Tuesday, September 21, 2010

- Kilos, + Kilos

Hi Semua,
Minggu yang agak sembab bagi I & beberapa org yang lain sebab dah lama sangat bercuti. Apa-apa pun kerja tetap kerja. Masing-masing busy menyiapkan semua yang minta disiapkan.

Kalau masa hari pertama puasa semua member pakat sibuk timbang berat masing-masing. Fuhh...bukan main semangat nak turunkan berat time bulan puasa. Ok jugak tu,sekurang-kurang nya semangat utk kurangkan KILOS yg terlebih tu ada dah hehee.SEMANGAT tu :)

Lepas tu sebelum bercuti raya, sekali lagi scale milik Guru PJ & PK tu jadi tumpuan semua. Ala-ala glemer lah scale tu time ni.Semua pakat tengok berapa kilo lah dapat dibuang sepanjang 3 minggu puasa.Wah..wah..wah...seronok member-member yang dapat turunkan 2-3 kilos hehee. BANGGA ... :)

Sebaik saja balik bercuti...perasaan & keinginan memang ada nak tau agak2 berapa kilo lah berat naik tapi masa nak mendapatkan scale tu tak lah excited seperti masa sebelum balik beraya hari tu. Slow motion punya style pun ada time nak timbang berat tu, ada jugak yg takut timbang. Kalau sebelum raya bukan main lagi hehee.Seperti yang sudah dijangkakan 2-3 kilos tu memang tetap bertambah semula selepas cuti, sabar jerr lah semua hehee.Tapi yang bestnya, kalau org tu dah target naik 3 /4 kilo time cuti panjang tu tapi tetiba dia naik 1.5kg jerrr.Huhuuu....memang senyum samapi ke telinga lah tu. ANXIOUS, DON'T CARE & EXCITED...semua ada hehee...

Memandangkan Raya lagi ni, janganlah segan2 untuk menambahan kilos2 anda semua yee..Bukan selalu dapat jemputan menghadiri open house & makan kek2  pelbagai nama yang sedap2 kan? Pas ni sama2 lah kita buat kempen buang lemak2 tu hehee...

Sunday, September 5, 2010

CUTI,CUTI & CUTI

Hello dear,
Semenjak dah mula bercuti 2 hari yang lepas, baru hari ni dapat jenguk2 FB ngan blog. Bila jenguk blog2 member last update 2-3 hari yang lepas. Nampaknya bukan I sorang yang sedang bercuti ni hheee.Bila cuti2 begini, aktiviti mengemaskinikan blog pun tak jalan.Maklumlah, bukan selalu dapat peluang bersama keluarga tercinta kan?

Rasanya, sepanjang cuti ni akan berehat seketika lah dari update blog.Tapi paling best waktu cuti ni dapat stok novel2 JS yang dipesan dengan anak buah (kesian dia terpaksa bawa extra luggage gara2 novel I ).Tak sabar rasanya nak memulakan bacaan.

Ok lah, time cuti gini, idea nak update blog tak datang pulak.Tunggulah kalau ada isu2 yang menarik yang boleh dikongsikan, akan adalah lagi new post yang keluar.

Selamat Bercuti dan Selamat Berhari Raya buat semua. :)

Wednesday, September 1, 2010

WHY MINIATURES?


Hello,
Kali ni I masih nak cakap pasal perfume. Bagi yang dah boring baca sebab asyik2 pasal perfume je, maaflah.Mungkin lepas ni, lama kot tak cerita pasal perfume.Tapi tak puas hati I selagi tak share ngan U'll semua tentang topic ni hehee...

Hari ni, kecoh sikit pasal barang member yang dikirim dgn Pos Laju dicuri gara2 Pejabat Pos kena ceroboh. Isk...isk..isk, ada gak manusia yang buat kerja tak senonoh macam tu time2 gini. Terus I teringat parcel I yang dijangka tiba hari ni,berdebar-debar sebab takut parcel I pun kena gak. Huh....lega sebab tak lama kemudian sorang member cakap ada parcle I ada kat ofis.Nasib baik lah...kalau tak....

#Sebab2 Perfume Miniatures Jadi Pilihan:
1.Harga yang mampu dimiliki semua rakyat jelata...harga boleh semurah  RM20-RM50 tu...( kat kaunter2/ katalog2 pun lebih kurang sama je harga cuma kuantiti je lain hehhee )

2. Bila harga dah murah, apa lagi, kita pun boleh beli selalu hehee..tiap bulan pun takpe...( bagi yg suka kumpul perfume lah...ok le tu )

3. Bila dah beli selalu, banyaklah collection yang kita ada...( so apa lagi, bolehlah buat pameran kecik2 )

4. Bila koleksi dah banyak,tiap2 hari kita boleh tukar perfume.Hari Isnin hinggalah Ahad. Kalau banyak lagi, dalam 30/31 hari tu kita boleh guna perfume yg pelbagai hehee...(bestnyee... )

5. Hehehe..bila dah banya koleksi tu, bolehlah kita berlagak sikit (sikit je tau )..."oh..yang ni I dah ada, yang ni dah pernah pakai, yang ni I ada 2, yang ni bau dia best sgt, yang ni pulak I dah bagi kat org, tak suka baunya dan bla...bla...bla.... "

6.Paling best, senang nak bawa ke mana-mana.U sumbat je dalam saku seluar,baju atau poket kecik dlm hdbag, senang je.Kalau perfume big saiz nak sumbat kat handbag huhuhhh...muat ke?Perfume big saiz sesuai kita guna di rumahlah ( wajib gak ada perfume big saiz ni hehee)

7. Senang nak bawa, senang pulak nak pakai di mana saja,U dab atau spray sana sini pun orang tak perasaan, ialah dah saiz kecik.Tak lah ketara sangat U reapply perfume tu hehee.Cuba bayangkan kalau U'll usung perfume big saiz & bila tiba time nak spray tu juling mata tengok kiri kanan risau org ternampak hehee seganlah kan, silap2 org ingat kita nak spray air freshner  hehee...

8. Jimat kos kalau kita  nak beli perfume yang saiz besar. Kalau tak sure dgn macam2 bau yang kita dah hidu kat kaunter perfume tu, kita try dulu yang mini. Kalau sesuai & kita suka,bolehlah spend lebih sikit untuk beli yang saiz besar. Tapi kalau tak sesuai,tak payahlah beli, rugi pu rugi sikit saja untuk beli yang mini tu. ( Sebab kesesuaian seseorang itu dengan sesuatu wangian berbeza ye..)

9. Sebagai hadiah pun boleh :), perfume jugak kan.Kalau yang set huhu...kalau tak cecah RM200 mcm tak sah pulak. Boleh mengecil saiz duit gaji sebulan sebab beli gift set yg mahal tuu...kalau mini, beli 2-3 jenis pun takpe,pas tu letak dlm box yg harga RM3-6 mcm tu,balut reben...huhuhu..comel tu :), Nak lebih best lagi, sertakan sekali shower cream LIFEBOUY/DETTOL/PROTEX yg saiz mini gak ( jenama  shower ikut suka arrr...I bagi cadangan je ) plus lotion BABY JOHNSON yg mini gak uiiii...meleleh air mata kawan tu terima hadiah mcm tu...sama ada sebab terlampau gembira / kecewa tak dapat set yang diidamkan hehee... ( U pikirlah sendiri )

10. Akhir sekali, sebab apa beli MINI? Sebab kaunter2 jual perfume kat luar tu dah tak nak bagi miniature free kalau kita beli perfume big saiz ( sakit hati pun ada ...hehee) Walaupun kita beli perfume sampai RM200+, perfume sebijik tu lah yang kita dapat. Nak dapatkan vials pun susah, kadang tu nak kena ugut dulu barulah kawan kat kaunter tu teragak-agak nak dengan muka yg cuba dimaniskan hulur sebiji vial kat kita( dlm hati..." huhuhhh...berkira, beli baru RM200+ mintak macam2" tak pun " iskisk...melepaslah I nak bawa balik vial free pas ni").Rasanya U'll semua pernah lalui situasi mcm ni kan? Ialah,kita nak dapatkan the best bargain dengan wang yang dah kita belanjakan utk produk mereka, gunakan lah hak sebagai pengguna anda hehehe...(mcm kempen pulak )

Banyakkan sebab2 kenapa kita suka pilih Perfume miniatures? Kalau diselidiki dgn lebih mendalam, I pasti ada lagi sebab2 kenapa Perfume Miniature jadi pilihan...kongsi2 lah ;-).
Lain kali I nak share 'Kenapa Perfume Miniature Bukan Pilihan", kita tengok pulak nanti ye...akan datang hehee...

* Yang tu semua pendapat I jer..tak semestinya logik pun.Sekadar untuk menghangatkan topik perfume ni hehee