukuplah hanya fokus dgn kisah TQ & Nina jer utk PCBS, suka sb tak banyak serabut dgn fokus2 kepada yg lain yg boleh buat pening kepala heheh..sila layan muka Nina yg cute ini sperti gambaran penulis aheheh


Yang belum baca, silakan. Semasa membaca tu gunakan lah akal & hati yang bersih supaya kita berprasangka yg elok2 saja. Ambil yang baik jadikan ikhtibar...adiosss!!

http://loveLovely.flashwidgetz.com

Wednesday, May 1, 2013

Nyanyian Hati & Dandelion Ditiup Angin

Dua buah novel terbitan Jemari Seni yang saya suka....mmg suka dan berbekas di hati walaupun selepas 2-3 hari dah habis baca hehehe...
Yes...yg ni mmg best. Mmg sedih dgn kisah Dini.Dibenci oleh Rifki sedari kecil...bila menginjak dewasa dia difitnah sehingga menyebabkan ibunya terluka. Bertambah sedih lagi Dini tidak berkesempatan memberitahu ibunya hal sebenar sehinggalah ibunya meninggal.Lebih parah, Dini melahirkan bayinya seorang diri tanpa kehadiran seorang suami. Kemudian 10 hari selepas dilahirkan anaknya meninggal dunia. Hati wanita mana yg tidak akan terluka dengan duka yg datang bertimpa.

Dengan sokongan Ibu Rasyidah & Iffa, Dini akhirnya membawa diri ke Ireland dan kembali 10 thn kemudian dgn gelaran doctor. Namun baru saja dia kembali, Dini ditakdirkan bertemu sekali lagi dengan lelaki yang sangat membencinya satu ketika dulu.

Berjayakah Rifki mendapatkan semula hati Dini yg seperti sudah mengeras seperti batu? Mmg lah kesian tengok si Rifki ni, bersungguh dia ingin mendapatkan kemaafan dari Dini dan menempatkan semula Dini disisinya selayaknya seorang isteri. Sampai sanggup kumpul koleksi novel, baju2 dan membina Dini Indah Resort sebagai santapan jiwanya ketika mengenang Dini..

Nak tau perjalanan Rifki & Dini mencapai bahagia, kena baca DDA ni.Mmg best ditambah dengan bahasa yg indah lagi tu hehehe..

Ha,yg ni pun best juga. Ainul Raudhah atau Ain, Danny & Is@Ben@Ken.Mmg kesian dgn Danny, selama bertahun memendam kasih terhadap Ain. Ketika Ain sudah bersedia menyambut huluran kasihnya, Danny menemui ajal. Ain yang kecewa berkongsi rasa dengan Iskandar, sahabat, seorang abang kepada Danny.

Walau ketika hayat Danny, Ain & Is seolah-olah tidak sehaluan, namun Danny sudah menyedari yang Iskandar turut menyukai Ain. Danny percaya Iskandar boleh menjaga Ain sekiranya dia tiada lagi. Seolah-olah sedar yang dia akan pergi utk selamanya, Danny membuatkan Iskandar berjanji yang Iskandar akan menjaga Ain. Dengan janji itulah, Iskandar bertekad melamar Ain.

Setelah Ain mengetahui hal sebenar, adakah Ain dapat menerima alasan pernikahannya dgn Iskandar hanya sekadar menunaikan janji seorang sahabat? Bagaimana pula dengan Iskandar? Huhuuu..baca novel ni memang melankolik sikit la...dgn perwatakan Iskandar, jejaka hot yang menemui belahan jiwanya sebenarnya ada pada kekasih sahabatnya sendiri.

Bagi yang belum layan, jangan lupa dapatkan keduanya..." sesungguhnya dua hati yang ditakdirkan bersama, walau sejauh mana ia dibawa pergi  tetap bertemu di satu titik yang akhirnya akan menyatukan keduanya"



http://loveLovely.flashwidgetz.com

Tuesday, April 30, 2013

The Wedding Breaker



 Hye...tetiba jer nama novel THE WEDDING BREAKER ni begitu melekat di hati. Tetiba mgu tu jugak nak dapatkan,jgn tidak.Thanks for all the positive reviews sehingga saya pun terpikat utk mencuba. Hehhee...sb kdg2 tu yg org ckp best, tak kena pulak kat kita, ye tak? But when I finished reading TWB, fuhhh...worth buying..and worth having. No regrets heheh.

Why I like it?
So many positive values you can get from this novel.Super romantic in many ways hehhee ( well love all the romantic parts after Tengku Adam & Ariana become husband/wife)Tapi mmg sudah suka TA dr mula lagi walaupun ketika itu dia ni mmg kasanova habis,malah dapat title perogol yg romantik lagi. And I like Ariana yg digambarkan sgtlah cantik itu...nak bygkan Ariana tgk pic bawah ni...
Ariana

Kalau yang dah baca tu tau lah kat mana istimewanya novel ini.Mmg mula2 tu saya beranggapan saya akan cepat bosan membaca cerita sebegini tetapi ternyata telahan saya tidak tepat. 

Cerita bermula dgn tindakan Ariana membuat kecoh masa majlis pernikahan Tengku Iskandar & Tengku Juwita tanpa dia ketahui siapa TA itu. Lepas tu bermulalah pencarian TA terhadap perempuan yg sanggup memalukan dia. Lain yg dirancang,lain yg menjadi. Lepas TA merogol Ariana(mgkin kerana sakit hati atau mmg dah terpikat dgn kecantikan Ariana),nama Ariana tidak mahu hilang dr ingatannya sdgkan dia mmg Player tegar. Ariana pula mula mendekatkan diri dgn golongan kurang upaya. Tup2 mrk berdua ditunangkan oleh kedua-dua belah pihak tanpa mrk berdua ketahui pasangan masing. Sampai TA sanggup bergaduh dgn ayahandanya kerana tidak sudi bertunang dgn Rosnah bt Jusoh disebabkan dia sudah bertekad mahukan Ariana.Tapi setelah tahu gerangan tunangannya beberapa hari sblum pernikahan, apa lagi TA,bagi org mengantuk disediakan bantal hehehe.Tapi bagaimana penerimaan Ariana stlh mengetahui lelaki yg dia nikahi adalah lelaki yg sama yg merogolnya. Surprise kan..tak nak ambik tau siapa bakal suami, akhirnya menikahi lelaki yg cuba dihindari. Tapi siapa boleh melawan takdir?

Tapi yg bestnya.TA telah banyak berubah dalam tempoh 3 bln pertunangan mrk walaupun pada masa itu dia belum mengetahui siapa tunangnya. Dari sejahat2 lelaki tp hensem, dia berubah ke arah yg lebih baik menjadikan TA makin hensem dari hari ke hari. Tidak mustahilkan. Nah..bila dia dah berubah ni lah saya mudah jer cair dgn setiap layanannya terhadap Ariana. Takkan lah Ariana tidak cair kot hehehe. 

Ok selebihnya sila baca sendiri ye..bila saya kata best & banyak pengajaran yang boleh diambil, biasanya dari 6 rakan pembaca tegar, 5  akan bersetuju dengan saya. Hehhehee...manakala yg 1 lagi tu mungkin akan berkata " Best tapi...."  maksudnya dia masih bersetuju dlm kadar 50-60%. Tak percaya, cuba baca kat sini www.fairytalesfromevelyn.blogspot.com dulu.Lepas tu bolehlah dapatkan dari bookstore.

Oh ya...walaupun dlm novel ni banyak mix penggunaan English & BMnya, saya tetap suka, tidak menjadi gangguan semasa membaca, tetap enjoy :)





http://loveLovely.flashwidgetz.com

Tuesday, April 9, 2013

Tunggu Update Terbaru

Hi, ya tunggu update terbaru untuk latest novel yg saya ada. Tp buat masa ni belum berkesempatan lagi.Apa2 pun walaupun sentiasa sibuk terkejar sana-sini, sempat lagi membaca Pelangi Cinta Buat Suami oleh ACIK LANA..what to do, can't resist the temptation bila novel Acik dah depan mata.Ok...nanti sya share kan yg terkini.Bye.

Sunday, February 24, 2013

Enjoy PYPAC sambil dengar lg ni ...



" Wajarkah kita insan kerdil menghukum setiap perbuatan serta kekurangan orang lain ?"

Hello, dah selesai membaca PYPAC.Terasa berbaloi menunggu dengan sabar.Karya tidak mengecewakan dan berjaya membuatkan degupan jantung tidak menentu.Sesiapa yang telah membaca di blog penulis sudah pasti ada bayangan sikit2 rupa K-Kin & Bunga.So sweet hehhee.

Terharu sangat melihat kegigihan Karl cuba menambat semula hati Bunga yang pernah dihancurkannya 7 thn yang lampau. Dasar playboy & kasanova terlampau,sampaikan boleh lupa kepada gadis yang pernah dirosakkan.Nasiblah Bunga memang pernah mencintai Karl dari dulu dan rasa cinta itu masih bersisa walau sehebat mana benci yng cuba disemai terhadap Karl Hakimi.Kerja mendapatkan semula Bunga tidaklah mudah kerana disebabkan Karl Bunga dibuang keluarga,disebabkan dia juga Bunga menanggung malu yang bukan sedikit.Malah disebabkan dia,Bunga menjadi seorang Ibu yang bertindak kejam meninggalkan bayinya.Malah kehadiran Elman, tauke emas lebih menyulitkan usaha Karl mendapatkan Bunga.

Namun usaha Karl yg tidak mengenal putus asa & kerana hatinya memang sudah seikhlasnya mencintai Bunga, akhirnya mereka tetap bersatu.Walau dilempang menggunakan selipar Jepun, Karl tetap tersenyum kerana itulah kenangan manis baginya yang tidak pernah mengingati Bunga sepanjang 7 thn dia meninggalkan Bunga mengusung kebencian terhadapnya yg tidak berkesudahan.

Kesimpulannya ,karya Acik Lana memang saya suka.Mungkin ada yang tak suka, semua itu bergantung dengan selera masing-masing. Tidak perlu nak pertikaikan.
Jangan dicari di kedai buku sebab anda memang tidak akan jumpa novel ni.Novel ni dah namanya Limited Edition jadi naskah pun terhad hehehee...
http://loveLovely.flashwidgetz.com

Friday, February 22, 2013

PYPAC Akhirnya Menjadi Milikku






 Heheee...awal2 pg dikejutkan dgn kehadiran PYPAC..ingatkan lama lg nak tunggu.Apa2 pun belum baca lg.Nanti dah siap baca kita story lg ye..Oppss perfume yg sampai sekali pun tumpang sekaki dgn PYPAC uhahahaa..

http://loveLovely.flashwidgetz.com

Tuesday, February 12, 2013

Koleksi2 Terbaru (>_<)

Mencari Kiblat Cinta by Anita Aruszi

Dia Tak Tanya by Aleya Aneesa
Cinta Untuk Di Sewa by Lynn Dayana


http://loveLovely.flashwidgetz.com

Sunday, February 10, 2013

Cinta Untuk Di Sewa -by Lynn Dayana




Hi,
Baru menghabiskan novel ni...mlm ni ambil kesempatan untuk berkongsi.Hehehe..best2 sb dapat juga tandatangan penulis.Nak upload pictures beberapa novel yg terkini, tak sempat nak pegang camera,so ambiklah dr sumber2 yang ada.Nantilah,ada masa saya akan upload pics ori novel milik saya hheheh..

 Kalau tengok tajuk ingatkan novel yang santai sikit, tapi rupanya penuh juga dengan pelbagai emosi.Cover pun cantik kan?Baru perasaan juga kalau Lynn Dayana tulis novel,biasa ada 1st & 2nd hero.Dalam ni pun tambah jd 3 pula hero2 yg lebih kurang sama hebat.Bila baca tu terbayang2 juga muka hero2 yg sesuai,tapi tak dapat gak,kalau Ashraf,nampak sikit muka Fizo Omar (erk..sesuai ke?)

Anis Sofia:
Sedia membantu@ menjadi doktor cinta bagi yang memerlukan.Bahagia bila client yg ditolong bertemu bahagia.Tapi kisah cintanya tidak semanis mana laluannya.Perasaan saya sangat sarat dengan perasaan Anis yang sentiasa dipendam,seksa juga jiwa melihat Anis begitu.Rasa nak jer paksa2 Anis tu lebih bersikap terbuka dengan perasaannya.Tapi tabik juga dgn dia apabila sanggup melamar Ashraf,itupun selapas kecewa menerima kad undangan Kamal.

Iskandar:
Atas nama sahabat,Anis tidak berani meluahkan perasaannya kepada Iskandar.Iskandar pula langsung tidak pernah cuba memahami hati Anis sebagai seorang wanita yang mengharapkan cintanya.Sahabat yg baik bila tidak sibuk dengan teman2 wanitanya.Tetapi bila berteman seolah-olah lupa kawan. Namun Iskandar akhirnya berubah menjadi lebih baik selepas bertemu jodohnya,Persahabatan bersama Anis tetap kekal dan menjadi semakin matang.

Kamarul Bahrin@Kamal:
Baca jer dah boleh jatuh cinta dgn Kamal,apatah lagi bg Anis yg berdepan dengan Kamal hehehe.Anis & Kamal sangat sepadan.Anis ingatkan dia lebih kehadapan dalam amendapatkan maklumat Kamal untuk Maryam.Tetapi rupanya,segala hal tentang dia sudah awal2 lagi Kamal dapatkan.Anis ingatkan dia lebih licik mengekori Kamal tetapi rupanya dia terpaksa menyorok muka bila Kamal terang2 tahu dia diekori oleh Anis.Rasanya part ni sangat lucu.Bila Kamal hantar bunga berpasu-pasu untuk Anis,dalam hati 'aduh romantik juga Kamal yang nampak dingin ni'.Tapi bab yg sakit hati dgn Kamal tu bila dia tuduh Anis sengaja mengaitkan Izrin dengan segala kejadian yg berlaku,rasa nak sepak2 jer muka dia pun ada.Tambah sakit hati juga bila dia hantar kad undangan kepada Anis.Huhuuu...bayangkan perasaan Anis yg memang sedia terluka,bertambah-tambah lagi.Tapi Kamal tidak lah seteruk mana,sejarah hitam yg menyebabkan dia tidak dapat menetapkan hatinya walau dia sayang & mencintai Anis.Rasa bersalah yang menyebabkan dia tidak ada kekuatan untuk memiliki Anis.Rasa kecewa pun ada bila dua hati yang saling mencintai,saling melukai dan akhirnya tidak dapat bersatu. Jadilah Kamal orang yang terlewat untuk mendapatkan cinta Anis.Kesian juga dgn Kamal huhuu...

Ashraf Hadi:
Bekas client Anis yg pada mula nya sangat cerewet sehingga Anis merasakan yg dia tu 'karbon dioksida' baginya hehheehee.Tapi kehadiran Ashraf dalam hidup Anis diatur dengan begitu rapi oleh penulis sehingga saat Anis sibuk memntenteramkan hatinya yang kacau disebabkan Kamal,  kewujudkan Ashraf sedikit demi sedikit menjadi sangat ketara akhirnya.Owhh..dari saat Anis menolongnya juga,hati Ashraf sudah mula terpaut.Aduh...bijak sungguh dia membuatkan kewujudannya dalam hidup Anis disedari oleh Anis walau dia tahu hati Anis sudah ada nama Kamal.(Walau mulu2 tu jatuh hati dengan Kamal, tapi lepas jumpa Ashraf, terus hati beralih-arah,sungguh macam lalang hatiku ini hahhahaa)

Dalam hati pernah berkata, kenapa tidak sekalipun Iskandar menyedari Anis menyukainya lebih dari seorang sahabat? Kenapa dua hati, Kamal & Anis yang ternyata saling menyintai tidak dapat bersatu? Kenapa juga Anis tidak mempertimbangkan hati Ashraf yang nyata sekali mencintai dirinya? Namun semuanya berubah saat Ashraf ditimpa kemalangan di hari yang sepatutnya dia & Anis dinikahkan.Rupanya Dia ada rencana yang lebih indah buat Anis & Ashraf.Walau Kamal datang dan berterus-terang menyatakan isi hatinya,Anis sudah tahu siapa yang hatinya inginkan.Anis sesungguhnya sudah bersedia menyerahkan sepenuh hatinya kepada lelaki itu,tiada lagi ragu, tiada lagi sangsi dengan pilihan hatinya.

Yang lagi best: Semua parents watak2 dalam novel ni best2, semuanya sporting & penyayang.Sangat bahagia & sangat suka baca hubungan kekeluargaan yang begitu hehee.

Rasa sayang nak habiskan, tapi kalau tak habis2 jugak macam mana pulak? Takkan kisah Iskandar,Kamal,Anis & Ashraf tiada penghujung yang bisa membuatkan kita tersenyum? Kalau tak percaya saya cakap 'best' , baca lah sendiri  & nilai.Maaf, bahasa tungang-langang,mata dah berkelip2 menahan mengantuk...Selamat malam :)


http://loveLovely.flashwidgetz.com

Tuesday, February 5, 2013

Mencari Kiblat Cinta by Anita Aruszi

Hello,
Mengambil kesempatan untuk berkongsi rasa tentang novel terkini Anita Aruszi. Khas untuk tatapan yang sudi singgah (ada ke yg singgah? heheh).Entah bila mula mengikuti setiap novel hasil tangan penulis pun saya dah lupa.Namun dari detik dah terpikat dengan karya-karya beliau maka saya tak pernah ketinggalan cuba mendapatkan setiap novel terkini beliau.Memang jarang mengecewakan (mungkin ada satu novel yang kurang berbekas di hati,namun saya tidak serik hehehee)

Ok,berbalik kepada MKC.Komen saya,novel ni memang best dan penuh dengan segala tanda-tanya.Rasanya cerita yang penuh dengan persoalan yang tak terduga jawapan nya mmg sudah sinonim dengan penulis. Itulah yang saya suka.

Danira bagi saya seorang gadis malang yang sangat tabah.Begitu menyayangi adiknya sehingga sanggup berkorban segalanya untuk adiknya, Naufal. Naufal yang berbuat salah tapi kerana kasih,Danira sanggup merengkok di penjara selama 6 tahun atas kesalahan yang tidak dilakukannya.
Apa yang best apabila, baik Danira, Alif@ Naufal dan keluarga Filman tidak menyedari yang antara mereka ada rahsia yang sangat besar, kecuali Tengku Amar yang mengenali Danira, yang dianggap sebagai pembunuh anaknya.

Namun kebencian Tengku Amar kepada  Danira, staus Danira sebagai bekas banduan langsung tidak memudarkan cinta Filman kepada Danira (ehehhee....bestkan Filman ).

Saya tidak ingat, novel apa yang saya dah baca dan boleh menyebabkan saya mengalir air mata. Sebab saya bukan yang jenis mudah untuk mengalirkan air mata.Saya ingatkan saya juga tidak mudah tertewas saat membaca MKC.Rupanya saya silap,memang tidak menangis teresak-esak tetapi saya tetap dapat merasakan kesedihan Danira & keluarga Filman saat Alif@ Naufal meninggal dunia sehingga tanpa disedari berkali-kali saya menyapu air mata yang mengalir (nasib baik baca sorang-sorang dalam bilik hehhee).Memang nyata kasih sayang keluarga Filman terhadap Alif dapat menewaskan kebencian mereka terhadap pembunuh Firdaus, terutamanya Tengku Amar.Ternyata dia tidak dapat membenci Alif walaupun dia sudah mengetahui hakikat bahawa anak yang diselamatkan & disayangi seluruh keluarganya adalah pembunuh sebenar anaknya Firdaus.Cuma saya agak terkilan bila Alif tidak dapat bertemu muka dengan Tengku Amar sebelum dia meninggal.

Tapi bahagian yang lagi best bila, perempuan yang dikenali Danira sebagai jiran & sahabat ibunya selama ini adalah merupakan dalang kepada penderitaan Danira & Naufal yang tak berkesudahan.Memang terbaik cara penulis menyerlahkan  watak Zaharah yang perihati dengan nasib Danira & keluarganya & menyembunyikan watak Zaharah sebagai bekas perempuan simpanan Mr Kay, kawan yang mencemburui Zhalia, pembunuh ibu Danira malah orang yang bertanggungjawab membuatkan Naufal terjebak dengan kumpulan Faruk.Rupanya dia juga yang memberikan idea agar pakcik Danira merampas rumah mereka. Kalau nak dikira semua perkara yang dilakukan Zaharah, memang ikutkan dialah penjahat yang sebenarnya,bukannya Mr Kay.

Bagaimana kesudahan Danira & Filman? Hehhee...mestilah ada bahagia yang menunggu mereka. Tapi tak sangka juga Filman terpaksa menunggu Danira selama 5 tahun lagi kerana Danira ingin menyelesaikan cita-cita Alif yang tidak kesampaian.Honestly, I like Filman, he has all the characters.Happy ending at least hehhehe...

Selepas ini saya menunggu PYPAC pulak hehhee....

http://loveLovely.flashwidgetz.com

Monday, January 14, 2013

Update Latest Novel Yg Dianggap Best Untuk Dibaca :)

Hi,

Tak sempat nak kongsi sinopsis.Cuma nak kongsi beberapa novel yg dah lama dibaca & yg baru diperolehi.Teringin mencuri masa untuk berkongsi ringkasan tetapi belum berpeluang.Tambahan awal2 thn macam ni,sibuk memanjang. So jangan ragu,dan bimbang,kiranya semua yg kat bawah ni best2 belaka. :)



 
Kebetulan yang tidak disengajakan, 2 novel yg di atas tu kisah sahabat menjadi suami isteri.Tetapi percayalah walaupun sama tapi tetap tak serupa. ;) Masing-masing kisah & jalan cerita yg tersendiri.Kalau dah baca Sha & Shah,takkan rugi baca DTT.

Bagi yang mendapatkan kelainan,sedikit lari dari rencah novel cinta tetapi tetap ada diselitkan.Penuh misteri & kdg2 boleh membuatkan bulu roma meremang boleh pilih novel yg ini. 




Oh ya,ada sebuah lagi novel Karya Anita Aruszi yang dah sampai tetapi belum di baca. Mencari Kiblat Cinta :) Dan sedang menanti novel Acik Lana yang limited edition :) sampai ke muka pintu.Jangan dicari di kedai buku, sebab tak akan dijual.Hanya boleh dapatkan secara online saja. Ayuh...


http://loveLovely.flashwidgetz.com

Tuesday, October 2, 2012

KALAU MEMANG HARUS BEGITU BEST!

 Oh..suka sangat dengan novel ACIK LANA yg ketiga ni. Baru menghabiskan bacaan semalam, kena ambik masa jugak utk baca sebab tebal melebihi 1000 ms ditambah pula dengan terpaksa curi2 baca disaat tanggungjawab2 yg lain sudah dilaksanakan. Macam novel yg sebelum ni, saya antara yg dpt signature ACIK LANA yg cute itu untuk novel ni..hehhee..suka tu.

Saya suka membandingkan novel2 karya penulis yg sama. Sebab bagi saya tidak adil untuk saya membandingkan hasil karya penulis yg berlainan sebab sudah tentu masing2 mempunyai cara, gaya dan identiti yg tersendiri dalam berkarya.So, sesiapa yg suka hasil karya ACIK LANA, dapatkan lah karya beliau dan siapa yg lagi suka dengan cara penulisan begini, bukan begitu,carilah penulis itu..

Berbalik kepada novel KMHB ni memang saya lebih suka kalau nak banding dengan MJATS dan juga ABM...suka last part dimana konflik melanda rumahtangga Adara. Bukanlah bermakna suka kalau betul2 terjadi begitu dalam rumahtangga tetapi part itulah segala rasa itu berkumpul-kumpul, geram, marah, benci, sedih dan kesian pun ada.Huhuu...masih terasa dada yg terasa sesak membaca bab2 terakhir itu.
Membaca bab2 awal, perasaan saya masih biasa2 saja. Mungkin sedikit terpersona dengan watak Putra yg begitu romantis tu hehehe..ada ke lelaki sebegitu?Ad kot di luar sana....

Geram juga dengan Adara ni, dan rasa ok jugalah kalau Putra sengaja menyakiti hati Adara sebegitu.Tapi yg tak bestnya kenapalah Putra sanggup berpeleseran & disentuh oleh Melisa sesukati (sesuka hati) kalau ye pun nak membalas sakit hati dengan Adara. Huhuhuu...itulah kalau suami & isteri sama2 cepat melatah tambah pula dengan usia Adara yg masih muda, singkat saja pemikirannya sehingga sanggup menggugurkan kandungannya demi menyelamatkan Atuknya. Mana Putra tak sakit hati huhu...padan muka.Tak suka part Adara cuba menggugurkan kandungannya dengan sengaja..memang tak patut. Akhirnya..kandungan yg tak diingini pada mulanya memang betul2 hilang walaupun bukan Adara sengajakan. Sudah biasa juga saya dengar dalam kehidupan sebenar, kandungan yg tidak diingini dan diusahakan pelbagai cara untuk digugurkan, ada baby yg tidak sempat mejenguk dunia dan ada juga ibu yg tidak dapat mengandung semula. Nasib baik lah Adara tu masih berpeluang menjadi ibu selepas keguguran kali pertama dan bersyukurlah dia ada suami yg penyayang seperti Putra..hehehe

Kalau nak cakap pasal watak, saya lebih suka watak Putra. Rasanya watak Putra ada semua, baik,berhati dingin, pemarah, kasanova, romantik, penyayang, kuat cemburu dan melindungi..kepelbagaian watak & emosi Putra betul2 well-developed.Cuma lebih menarik kalau perasaan dia semasa bersama Melisa tu diserlahkan sedikit oleh Penulis. Putra suka dipegang sana-sini oleh Melisa or kerana terpaksa sebab macam melampau pulak bila dia saggup mandi bersama, dgn Melisa memakai bikini...ehehe...geli jugak nak bayangkan hahhahaa. Gedik betul lah Melisa ni. Sebut pasal Melisa, pengakhiran nya, watak Melisa tidak diceritakan dengan lebih banyak apabila Putra kembali bersama Adara.Ialah, Melisa tu watak sampingan je hehhehe...

Secara keseluruhannya...novel ni memang best..baca bagi yg belum baca. Salam.


http://loveLovely.flashwidgetz.com

Monday, September 24, 2012

Terkini..

Salam,
Bersawang, itulah yang terlintas di fikiran bila menjenguk halaman ini. Kesempatan sentiasa tertutup untuk update apa2 je selama 2 bulan ini. Kalau nak kata sibuk,nanti ada pulak org kata kerja macam saya ni sentiasa ada masa terluang.
Last week menerima batch yang terakhir untuk Baucer Lomba Baca 2011. Tersenyum tengok bungkusan JS atas meja. Nah..inilah dia novel2 terbaru dari Jemari Seni yang saya miliki.
Lazuardi - Nasz


 Sudah lama menanti buah tangan terkini dari Nasz. Memang Lazuardi yang saya habiskan dulu. Komen: Bagi peminat hasil karya Nasz, what else can I say? Memang best! dengan jalan penceritaan yang tersendiri. Kalau tanya suka watak siapa dalam novel ni, of course suka SHARK.Lagipun sekarang ni memang ramai kaum perempuan yang kawin dengan lelaki lebih muda.So tidak lah janggal kalau Shark yang muda tu boleh jatuh cinta dengan ANAZ yang lebih tua.
Tapi yang tak boleh tahan adalah watak AIN.Huhuuu...memang menyesakkan minda betul, sakit hati pun ye..tapi since dah anggap AIN ni psiko, terima saja lah segala plan yang gempak2 dia buat untuk ANAZ.Nasib ada SHARK yang bijak & perihatin tu. :)
So, yang belum baca, silalah dapatkan. Kalau tanya antara suka SHARK ke JOE JAMBUL? Erkk...JOE masih pilihan lah lalalaaa...
Kalau Jodoh Tak Kemana -Naurah Iman
Sudah habis baca gak. Yang ni pun best, jalan cerita yang fresh sebab belum ada lagi novel yang saya pernah baca, watak heroinnya kerja macam SARA, kerja jadi penternak lembu & kambing.memang hebat hehehe..tapi apa2 pun SARA best. Kalau suka tu, biar dia saja yang masuk meminang. Suka dengan cara dia tunjukkan kasih sayang kepada suaminya walaupun dia terpaksa menebalkan muka sendiri untuk memikat hati suami. Ameer pulak? Alahai...masih ada hati jual mahal dengan Sara walaupun dah 6 kali putus tunang. Part yang macam nak sakit hati tu apabila dia boleh pulak berhubung semula dengan kekasih hati yang pertama selepas dia berkahwin dengan SARA. Dugaan sungguh..apa2 pun kalau dah jodoh tu, tak ke mana hilangnya.Tersesat seketika, tetap kembali..

Jangan Lupa Namaku - Hananee Amir
Yang ni belum baca lagi. Simpan dulu sebab masih ada benda yang perlu dilangsaikan dengan segera. Bersabarlah... :)

Moga bagi yang belum memiliki mana2 novel ni, sedikit komen saya tu boleh membantu. Selamat membaca...

http://loveLovely.flashwidgetz.com

Saturday, July 14, 2012

CITY HUNTER

Lee Min Ho & Park Min Young dlm salah satu scene dlm City Hunter
So the sweet :)
Masih handsome ( dlm apa jua keadaan pun)



 Layan kejap City Hunter semenjak tak berkesempatan membaca novel terbaru hehe.Orang dah lama dah tengok City Hunter tapi I baru berkesempatan tengok ( agak ketinggalan). Tapi tak apa, apa yang I nak katakan, drama ni BESTTT...peminat2 drama Korea mesti setuju.

Kalau dulu, tak lah minat Lee Min Ho ni tapi seiring dengan kematangan usia dia, makin HANDSOME pulak hehehe..bila makin HANDSOME tu, tetiba makin minat. Rasanya I cuma berpeluang menonton 3 drama lakonan dia ni.Lepas ni tunggu drama dia yang terbaru lak..ikut info, cerita ni tentang percintaan Warrior zaman dulu dengan doctor cantik dari zaman sekarang..:)

Park Min Young pulak memang minat semenjak tengok dia dlm Sungkunyang-Scandal...CANTIKKK kan?Memang padan lah mereka berdua ni dalam City Hunter.

Rasanya akan ulang tonton lagi lepas ni walaupun episod agak panjang. Yang penting citernya BESTTT...jom layan bagi yang belum. Rasanya kalau box set dia ada yang nak hadiahkan, bahagianya hehheeee...

Nak share gak sikit photos untuk drama FAITH yang akan datang ni..LAYAN ....

Letak sikit jer photos...nak lebih search lagi  ye hehhe
 

Ni dia Lee Min Ho dlm latest* dramanya Faith (masih tetap HANDSOME )
  
Hero & Heroin Faith


Heroin Faith - Kim Hee-Seon ( serasi tak lakonan mereka berdua ni,sama2 kita nantikan)




http://loveLovely.flashwidgetz.com

Monday, May 28, 2012

Terbaru..

Seadanya Kamu
Mr Right Buat Ann
Nah Untuk Awak    
Hello,
Terima kasih kepada Jemari Seni. Ni kira batch yang kedua novel-novel  guna boucer hari tu.Suka sangat and thanks again JS.Dapat 3 tapi baru baca dua :)

Mr Right Buat Ann
Mula-mula baca tu agak geram jugalah dengan watak Hanif yang tidak pernah mengambil kira perasaan Ann sedangkan Ann sudah lama menunggu Hanif melamar dirinya.Usia pun sudah menginjak ke angka 3.Suka sangat bila Ann mengambil tindakan dengan cara tidak mengendahkan Hanif dan cuba melupakan Hanif, padan muka Hanif. Ingat Ann tu hanya tempat dia berkongsi rasa sekiranya jiwanya berserabut ataupun teman ketawa tika dia memerlukan penenang jiwa?Tapi Arman Faiz best walaupun macam tidak puas mengenali Arman Faiz melalui perkongsian penulis. Rasa macam tak cukup jer...Tapi Tuan Haji Kamil boleh pulak saya cukup kenali hehhe. Lalu siapa Mr Right Ann?

Nah Untuk Awak
Saya suka membaca novel ni macam saya suka baca A.K Ikhlas oleh penulis.Najiha gadis yang dilihat cukup sempurna pada pandangan mata tetapi tidak pernah lari dari dugaan demi dugaan.
1. Teman lelaki yang telah dikenali selama bertahun bertunang dengan 'best friend' Najiha sendiri. Siapa yang tidak kecewa dan merana.
2. Fahri muncul menawarkan cinta untuk mengubat duka Najiha.
3. Disaat hati sedang mula melupakan pengkhianatan Ilham & Dian, Babah tercinta pula meninggalkan dia pergi sebatang kara tetapi sempat berpesan agar Eid boleh menjaga Najiha selepas ketiadaannya. Eid yang tidak pernah tidak berlawan kata dengan Najiha sekiranya bertemu muka.
4. Disaat sedikit kasih sudah mula tertumpah kepada Eid,ada pula salah faham yang melanda hubungan mereka.

Tapi part paling best apabila Fahri terkantoi dengan Najiha. Padan muka dia,suka-suka jer menabur kata bermanis muka sedangkan ada agenda yang lebih penting disebalik usaha dia beria memenangi hati Najiha.Hahahaa....

Sesungguhnya apa yang berlaku dalam hidup Najiha telah berjaya menjadikan dia seorang yang ingin dan berusaha berubah ke arah menjadi yang lebih baik dari sebelumnya.

Tapi rasanya saya belum puas mengenali watak Eid.Mamat yang sentiasa berjaya mehapuskan kadar kesabaran seorang Najiha.

Ok..buat yang belum mendapatkan novel ni boleh dapatkan terus dari Jemari Seni. Free lagi shipping kalau beli 2 buah atau lebih novel umum...untuk Seadanya Kamu..lepas baca kalau sempat saya akan kongsikan. .
http://loveLovely.flashwidgetz.com

Wednesday, May 9, 2012

Takdir Itu Milik Aku

Penulis: Siti Rosmizah
Halaman:1055

Terlebih pulak hari ni, sampai buat 3 review sekaligus.Banyak dah baca seminggu yang lepas, hampir 7 buah novel berjaya dihabiskan. So nak kongsi 3 ni pun makan masa jugak.
Novel SR kali ni memang masih panas sangat2, kalau kek, memang macam kek yang baru keluar dari oven, terus saya dapatkan kerana SEMUA novel beliau sebelum ini saya suka sangat dan ada dalam koleksi.
Tapi kalau dibandingkan dengan novel2 beliau yang best-best sebelum ini, novel Takdir Itu Milik Aku tidak berapa kena dengan jiwa saya. Itu saya....bukan pembaca-pembaca lain di luar sana yang mempunyai pandangan yang berbeza. Kenapa ya saya kurang serasi dengan novel ini?

i) Sangat terseksa membaca bab-bab Dian yang lurus itu didera oleh Zarif Adha & Datin Munirah.Ini kerana hampir separuh dari novel tersebut menceritakan segala penderitaan, umpat keji dan caci maki yang lebih dari 'kaw-kaw' untuk Dian. Malah sangat melampau kalau diikutkan waras akal manusia.Malah diulang berkali-kali segala kata keji, sampai dah tak sanggup baca....Belum lagi segala perlakuan jahat Zarif & Datin Munirah yang tak tercapai dek akal tu...rasa semput baca.
 
ii) Oh Dian...ada juga insan seperti Dian yang sangat lurus walau sudah berusia 18 tahun.Betapa naifnya Dian dibandingkan dengan remaja zaman sekarang.Semuanya nampak suci dimatanya, tapi sekali berubah, sangat drastik sehingga hatinya menjadi begitu keras memberi kemaafan kepada suamiya.
 
Rasanya itu sajalah yang menyebabkan saya tidak begitu serasi dengan TIMA. Namun saya tetap tidak akan serik untuk mendapatkan karya SR pada masa akan datang. Bagi yang nak baca, bersiap sedialah dengan hati yang tabah...Salam :)



http://loveLovely.flashwidgetz.com

Dia Segalanya...

Penulis: Sha Ibrahim ( Kaki Novel)
Halaman: 1112
 
Sekali lagi saya ingin berkongsi novel kedua Sha Ibrahim.Kalau nak membandingkan novel, saya lebih suka membandingkan novel di antara novel2 penulis itu sendiri. Saya lebih suka Dia Segalanya jika dibandingkan dengan novel Sha Ibrahim yang terdahulu iaitu Biarkan Ia Berlalu.
Masih lagi mengekalkan konsep konflik yang berterusan antara watak. Tetapi kali ini antara adik-beradik angkat. Faizul & Suraya. Ada Faizal kembar Faizul tetapi hubungan Faizul & Suraya memang macam adik beradik sebenar bukan seprti Faizul yang tidak pernah menganggap Suraya adiknya.
 
Kalau nak tau siapa baik,siapa jahat, memang sah2 Faizul tu berkali ganda jahatnya dibandingkan dengan Faizal..Memandangkan novel ini agak tebal, maka dengan rasa tidak bersalahnya saya telah mencuri tengok helaian akhir. Nah....sudah semestinya saya telah membunuh elemen suspen yang septutnya saya rasai apabila hampir ke bab-bab terakhir.Huhuu...menyesal pun ada. So bagi yang belum baca novel ni, jangan sekali-kali membaca bahagian akhir. Rasa sedih yang sememangnya saya patut rasai pun jadi tak sedih. Walaupun begitu saya masih boleh merasai kesedihan Faizul ketika mengetahui Suraya mengidap lukemia.Kalau yang tak tau ending sure akan menangis-nangis tu. Tapi janganlah percaya dengan apa yang saya tulis ni hahaha...kerana saya percaya setiap orang berbeza citarasanya...tetapi bagi saya novel ini merupakan koleksi yang saya anggap best hehhee.

 



http://loveLovely.flashwidgetz.com

Cinta Perisa Dia


Penulis: Lynn Dayana
Halaman: 480
 

Salam, novel ketiga penulis yang saya dah baca. Ketiga-tiganya pun best.Saya suka novel ini hehhee...walaupun mungkin kita macam tengok 'The Bachelor' kat tv atau menonton  program realiti kat tv. Sebabnya watak hero dalam novel ni seorang penyanyi yang hot, hensem dan belum lagi menemui 'the other half' walaupun kalau ikut umur Hadif Imran memang sudah layak untuk berkahwin.Sehinggalah bonda tercinta membuat program realiti 'mencari menantu' untuk Hadif Imaran. Tak kisahlah kalau cara bondanya Hadif  mencari menantu sampai kena masuk tv tapi cara penulis sampaikan memang menarik.Tak bosan membaca kerana kita akan dikejutkan dengan sesuatu yang sentiasa diluar jangkaan kita.Tambah ada Ayumi yang penuh rahsia dan unsur suspen ketika Ayumi dicolek.Memang sengaja saya tidak mencuri 'tengok' bahagian helaian akhir novel ni..hahah, tahniah untuk diri sendiri.
Eh...siapa yang menjadi juara program mencari menantu bonda? Yang pasti bukan Ayumi yang menjadi juara kerana seawalnya dia memang tidak berniat mengikuti program tersebut. Semuanya gara-gara sahabatnya Mala.Namun adakah cinta perisa 'Intan Zarifah' yang menang program 'Mencari Menantu' yang dicari oleh Hadif Imran sedangkan semua peminat diluar sana memberikan pandangan yang positif  kalau Intan yang menjadi piihan.Tidak mungkin Ayumi yang terang-terangan menolak Hadif. Semuanya terjawab dalam Cinta Perisa Dia.
Bagi saya novel ini sebuah novel yang fresh dan santai dibaca tetapi tidak mengabaikan perasaan tertanya-tanya pembaca. Tahniah!