Friday, December 10, 2010

HAPPY HOLIDAY ALL!!

Hello,
Musim cuti sekolah dah beberapa minggu bermula. memang waktu cuti macam ni macam-macam aktiviti yang  di rancang tapi tidak semestinya juga apa yang dirancang tu menjadi.

Ramai juga rakan-rakan yang berkahwin time cuti-cuti ni. Tapi disebabkan jarak dan waktu semua tak dapat dihadiri. Sekadar mendoakan dari jauh, moga kekal bahagia dan selamat menjalani hidup berumahtangga buat teman-teman yang baru melangsungkan perkahwinan.

Musim cuti juga membataskan untuk I update blog. Sebenarnya ada beberapa buah novel best yang I nak share tapi tak sempat. Kenapa novel? Sebab waktu cuti beginilah banyak sikit masa nak layan novel sebab tu teringin nak share dengan teman2 peminat novel.Tapi tunggu dululah....

Niat nak pergi bercuti walaupun memang musim cuti terpaksa ditangguhkan disebabkan kesihatan anak-anak yang tidak menentu. Mungkin memang musim kot. Setiap hari anak-anak terpaksa telan ubat yang macam-macam.Mummy yang beri ubat pun dah tak larat apatah lagi anak-anak yang makan.Itulah sebahagian breakfast mereka, itulah juga lunch and dinner mereka. Kesian...Harap-harap cepat sembuh sayang..