Monday, February 28, 2011

Cabaran 50 Buah Buku

 Hi,
Rasa tak percaya la pulak bila tetiba rasa nak turut serta dalam cabaran 50 Buah Buku 2011 ni. Apabila seorang teman ni cakap tentang cabaran ni, aku hanya angguk2 jer hehee.. tapi entah kenapa tetiba teringinlah nak turut serta. Bukan kerana mengejar hadiah yang ditawarkan kerana aku tahu tak kan mampu nak buat review sebanyak 50 buah novel ni kerana banyak lagi tuntutan2 lain yg turut mengejar untuk disiapkan.
Sekadar untuk menyalurkan apa yang aku rasa tentang novel2 yang dianggap menarik & memang patut dibaca oleh teman2 yang lain. Biasanya memang aku akan hanya muatkan review novel yang best2 & sekiranya berkesempatan saja. Banyak lagi novel2 yg best tak sempat dikongsi disini. Mungkin di lain masa andai ada kesempatan.
So, tengok lah macam mana kesudahan aku dengan Cabaran 50 Buah Buku ni hahaaa...

http://loveLovely.flashwidgetz.com

AS: Cabaran 50 Buah Buku (1): Doktor Cinta



Tajuk: Doktor Cinta
Penulis: Dyadila
Terbitan: Kaki Novel
823 mukasurat

" Kalau semalam cinta ini untukmu begitu juga hari ini dan apatah lagi esok.Selamanya nafas cinta hanya untuk mu" (DC)

Sebuah karya yang menarik untuk dibaca walaupun mungkin kita pernah disogokkan dengan tema yang hampir sama sebelum ini. Disebabkan menarik jugalah saya rasa tidak sabar untuk menghabiskan novel setebal 823 mukasurat ini. Kalau dikira mungkin tidak sampai 24 jam saya telah menamatkan bacaan.
Sinopsis:

Menjadi tunangan semalam untuk Tengku Iskandar telah merubah hidup Mazliana, anak manja Hj Nordin.Walaupun dibayar utk tugas itu namun duit bukanlah keutamaannya tetapi atas dasar sahabatnya dunia akhirat Syamin. Dari hanya perjanjian atas sekeping kertas, Maz & Is akhirnya benar-benar ditunangkan kerana tanpa Tengku Iskandar duga bondanya Tengku Mariam telah jatuh sayang terhadap Walaupun setiap pertemuan mereka tidak pernah lepas dari berperang mulut, namun hati masing-masing mula sedar ada rasa saling menyenangi di hati mereka terhadap satu sama lain.Namun Tengku Iskandar cuba menidakkan perasaannya terhadap Mazliana kerana dia masih percaya bahawa cinta pertamanya terhadap Julia Hana akan kekal selamanya. Kehadiran kembali Julia Hana cinta pertama Tengku Iskandar yang pernah pergi meninggalkan Tengku Iskandar suatu ketika dulu & Liyana yang pernuh dendam kerana tidak pernah cuba mengenali Mazliana dalam hidup Najmi telah mengorbankan maruah Mazliana  & sekaligus Ibu bapanya. Zikri yang selama ini menjadi 'Superman' Mazliana juga tidak dapat berbuat apa-apa apabila Mazliana menghilangkan diri selama hampir 2 tahun. Walaupun dekat, Mazliana tidak pernah tahu rahsia hati Zikri terhadapnya. Selama hampir 2 tahun juga Hadi Ridzwan cuba menawan hati milik Mazliana.Walaupun begitu kehadiran nota-nota dari Doktor Cinta telah membuat Mazliana jatuh cinta kerana kata-kata Doktor Cinta juga adalah pendorong dikala dia cuba bangkit semula mencari dirinya. Siapakah pilihan Mazliana, Tengku Iskandar yang masih terikat dengan cinta pertamanya tanpa kenal yang mana kaca & yang mana permata, Zikri yang memahami Mazliana & sentiasa ada di saat diperlukan, Hadi Ridzwan yang begitu yakin cintanya hanya untuk Mazliana atau Doktor Cinta yang hanya dikenali melalui nota-nota bisunya?
.......................................................................................................

Dalam novel ini juga saya tertarik dengan keakraban hubungan Mazliana dan kakak-kakaknya serta hubungan dengan ibu bapanya. Malah hubungan yang akrab dapat juga dilihat antara Tengku Iskandar & Zikri walaupun bukan adik beradik sebenar & penulis juga telah lari dari kebiasaan yang watak-watak orang kaya seperti keluarga Tengku Mariam & Tengku Mazlan  bongkak dan sambong. Bukan kedudukan dan pangkat yang menjadi halangan tetapi hati & perasaan yang menoktahkan segalanya.




http://loveLovely.flashwidgetz.com

Monday, February 14, 2011

Kristal Kristal by Misdhiaz


 Hello all,
Baru menghabiskan novel ni semalam.kalau kira2 masa yg diambil utk habiskan adalah dlm 8 jam.Semalam sampai pkl 2 tak tidur gara2 nak habiskan novel ni.Sayang nak berhenti sebab nak tau cepat2 kesudahan ceritanya.
Bukan nak kongsi review novel ni kerana I tau ada banyak lagi blog2 yg lebih bagus yg telah berkongsi review novel ni.Bagi I novel ni langsung tak mngecewakan.Bahasa yg digunakan bukanlah bahasa yg santai & selamba. Penuh dgn bait2 puitis terutama silver notes dari DR Luv.Ending yg sedih tetapi tetap puas hati.Cuma kalau penulis lanjutkan bab terakhir dgn lebih terperinci, I percaya penamatnya lebih mantap lagi.
Kasih Irish, Hakeem, Dzul Raimi, Daris & Nia ada warna yg mencorakkan kisah penuh tragedi ini. Tahniah kepada penulis.
http://loveLovely.flashwidgetz.co