Monday, April 23, 2012

Maaf....


Aduh...hampir sebulan saya biarkan sepi..rasa bersalah pulak. Bersalah pada diri sendiri. Sebulan ni kesibukan berganda dengan pertandingan Drama BI. Lega bila semuanya dah selesai. Maka 4 hari yang lepas saya lepaskan geram dengan membaca dua novel yang terkini ada dalam koleksi hehheee...Macam dah ketagih pulak. Sebenarnya ada beberapa buah yang sudah dibaca tetapi saya tidak berkesempatan berkongsi dengan semua.Maaf ...Harap-harap selepas ini sekurang-kurangnya saya dapat berkongsi 1 novel sebulan dengan anda diluar sana yang mengikuti blog saya ini.. (itupun kalau ada hehehe )

Oh ya..ada teman yang mengesyorkan saya mencuba menghasilkan sendiri cerita. Hahaaaa...memang ada ketikanya ada saja cerita merapu yang berlegar-legar di minda saya.Itu ketika saya tidak dilanda kesibukan yang melampau. Bila sibuk sikit jer..hilang terus.Nampaknya setakat ini saya memang tidak ada bakat menjadi penulis...biarlah saya hanya membaca hasil penulis-penulis yang berlambak di negara kita.Bahasa pun tunggang-langang.

Bagi saya, membaca adalah satu bentuk riadah bagi fizikal yang keletihan dan terapi yang berkesan bagi minda yang bercelaru...

Ok...esok-esok saya berkongsi salah satu dari novel yang telah saya baca. Salam...