Thursday, March 31, 2011

AS: Cabaran 50 Buah Buku (12): Kaca Jendela Ainnur


Tajuk: Kaca Jendela Ainnur
Penulis : Diya Nordin
Penerbit : Jemari Seni (Januari 2011)
414 Mukasurat
Harga: RM18 (SM)/ RM21 (SS)

Kaca Jendela Ainnur bukanlah kisah kasih dan sayang sepasang kekasih atau suami isteri. Membaca novel ini saya di bawa untuk menyelami perasaan seorang anak yang begitu merindui kasih seorang ibu dan ayah yang tidak pernah dia rasai selama ini.Peritnya rasa ditidakkan hak sebagai anak, dianggap anak yang tidak diingini dan penyebab kepada semua permasalahan. Selama lebih 20 tahun Ainnur Shahirah cuba meraih kasih ibu kandungnya sendiri dan apabila dia dipertemukan dengan ayah kandungnya juga dia turut tidak diberi hak sebagai seorang anak.

Ada masanya saya terhenti membaca dan cuba menilai semula di mana silapnya Ainnur sehingga dia langsung tidak dipedulikan oleh ibu dan ayah kandungnya yang telah mempunyai keluarga masing-masing?Sehingga dia begitu dibenci oleh keduanya. Sehingga ke penghujung cerita saya masih tidak menemui  sebarang alasan konkrit untuk Syuhairah ( ibu kandung Ainnur ) dan Amir Iskandar ( ayah kandung Ainnur ) tidak menerima Ainnur Syuhairah. Mungkin juga kerana mereka malu untuk mengakui kesilapan masa lampau mereka. Mungkin.

Namun walau dibenci oleh ibu dan ayah kandungnya, Ainnur tetap menerima kasih sayang yang sama rata dari Papa tirinya, kemudian Umi isteri ayahnya, begitu juga Tok Mama & Tok Baba tetap menyayangi Ainnur.Cuma apa yang kurang adalah penerimaan dan kasih sayang dari ayah dan ibu kandungnya sendiri.

Mampukah Ainnur terus bertahan mengemis kasih sayang ibu dan ayah kandungnya? Hati yang terluka terus berdarah kerana status dirinya dikatakan sebagai anak tanpa ikatan yang sah. Akhirnya Ainnur pasrah & membawa diri  kerana sedar ada tiada dia tetap tidak membawa erti kepada ibu dan ayah kandungnya.

http://loveLovely.flashwidgetz.com

Sunday, March 27, 2011

AS: Cabaran 50 Buah Buku (11): Kau Curi Hatiku


 
Tajuk: Kau Curi Hatiku
Penulis: Iman Xara
Penerbit: Jemari Seni (Jan 2011)
518 Muka Surat
Harga: RM20(SM)/ RM23 (SS)

Novel kedua Iman Xara yang saya baca selepas Rumput Masih Hijau.Membaca novel ini , telah membuat saya rasa sangat  tidak berkenaan dengan watak lelaki utama iaitu Zamil. Perangai yang memang membuat saya sakit hati.
Sementara Arissa, seorang wanita yang begitu bijak dalam kerjaya & bijak juga menangani masalah rumahtangganya. Tidak mudah melatah & tidak mudah menunjukkan dirinya lemah walau begitu pahit derita yang dia tempuhi.

Arissa mengenali Zamil dari seorang teman sepejabat yang tidak boleh bertemu muka. Ada saja yang mereka tengkarkan. Namun, Arissa tidak  tidak dapat menolak kehadiran Zamil setelah melihat kesungguhan lelaki itu terhadapnya dan juga setelah cinta dia & Firdaus ternoktah selepas Firdaus menikahi Nurin. Walau ibunya menyuarakan rasa tidak sedap hati dengan pilihan Arissa namun sebagai ibu dia hanya mampu mendoakan kebahagian anaknya.

Namun, bahagia tidak lama apabila Zamil mula berubah sikap & mengabaikan Arissa dan anaknya setelah bertemu dengan Tina.Walaupun Arissa tidak pernah berhenti mencuba menyelamatkan perkahwinannya & Zamil, namun apakan daya sekiranya hanya dia yang berusaha sedangkan Zamil hanya pandai menyalahkan orang lain. Akhirnya perkahwinan Arissa & Zamil berakhir apabila Zamil terus-menerus membohongi Arissa.
Arissa tidak pernah menyesali perpisahannya dengan Zamil kerana dia percaya ada sebab mengapa semua itu terjadi sebelum dia betul-betul menemui kebahagian dalam hidupnya. Firdaus juga tidak pernah menyesali perkahwinannya dengan Nurin walau cintanya kepada Arissa tidak pernah hilang.
“ Seperti benih yang terkambus di dalam tanah, tak nampak tapi ada.”

Mampukah Arissa mengapai bahagia? Sanggupkah dia menerima semula Zamil yang benar-benar telah bertaubat? Firdaus, pengakhiran yang bagaimana telah direncanakan untuknya?

“ Kata orang kalau hilang sesuatu perkara, mungkin Allah ingin memberikan yang lebih baik. Arissa yakin dengan ketentuan itu”.

Mungkin benar bahawa kita tidak boleh hanya  sekadar mengharap bahagia.Tapi bahagia itu perlu dibentuk,diasuh dan dikembangkan. :)
http://loveLovely.flashwidgetz.com

Friday, March 25, 2011

AS: Cabaran 50 Buah Buku (10): Impikan Mentari


Tajuk : Impikan Mentari
Penulis : Shahzy Hana
Penerbit : Jemari Seni (Feb 2011)
398 Mukasurat
Harga: RM18 (SM)/RM21 (SS)

Membaca naskah ini seolah-olah membaca catatan sebuah diari ( menurut pandangan saya ) yang penuh kisah duka & airmata. Mungkinkah novel ini adalah hasil garapan kreatif & pengalaman penulis sendiri? 

Namun mengenali  watak Izzati, anda yang turut mempunyai pengalaman yang hampir sama mungkin akan lebih terkesan dengan apa yang disampaikan. Mungkin anda juga akan turut mengalir air mata membaca dugaan demi dugaan yang terpaksa dihadapi oleh Izzati.Betapa berat beban yang dipikul tetapi  saya yakin  mereka yang memang pernah mengalami nasib sebegini mungkin  lebih  merasai apa yang Izzati sekeluarga rasa. Kepincangan hubungan adik-beradik  dan kemudian dikejutkan dengan penyakit leukemia yang dideritainya memang sangat berat bagi Izzati.

Ikhman, lelaki kedua yang hadir dalam hidup Izzati . Walaupun dia hadir sebagai cinta kedua bagi Izzati tetapi dia jugalah suami, teman dan kekasih yang tidak pernah meninggalkan cinta hatinya.Adakah wujud lelaki seperti Ikhman yang penuh dengan pengertian, kasih, sayang,kesetiaan & kesabaran?
Selamilah bagaimana rasa hati Izzati & Ikhman menghadapi dugaan demi dugaan dalam hidup mereka dalam Impikan Mentari.

Sinopsis Kulit Buku:
Pernahkah anda mengalami rasa sedih seperti Izzati? Saat hati dilambung rasa bahagia melalui hari-hari indah, tiba-tiba Izzati ‘dihidangkan’ dengan babak bakal suaminya bermukah dengan adiknya sendiri?
Tunang yang amat dicintai dan mengakui amat mencintainya, telah membelah hatinya... nipis-nipis; berdarah parah, tidak mungkin sembuh. Lalu bagaimana kalau anda sendiri mengalami keadaan itu. Sedalam manakah luka anda? Masih percayakah anda pada insan bernama lelaki?
Izzati juga seperti anda, hilang keyakinan diri untuk jatuh cinta dan bercinta lagi.
Namun hatinya yang beku, cair jua dengan gigihnya Ikhman mengetuk hatinya. Hatinya yang berbunga kembali mekar di jenjang pelamin bersama Ikhman. Namun takdir rupa-rupanya masih mahu mengujinya. Ketika bunga-bunga bahagia kembali mewangi, dia disahkan menghidap sakit di ambang maut. Kuatkah dia untuk bergelut melawan sel-sel darah putih yang rakus menelan darah merahnya dan berjuang untuk terus hidup bahagia bersama suami tersayang?
* * *
SHAHZY HANA menulis tentang luka, cinta dan kuatnya hati seorang perempuan. Mampukah anda jadi setabah Izzati yang tak pernah jemu-jemu untuk Impikan Mentari?

http://loveLovely.flashwidgetz.com

Wednesday, March 23, 2011

AS: Cabaran 50 Buah Buku (9) Cinta Dari Istana



Tajuk: Cinta Dari Istana
Penulis: Adah Hamidah
Penerbit : Fajar Pakeer (2010)
632 Mukasurat
Harga: RM23.90 (SM)/ RM26.90 (SS)

Pertama kali memgang novel ini, hati tidak dapat lari dari pelbagai persoalan yang menerjah minda. Tertanya-tanya, apakah yang bakal saya temui di dalam novel ini. Pemilik novel ini meramalkan, mungkin lebih kepada cerita fantasi. Oleh itu, beliau telah mengamanahkan saya untuk membaca & menyelami novel ini terlebih dahulu. Dengan harapan beliau dapat mendengar komen dari saya dulu sebelum beliau sendiri membacanya. Terima kasih diucapkan.
Sebaik saja menghabiskan pembacaan, saya termenung seketika. Di mana saya perlu meletakkan atau mengkategorikan novel ini. Berapa bintang yang saya boleh beri? Kemudian saya sedar bahawa novel ini berada di kelas yang tersendiri ( menurut pandangan peribadi saya ) dan saya tidak dapat membandingkan dengan novel-novel lain yang saya baca.
Watak Puteri Mahkota Nur Shaafiah@ Piya ( dari Sri Alamar ) dilukiskan dengan begitu cantik sekali. Walaupun penulis tidak memberikan gambaran secara terperinci bagaimana rupa Piya, tetapi cara penulis menampilkan cara tutur kata & tingkah Piya telah cukup memberi gambaran betapa cantik & lemah lembutnya gadis bernama Piya. Manakala watak Ra’if Arjuna pula begitu menguji minda dan perasaan kerana tingkah lakunya tidak pernah seiring dengan rasa hati. Seringkali setiap kali hati Piya dilukai, hati Ra’if Arjuna turut terhiris-hiris. Semuanya kerana Ra’if Arjuna begitu berat mengaku cinta kepada Piya kerana dia masih mempertahankan cintanya kepada arwah isterinya Warda.
Disaat Ra’if Arjuna sudah tidak mampu memendam rasa kepada Piya, dia akhirnya mengaku kalah dengan perasaan sendiri dan bersedia menempatkan Piya dihatinya. Namun bahagia yang dirasa tidak lama.Mampukah Ra’if Arjuna hidup tanpa Piya setelah dia menghalau Piya pergi setelah dia mengetahui latar Piya yang sebenar & status Piya sebagai tunangan orang yang selalu dicemburuinya selama ini? 

Apa yang menarik tentang novel ini?
i)                    Watak Ra’if Arjuna & Piya
ii)                   Bahasa yang digunakan begitu menarik & kadang-kala turut membuai perasaan ( saya perlu membaca dengan teliti bait-bait kata seolah-olah membaca untuk menduduki peperiksaan )
iii)                 Peristiwa-peristiwa yang mencuit hati & juga peristiwa yang turut meruntun perasaan.
iv)                 Membaca novel ini membuatkan saya sentiasa berdepar-debar & rasa tidak sabar untuk mengetahui cerita selanjutnya. ( sudahnya saya berjaya menghabiskan novel ini dalam masa tidak lebih dari 12 jam )
Sinopsis Kulit Buku:

Melangkah lamunan membilang bahagia... Detik itu apa maknanya?

Bukan kehendaknya melangkah keluar dari istana. Tapi dia terpaksa, maka diikutkan juga langkah kaki. Lalu takdir membawanya ke pintu pagar rumah seorang rakyat biasa.

“Okey, Piya. Tapi awak tak rasa ke yang awak ni terlalu muda untuk jadi pengasuh kepada seorang budak perempuan?” Ra’if Arjuna mengasak soalan.

Pengasuh? Tatkala itu bermulalah episod penyamaran, pendustaan yang terpaksa direncanakan oleh Puteri Mahkota Nur Shaafiah demi melindungi identiti diri. Menjadi seorang pengasuh anak kecil atau lebih tepat lagi orang gaji di rumah rakyat biasa itu merupakan satu penderitaan jiwa buat sang puteri. Dia tidak tahu membezakan apa itu senduk dan sudip, jadi bagaimana dia mahu menguruskan semuanya? Mujur saja dia bijak bermain dengan situasi sehingga dia kerap kali terselamat daripada bala yang dicipta tuan rumah, Ra’if Arjuna, duda beranak satu itu.

Bila hati disapa cinta, sang puteri mula menyangkal rasa. Mana mungkin puteri raja sepertinya jatuh cinta kepada rakyat biasa. Pantas dia menolak kata hati. Namun dia tewas pada perasaan cinta dan kasih sayang yang kian bersemi. Misi menawan hati Ra’if Arjuna tidak semudah disangka. Riaknya seperti suka, namun lafaz tidak pernah bersuara membuatkan sang puteri terus-terusan cuba mentafsir hati rakyat yang kerasnya mengalahkan tembok-tembok istana.

Apakah penyudahnya? Haruskah sang puteri melupakan saja atau haruskah terus mengejar cintanya? Atau mungkinkah tiada siapa yang mampu mengubah hakikat kenyataan bahawa tempat sang puteri tetaplah di istana, bukannya di teratak rakyat biasa!

Memangkah mimpi menghitung gembira... Detik itu cinta maknanya!


Terlalu banyak yang ingin saya perkatakan tentang novel  ini tetapi tidak semua rasa terluah. Biarlah anda semua membaca sendiri novel ini dan merasai sendiri pelbagai rasa & menghayati indahnya bahasa yang cuba disampaikan oleh penulis. Syabas untuk penulis!
http://loveLovely.flashwidgetz.com

Monday, March 21, 2011

AS: Cabaran 50 Buah Buku (8): Dibius Cinta


Tajuk : Dibius Cinta
Penulis : Qash Irdina
Penerbit: Fajar Pakeer  (2011)
466 Mukasurat
Harga: RM19.90 (SM)/ RM22.90 (SS)
***
Rasanya DC adalah novel kedua keluaran Fajar Pakeer  yang saya baca. Warna kulit novel & tajuk yang menarik telah menarik saya untuk mendapatkan novel ini. Bagi saya kekuatan novel ini adalah pada pengisian cerita dengan pelbagai masalah dalam rumahtangga Cazlin Amalina & Adam Syafiq.Saya juga tertarik dengan Cazlin Amalina & Adam Syafiq kerana penulis berjaya mewujudkan watak yang mempunyai pelbagai rasa, marah, cinta, benci, sayang, cemburu & setia, semuanya ada pada Adam & Cazlin. Cazlin juga digambarkan sebagai watak yang begitu tabah menempuhi masalah demi masalah yang melanda rumahtangganya sehingga sampai satu tahap dia seolah-olah telah berputus asa, namun hati & cintanya tidak pernah lari dari Adam Syafiq. Begitu juga dengan Adam Syafiq,selepas menikahi Cazlin, hadir cinta yang begitu tulus & mendalam untuk Cazlin. Walaupun percintaan dengan Hana Nadiah telah menjangkaui 14 tahun, tetap tidak dapat melawan rasa cintanya kepada Cazlin. Walau sesekali sikap cemburu begitu ketara,namun Adam & Cazlin mengambil sikap saling memaafkan andai ada salah pada satu sama lain.Dalam cerita ini juga, kita tidak akan hanya focus pada watak Adam & Cazlin saja kerana ada ramai lagi watak-watak yang turut mewarnai jalan cerita ini.

Mungkin yang agak tidak memenuhi kriteria yang saya suka adalah cara penulis menyampaikan satu-satu scene kadang-kala terlalu ringkas dalam satu-satu bab. Adakalanya anda inginkan lebih lagi perincian dalam satu-satu scene. Namun begitu, scene-scene yang pendek itu tidak menganggu jalan cerita.Rasanya kalau diperkemaskan lagi, cerita ini akan lekat di hati pembaca. Walau bagaimanapun, selepas separuh cerita,pengisian tidak mengecewakan sehingga ke pengakhiran cerita.

Sinopsis Kulit:
“Eh, kau ni gila ke apa? Dahlah kau langgar aku tadi. Lepas itu, kau hempuk pula aku dengan beg Bangla kau tu. Hah, sekarang kau panggil aku perogol pula.”

Pertemuan pertama mencipta pengalaman memalukan apabila pemuda yang cuba membantunya diserang dengan beg Bangla miliknya. Saat itu ingin sahaja dia berlari 1000 meter tanpa henti dan tak tahu mana nak sorokkan mukanya. Pertemuan demi pertemuan tercipta dengan sendirinya seolah-olah takdir sengaja mempertemukan dua insan tanpa perasaan cinta.

Tanpa disangka, takdir telah menyatukan mereka apabila Adam Syafiq dan Cazlin Amalina disatukan atas rencana tersembunyi. Mungkinkah ikatan yang dibina tanpa perasaan cinta mampu menggapai istilah happy ever after? Mampukah kedua-dua mereka menghindari bius-bius cinta yang mula menghampiri? Akan adakah badai yang melanda untuk menguji kesetiaan mereka?
..................................................................
Apa yang pasti, dalam melayari hidup berumahtangga, tidak semuanya manis-manis belaka.Tetapi yang pahit itu tetap berguna untuk kita belajar lebih tabah & memahami serta mengenali pasangan masing-masing agar mahligai yang dibina kekal hingga ke hujung nyawa.Bersyukurlah dengan segala yang terjadi. Mungkin ini yang ingin disampaikan oleh penulis. Maaflah kalau tersalah tafsir ;).


http://loveLovely.flashwidgetz.com

AS: Cabaran 50 Buah Buku (7): Aku Yang Kau Tinggalkan





Tajuk:  Aku Yang Kau Tinggalkan
Penulis: Alina Haizar
Penerbit: Kaki Novel
759  Mukasurat
Harga: RM25.00(SM)/ RM28.00(SS)

Membaca karya kedua Alina Haizar sesuatu yang saya nanti-nantikan. Mungkin kalau dibandingkan dengan Hadirmu Takdirku, temanya lebih kurang sama iaitu suami isteri yang terpisah kerana angkara orang lain & juga kehadiran anak yang tidak disedari oleh suami. Namun begitu, bagi saya kali ini jalan ceritanya lebih mantap & terperinci.Mungkin bahagian pengakhiran cerita nampak terlalu sempurna tetapi itulah pengakhiran yang pembaca suka. Tarikan novel ini? Membaca novel ini juga seolah-olah membawa saya turut menjelajah bandar Turin & negara Itali. Saya juga suka dengan watak Nia, seorang wanita yang berdikari & cantik dengan cara yang tersendiri.
Nia & Zaril yang dikahwinkan kerana kepentingan bagi pihak masing-masing. Tidak ada cinta & tidak juga mengenali siapa Zaril, namun kerana keluarga, Nia sanggup berkahwin dengan Zaril. Sementara, Puan Zainun mencari isteri buat Zaril supaya ada orang yang membantunya menjaga Zaril yang sakit. Walaupun Nia sering dikasari oleh Zaril, tanpa disedari, Nia telah jatuh cinta dengan suaminya.
Namun selepas Zaril sembuh dari penyakitnya, Nia merasakan seolah-olah dirinya telah ditinggalkan oleh Zaril. Niat untuk bertemu dengan suaminya di Paris adalah permulaan kisah duka buat Nia apabila dia disuruh membuat pilihan. Bagi Nia, tiada gunanya terus bergelar isteri buat Zaril sekiranya Zaril sudah ada pilihan yang lebih sempurna darinya. Tindakan Nia memilih wang yang ditawarkan berbanding dirinya telah melukakan hati Zaril kerana, apa yang diperkatakan oleh mamanya tentang Nia ternyata benar.
Bertemu semula di Turin selepas 4 tahun telah membuatkan luka di hati Nia berdarah kembali. Di Turin juga mereka mengetahui rahsia yang mereka tidak ketahui selama ini. Zaril yang bakal menikahi Suzzana telah meyakinkan bahawa dia benar-benar telah kehilangan Zaril. Masing-masing menyimpan ppersoalan-persoalan yang tidak terjawab antara mereka.Masing-masing menyalahkan satu sama lain atas perpisahan yang terjadi.
Novel yang patut dibaca dan dimiliki.

http://loveLovely.flashwidgetz.com

Thursday, March 10, 2011

AS: Cabaran 50 Buah Buku (6): Seandainya...


Tajuk: Seandainya
Penulis: Rys Areesa
Penerbit: Kaki Novel  (Mac 2011)
886 Mukasurat
Harga: RM29 (SM)/ RM32 (SS)
***
Memulakan  pembacaan novel ini pada peringkat awal begitu sukar.Namun selepas 2 hari, akhirnya saya menemukan pengakhiran yang tidak mengecewakan. Begitu skar untuk memahami urutan masa & cerita dalam novel ini kerana  ‘flashback’ akan muncul di mana-mana & kekadang tanpa sebarang petanda. Mungkin itulah keistimewaan yang membezakan novel ini dari novel-novel yang lain. Peringkat awal memang kita seolah-olah bosan dengan permainan tarik tali antara Areena yang begitu perahsia & Wan Zaharris yang sukar untuk berterus-terang kerana ada yang menghalang.

Mengenali Nur Dhila Areena yang begitu keras tembok hatinya kerana pernah terluka oleh Zaharris Arman.  Namun nama yang hampir sama, Wan Zaharris juga yang berjaya menawan hati milik Areena hingga sukar baginya untuk menerima perkahwinan yang diatur oleh keluarganya. Areena akhirnya nekad untuk membatalkan perkahwinan tersebut walaupun dia tiada jawapan pasti dari Wan Zaharris yang masih membisu.
Di kala Wan Zaharris & Areena baru menyulam bahagia, ibu Harris masih lagi tidak dapat menerima pilihan hati Harris walaupun telah bertahun hanya nama itu di hatinya. Walaupun hanya Areena yang mampu membuatnya tersenyum bahagia,namun Harris redha kiranya hati ibunya masih berkeras tidak dapat menerima Areena.

Pergi Harris bersama cintanya kepada Areena hingga ke hujung nyawa. Dikala Areena masih berada dalam dunianya sendiri, Shamsul Azhar memberanikan hati untuk menyunting Areena, gadis yang telah lama bertahta dihatinya. Selama bertahun Shamsul Azhar setia kepada isteri tercinta walau Areena lebih banyak membisu & tidak pernah menyatakan kata cinta kepada Shamsul Azhar.
Sanggupkah Shamsul Azhar menanti cintanya & setia kepada isteri walaupun dia tidak pasti sampai bila? Adakah Areena masih memilih Wan Zaharris walau dia tahu mereka tidak mungkin bersatu?  Berbaloikah penantian bertahun Shamsul Azhar untuk mendapat cinta Areena?

Apa yang menarik dalam cerita ini adalah apabila kita turut dapat menyelami alam bawah sedar Areena selepas kemalangan yang menimpanya.

Terima kasih untuk Norradziah kerana meminjamkan novel ini. :)

http://loveLovely.flashwidgetz.com

Sunday, March 6, 2011

Teman Kelab Membaca

 Hi,
Mungkin sejak kebelakangan ini selalu jer keluar review-review novel yang aku baca,memang itu lah aktiviti terkini aku. Cuba nak menyahut cabaran teman2. Kalau tahun lepas aku berjaya habiskan sebanyak 71 buah sepanajng tempoh 9 bulan tanpa membuat sebarang review( sekadar buat catatan ringkas untuk personal reminder tentang buku-buku yang dah dibaca). Hobi membaca novel ni baru jer sangkut dengan aku bulan Mac 2010.Tengoklah tahun ni berapa buah yang dapat dibaca.

TVM untuk teman-teman Kelab Membaca SMKK yang sanggup berkongsi & bertukar-tukar novel dengan aku. Mimah, Jiah, C.Yati,K.Selbia & Ndat (teman yang baru menyertai ), you'll memanglah terbaik bab kongsi-kongsi novel dengan aku ni.Kalau harapkan koleksi novel sendiri, berapa sangatlah koleksi bagi aku yang masih baru ni ada.Diharap usahasama kita dapat diteruskan hehee..

Minggu ni masih menunggu pesanan novel2 dari JS. Tak sabar rasanya. Nasib baik minggu lepas pesanan teman tu & aku sendiri dah sampai beberapa buah. Tapi dah habis jugak dibaca. Sabar jer lah dulu.

Ok, harap-harap Cabaran 50 Buah Buku 2011 ini akan berjaya dicapai by the end of this year. Kalau tak pun, biarlah aku menjadi teman yang sekadar memeriahkan cabaran ini. :)


http://loveLovely.flashwidgetz.com

Saturday, March 5, 2011

AS: Cabaran 50 Buah Buku (5) Suka Saya, Ya? Suka Saya,Tidak?


Tajuk: Suka Saya, Ya? Suka Saya,Tidak?
Penulis: Manjalara
Penerbit: Jemari seni
443 Mukasurat
Harga: RM19.00(SM)/ RM22.00(SS)

Terima kasih kepada Cik Hamimah Zakaria kerana telah meminjamkan novel ini buat saya. Pernah beberapa ketika dulu saya cuba membaca karya pertama penulis, Persis Sebutir Pasir tetapi hanya separuh jalan. Bukan kerana tidak menarik tetapi mungkin kerana bahasa yang digunakan memerlukan tumpuan yang lebih untuk menghayati. Selepas ini pasti akan saya cuba habiskan bacaan yang tertangguh dulu.

Bagi saya, membaca buku ini memang memerlukan tumpuan sepenuhnya kerana jika tidak mungkin kita gagal menyelami hati & perasaan watak-watak dalam cerita ini terutamanya Qisya Amni. Walaupun begitu mungkin ada juga bahagian-bahagian yang tidak saya dapat fahami sepenuhnya.

Menyelami hati Qisya Amni yang lebih banyak meluahkan perasaannya di dalam  diari birunya dibandingkan dengan berkongsi secara terus dengan orang lain. Hanya Pak Long nya sahaja yang mendapat kepercayaan Qisya untuk berkongsi coretan di dalam diari birunya. Disebabkan itu juga Azam Jufry begitu ingin menyelami hati Qisya kerana ketika pertama kali bertentang mata dengan Qisya Amni, sinar mata Qisya seolah-olah ada kisah duka yang tersembunyi.Namun hubungan sebagai tunangan yang diharapkan oleh Azam Jufry ternyata hanya berganti hubungan abang & adik sahaja kerana seluruh hati dan perasaan Qisya telah diserahkannya kepada Hilmy.Walaupun sudah terang-terang Makcik Asilah (mak Hilmy) tidak merestui hubungan itu.
Peluang kedua yang dilihat oleh Azam Jufry selepas ketiadaan Hilmy juga terpaksa dia lepaskan walaupun hatinya telah parah dengan cinta terhadap Qisya apabila Qisya ditunangkan dengan Wafi Ilya ( abang tiri Hilmy). Qisya menerima Wafi bukan juga kerana sayang tetapi kerana permintaan Makcik Asilah yang telah menyesal kerana tidak pernah merestui hubungan Hilmy & Qisya.Hati Qisya yang sentiasa dahagakan kasih sayang dari seorang yang bergelar ibu & sikapnya yang tidak pernah berdendam menyukarkan dia berkata tidak kepada pertunangan itu. Sedangkan Azam Jufry yang hanya memendam rasa hanya mampu menjadi seorang ‘abang’ tempat Qisya berkongsi perasaannya.
Mampukah Wafi Ilya membuka hati Qisya untuknya? Bagaimana dengan Azam Jufry yang telah jatuh sayang kepada Qisya walaupun pada mulanya hanya menurut jodoh yang dipilih oleh orang tuanya?

“ Jika Hilmy Allah pinjamkan sementara untuk aku mengenal cinta, Wafi pula Allah perkenalkan padaku buat aku mengenal kaca dan permata.Aku reda apabila kedua-duanya meninggalkan aku akhirnya.
            Tapi Azam Jufry?”
 
Mungkin anda dapat memahami apa pengakhirannya.
http://loveLovely.flashwidgetz.com