Thursday, October 27, 2011

AS: Cabaran 50 Buku (52) Ikhlas, A.K!



http://loveLovely.flash
Tajuk: Ikhlas, A.K!
Penulis: Nirrosette
Penerbit: Jemari Seni (Ogos 2011)
528 Mukasurat
Harga: RM21(SM)/RM24(SS)

Ingin sekali saya kongsikan sebuah lagi novel terbitan Jemari Seni, Ikhlas, A.K! yang begitu kuat rasanya bertaut di hati.Sebuah novel yang sangat ‘sweet’, penuh pengisian dan semestinya ada pengajaran yang berguna sebagai panduan.

Entah siapa yang saya lebih suka, saya pun tidak pasti namun kedua-dua watak, Adam Khalis dan Nur Kaseh Kaisara mempunyai kekuatan masing-masing. Mungkin juga saya lebih terkesan dengan watak Adam yang stok budak baik-baik, alim dan sangat ‘sweet’ dalam caranya menyayangi Kaseh. Hati sudah bergetar semenjak tahun pertama memandang Kaseh walaupun ketika itu Kaseh langsung tidak mengenali Adam dan ketika Kaseh sedang bertukar ganti teman lelaki.

Memang kalau dibandingkan Kaseh dan Adam sangat jauh bezanya bagai langit dan bumi baik dari segi cara hidup dan kegemaran masing-masing. Kaseh ‘playgirl of the century’ yang sudah mempunyai koleksi seramai 33 orang teman lelaki sehingga umurnya yang terkini iaitu 20 tahun.Kaseh yang lebih banyak habiskan masanya pergi clubbing,Kaseh yang mempunyai stok segala jenis minuman keras di dalam biliknya,Kaseh yang sentiasa memakai pakaian yang tidak pernah cukup kain.Namun Kaseh yang itu juga begitu menyayangi satu-satunya adiknya, tidak pernah berlagak sombong walaupun ayahnya bergelar jutawan dan mempunyai kecantikan yang boleh dianggap sempurna bagi seorang lelaki. Kaseh itu juga yang begitu tekad untuk melamar Adam Khalis menjadi kekasihnya yang ke-34. 

Mengapa Kaseh yang serba-serbi tidak sempurna dari segi cara hidupnya, Adam sanggup terima untuk dijadikan ‘kawan’? Sedangkan selama ini Adam langsung tidak pernah rapat dengan mana-mana gadis. Adam begitu menjaga jaraknya dengan seorang yang bernama perempuan.
Sememangnya saya mudah bersimpati dengan Kaseh yang begitu jahil dalam soal agama.Hidup mereka berdua beradik hanya disogokkan dengan wang ringgit. Tiada kasih sayang daripada ayah dan ibunya yang sibuk mengejar harta dunia.

Mampukah Adam berjalan beriringan dengan Kaseh yang tidak pernah mengenal erti solat itu? Sejauh mana sayangnya Adam kepada Kaseh dan sejauh mana Kaseh sanggup mengikut segala syarat yang diletakkan Adam sebelum mereka betul-betul menamakan hubungan mereka dari ‘kawan’ kepada ‘kekasih’.Perlukah? Sedangkan gelaran ‘kekasih’ tidak menghalalkan hubungan antara mereka selagi tiada ikatan yang sah.Semudah ‘saya- suka- awak’ dan ‘awak-suka-saya’…and we live happily ever after-aman bahagia untuk selamanya..hubungan Adam dan Kaseh? Ikhlaskah mereka?
widgetz.com

Saturday, October 22, 2011

AS: Cabaran 50 Buku (51) Jauh Dari Cinta

Tajuk: Jauh Dari Cinta
Penulis: Adah Hamidah
Penerbit: Karya Seni : (Cetakan Ke-3 Nov 2011)
636 Mukasurat
Harga: RM21(SM)/RM24 (SS)

Karya Adah Hamidah yang kedua saya baca.Tidak dinafikan penulis berjaya menawan saya dengan gaya bahasanya yang indah teratur sekali lagi. Mungkin apa yang kurang bagi saya adalah apabila sudut pandang ‘aku’ digunakan. Kurangnya sebab saya sukar untuk menembusi perasaan watak-watak yang lain. Semuanya harus melalui watak Nysa Sakinah.Namun dalam Jauh Dari Cinta sudut pandangan ‘aku’ memang tepat sebab hampir keseluruhan tumpuan penceritaan adalah kepada watak Nysa Sakinah.Malah jauh dari cinta juga sebuah novel yang sarat dengan emosi dan berjaya membuatkan kita resah selagi kita tidak tahu penghujungnya.

Dalam saya dibawa menghayati setiap rasa dan kata hati Nysa, tetap wujud perasaan geram dan marah terhadap Nysa Sakinah. Dia seolah-olah buta hati kerana berterusan ingin memberi bahagia kepada Farish Aqil, suaminya yang sah dengan cara cuba menyatukan Aqil dengan Lily, cinta pertama Aqil.Dia seolah-olah telah menyerah kalah dengan menganggap memang bukan jodohnya dengan Aqil maka dia seharusnya mengembalikan Aqil kepada Lily.Adakah hal seperti itu terjadi?Menyerahkan hati seorang suami kepada orang lain seperti menyerahkan sesuatu barang.Tidakkah dia ingin menyelami hati dan segala tindak tanduk suaminya untuk mencari sinar cinta yang mungkin ada dari suami buat dirinya? 

Nysa ingin memberi bahagia kepada Aqil yang dianggap hanya akan bahagia dengan Lily, namun dia tahu hatinya tidak pernah ikhlas kerana sesungguhnya Aqil adalah cinta pertamanya dan nama Aqil tetap kekal dihatinya walaupun Aqil pernah berkata ‘biarlah Nysa kekal sebagai adiknya sampai bila-bila’. Cintanya kepada Aqil akan tetap kekal sampai bila-bila walaupun hatinya terluka berkali-kali disebabkan Aqil. Tetapi benarkah hatinya terluka disebabkan Aqil atau Nysa sendiri yang secara tidak sengaja telah melukakan hatinya sendiri dan mungkin juga hati Aqil? Mungkin juga hatinya terluka kerana dia tidak pernah memberi ruang kepada dirinya untuk menyelami perasaan Aqil. Mungkin juga dia terus-terusan terluka disebabkan sikap suka berprasangka, degil dan hanya menurut kata hatinya tanpa mengambil kira hati dan perasaan orang lain.Begitukah cara Nysa menunjukkan rasa cintanya kepada Aqil dengan memberi bahagia kepada Aqil? Nysa memang tidak pernah nampak cinta Aqil kerana dia sibuk melayan lara hatinya.

Kalau begitulah cara Nysa mencintai Aqil memang dia sentiasa jauh dari cinta dan mungkin juga bahagia sukar untuk kunjung tiba. Padan muka. Itulah yang keluar dari hati ketika dia beria menyuruh Aqil menghalang Lily pergi dan Aqil bersetuju untuk menikahi Lily kerana memang itu kehendak Nysa dengan syarat Nysa sendiri yang akan menguruskan pernikahan Aqil dan Lily. Mampukah Nysa melalui semua itu? Mampukah dia menjadi orang ketiga antara Aqil dan Lily? Sanggupkah dia memandang kemesraan antara Aqil dan Lily?Semua jawapan ada dalam Jauh Dari Cinta.

“ Cinta tidak semestinya mencipta bahagia,tapi bahagia sentiasa dapat mencipta cinta”(JDC)


http://loveLovely.flashwidgetz.com

Saturday, October 15, 2011

Koleksi Jemari Seni

Sebahagian dari koleksi novel Jemari Seni yang dimiliki. Baru saja berjinak-jinak dengan novel setahun yang lalu.Tapi walaupun koleksi JS bannyak ni jer..tapi dah baca lebih separuh dari novel-novel JS kerana jasa seorang teman yang sentiasa berkongsi membaca novel-novel miliknya. Thanks Mimah Zakaria :)


http://loveLovely.flashwidgetz.com

Friday, October 7, 2011

AS: Cabaran 50 Buku (50) Aku Bukan Mistress



Tajuk: Aku Bukan Mistress
Penulis: Acik Lana
Penerbit: Kaki Novel ( September 2011)
671 Mukasurat
Harga:  RM 22(SM)/ RM25(SS)

Novel pertama penulis , Acik Lana, saya rasakan begitu sempurna dan ada segala elemen yang dicari dalam sebuah novel. Bahasanya sederhana tetapi tetap serasi di jiwa.Peceritaan dan pengolahan yang matang dan menyenangkan.Mungkin juga ini adalah kali pertama bagi saya membaca kisah sebegini.Namun yang pasti kisah ini kisah yang menarik bagi saya.( Namun mungkin kurang sesuai dibaca pembaca bawah umur)

Kisah Aku Bukan Mistress mungkin kisah yang biasa berlaku di luar sana.Kisah yang masih berlaku dalam masyarakat kita.Kisah yang sering dipandang hina oleh masyarakat tetapi berapa kerat yang ambil peduli sebab disebalik lahirnya seorang ‘Mistress’ di dalam hidup seorang lelaki. Saya percaya bukan semua yang menjadi ‘Mistress’ adalah kehendak secara rela hati seorang wanita, mungkin keadaan yang memaksa dan mungkin juga kerana tiada siapa yang rela membantu.

Tapi bagi saya Mya Arlissa merupakan seorang GRO yang bernasib baik bertemu dengan Mikail yang ibarat seorang hero dalam hidupnya.Walaupun niat awal Mikail tidak ada bezanya dengan niat lelaki-lelaki lain yang hanya rakus untuk memuaskan nafsu mereka tetapi Mikail tidak rela berkongsi Mya dengan sesiapa.Oleh itu dia lebih rela ‘membeli’ Mya dengan harga RM50,000 daripada ‘bapak ayam’ yang memenjarakan hidup Mya. Selama dua tahun hidup Mya dan Mikail bergelombang dosa. Selama dua tahun juga Mya menjadi ‘Mistress’ Mikail. Sesungguhnya Mya tidak mampun untuk berbuat apa.Kakinya terikat dalam hidup Mikail.

Bagi saya Mikail bukanlah lelaki yang jahat, panas baran dan tidak berperasaan. Bagi saya, Mikail sememangnya seorang hero yang boleh saja membuatkan saya jatuh cinta. Ketepikan cara hidupnya yang berkesedudukan dengan Mya kerana bagi saya mungkin juga kekecewaan yang lalu membuatkan Mikail tersasar cara hidupnya. Bagi saya dia adalah pencinta yang setia, walau sikap panas barannya selalu tersasar bila hal-hal yang berkaitan dengan Mya. Akhirnya dia sedar hidupnya tidak bernyawa tanpa Mya. Jiwanya sasau sekiranya Mya tidak berada di depan mata. Hatinya bertambah rusuh apabila Mya ingin menoktahkan perhubungan mereka yang penuh dosa. Bagaimana Mikail biasa mengikat Mya agar tidak menjauh darinya?Untuk berterus-terang tentang hatinya yang sebenar, dia bimbang andai Mya terus menjauh kerana dia yang mula-mula menetapkan syarat bahawa tidak boleh ada perhubungan perasaan antara mereka. Lalu bagaimana Mikail bisa memiliki Mya hanya untuk dirinya?

Bagi Mya, walau sedar hidupnya penuh dosa, walau tahu gelaran ‘mistress’ begitu hina, namun hidup dengan Mikail lebih baik dari berterusan terpaksa memuaskan nafsu lelaki-lelaki yang berlainan. Biar dia berlindung di bawah sayap Mikail sehingga keadaan mengizinkan untuk dia meninggalkan segala dosa. Sesungguhnya trauma yang pernah dia lalui di kampung lebih melukakan hatinya. Dibuang saudara kerana difitnah.Juga kehilangan nenek tersayang. Siapa lagi kalau bukan Mikail yang bisa melindunginya? Saat kaki ingin melangkah pergi meninggalkan Mikail, kenapa hatinya seolah sudah terikat mati ? Namun dia tidak berani menganyam impian indah bersama Mikail kerana dia sedar menganyam impian tidak sama dengan realiti yang sedang menanti. Kehadiran Suzanne, Datin Adiba, Shamil dan Adam tidak mungkin memudahkan perjalanan hidupnya dan Mikail.Lalu bagaimana?
http://loveLovely.flashwidgetz.com

AS: Cabaran 50 Buku (49) Lagu Cinta Buatmu





Tajuk : Lagu Cinta Buatmu
Penulis:Qaseh Qaisara
Penerbit: Fajar Pakeer ( Cetakan 5 -2011)
490 Mukasurat
Harga: RM19.90 (SM)/ RM22.90 (SS)

Lagu Cinta Buatmu, karya pertama penulis yang saya baca. Tidak mahu membuat sebarang kesimpulan sebelum memulakan bacaan. Akhirnya saya berjaya menghabiskan bacaan dalam setengah hari. Novel  ini mungkin bukan yang terbaik tetapi bagi saya sangat menarik untuk dihabiskan dan cukup santai serta menghiburkan. Tidak perlu memeningkan kepala dan merusuhkan jiwa tika membaca, cukuplah kita hanya menghayati telatah Anis dan Daniel.

Biasa dengan perkahwinan paksa atau terpaksa? Mungkin ada juga yang telah muak dengan jalan cerita sebegini. Namun saya percaya setiap penulis yang cuba membaca persoalan ini mempunyai cara yang tersendiri untuk menampilkan kelainan untuk isu yang sama. Begitu juga dalam Lagu Cinta Buatmu, penulis telah berjaya menambat hati saya dengan kisah Anis dan Daniel.

Anis ibarat menjadi ‘pak sanggup’ apabila terpaksa berkahwin dengan Daniel yang langsung tidak pernah dikenalinya demi menyelamatkan maruah keluarga sahabat ibu tirinya. Perangai bak langit dan bumi. Anis seorang yang periang dan kecoh sementara Daniel seorang yang sangat susah diurus, pendiam dan kepala angin. Walau bertunang dengan Nadia tetapi Daniel tidak pernah menyintai Nadia, lalu ketika akad sudah dilafaz, sayang kepada Anis turut berputik. Namun bagaimana untuk dia luahkan sedangkan dirinya bagi kehilangan kata-kata untuk memulakan perkenalan dengan isteri yang baru dinikahinya?

Memang Anis dan Daniel seperti orang bisu dalam 2 minggu pertama perkahwinan mereka. Namun selepas satu kejadian barulah perhubungan mereka bermula sebagai sahabat. Namun kuasa cinta terhadap seseorang tidak mustahil boleh mengubah seseorang itu menjadi seorang yang lebih baik dan disenangi.Kalau sebelum berkahwin, Daniel bukanlah lelaki yang pandai mengambil hati orang lain, pendiam dan cepat melenting. Tetapi selepas mengenali Anis, dia telah berubah menjadi Daniel yang baru, yang begitu perihatin, memahami, penyayang dan romantik. Daniel yang baru itu membuatkan Nadia lebih bertekad untuk mendapatkan Daniel semula.Adakah Anis hanya berpeluk tubuh membiarkan Daniel yang dia sayang diambil orang lain? Walaupun Anis sanggup, mampukah Daniel menerima Nadia?

Saya suka petikan ini:
“ Anis boleh merajuk.Anis boleh marahkan Daniel. Atau apa-apa saja yang membuatkan Anis tidak senang hati, tetapi bukan kerana Nadia. Daniel tahu dalam rumah tangga tak selalunya begini. Pastinya sekali-sekala kita akan bergaduh juga.Tapi yang paling penting, rumah tangga kita tetap kukuh. Apa pun masalah, kita cuba atasi sebaik mungkin…”

http://loveLovely.flashwidgetz.com

Saturday, October 1, 2011

AS; Cabaran 50 Buku (48) Kuseru Rindu Itu





Tajuk: Kuseru Rindu Itu
Penulis: Hanni Ramsul
Penerbit: Kaki Novel (September 2011)
729 Mukasurat
Harga: RM26(SM)/RM29 (SS)

Membaca sebuah lagi karya penulis Hanni Ramsul yang sentiasa ditunggu-tunggu. Membaca novel ini menuntut ketahanan emosi yang bukan sedikit. Hampir saya tewas dengan air mata, malah sehingga terbawa ke mimpi.Betapa membaca novel Kuseru Rindu Itu sememangnya berjaya mempermainkan emosi saya yang biasanya tidak mudah terganggu.( Malah teman-teman yang sudah membaca begitu beremosi meluah rasa sakit hati dengan sikap Hisyam )Sesungguhnya penulis berjaya menyentuh hati pembaca dengan pelbagai emosi yang kadang-kala menyesakkan rongga hati.

Membaca novel ini membuat saya begitu marah dengan watak lelaki seperti Hisyam. Membaca novel ini membuat saya berharap janganlah ada lelaki yang begitu tamak seperti Hisyam walaupun disebalik sikapnya itu dia seorang lelaki yang baik dan romantik. Membaca novel ini juga membuat saya berfikir betapa beruntungnya lelaki seperti Hisyam yang mendapat peluang kali kedua untuk mendapatkan yang terbaik iaitu isterinya yang begitu mencintai dirinya dan juga anak-anaknya.

Andai Hisyam diuji selama bertahun seperti dia menguji perasaaan Idayu tanpa mampu mengucapkan kalimah cinta kepada isterinya itu selama 7 tahun perkahwinan, mampukah Hisyam untuk terus memujuk hati Idayu? Namun Idayu selayaknya hidup bahagia bersama insan yang dia cintai sesungguh hati iaitu Hisyam kerana selepas menikahi Hisyam tiada nama lelaki lain dalam hidupnya.Walau hatinya terluka dengan kecurangan Hisyam namun dia merasakan Hisyam ada hak untuk hidup bersama wanita yang dia cintai.Adakah wujud wanita sehebat Idayu?

Cinta yang bagaimana pula dicari oleh Hisyam? Ah…kekadang betapa sukarnya memahami kehendak seorang lelaki yang sudah ada segalanya seperti Hisyam.Tidak cukup dengan kesempurnaan dan kebahagian yang telah dimiliki tetap mencari yang lain. Betapa lalainya dia kerana tidak menyedari yang cintanya kepada Idayu memang telah ada di sudut hatinya sehingga dia mencari ‘cinta’ yang lain. 

Betapa cinta ini begitu hebat penangannya. Cinta membuatkan Maisara hilang arah dalam hidupnya, cinta membuat Hisyam masih mencari apa yang sudah dia miliki, cinta membuat Idayu bahagia dalam luka dan cinta juga membuatkan mereka memilih untuk memaafkan dan memilih cinta yang membahagiakan.

Mungkin apa yang saya rasa dan kongsikan mungkin bukan perkongsian yang terbaik untuk menggambarkan novel ini  tetapi novel Kuseru Rindu Itu tidak kurangnya hebatnya ( bagi peminat novel-novel karya Hanni Ramsul ) jika dibandingkan dengan Biarlah YM Berbicara dan PAM, buah tangan Hanni Ramsul yang terdahulu.Jika anda suka BYM dan PAM, maka anda pasti suka KSRI.Selamat membaca.


http://loveLovely.flashwidgetz.com